Tuesday, 16 October 2012

5 Soalan Yang Sering Di Tanyakan Kepada Aku. (Kecuali soalan ke-5)

17 Oktober 2012, Shah Alam, (Musik: Mungkin Nanti - Peter Pan)

Maya,

Sudah lama sebenarnya aku tak menulis di sini. Masa-masa aku banyak dihabiskan di laman sosial Twitter dan kadang-kala mukabuku. Dan dengan masa kini di mana semua peranti mudah alih aku tiada pada aku maka ia menyukarkan aku untuk menulis dan berkomunikasi di laman-laman sosial di atas. Jadi aku habiskan masa aku untuk berbicara dengan kau di buku oren milik aku. Apa khabar kau Maya?

Lama sudah aku tidak menulis, rasanya seperti anak-anak kecil yang kembali belajar mengeja rasanya. Beberapa minggu lepas aku ada menemui seorang teman lama, dan berbicara soal hati dan perasaan. Ya, mungkin banyak yang telah berubah di dalam tempoh masa 3 tahun ini. Dan di dalam masa ini juga telah mengubah cara aku berfikir dan berkata-kata. Dan juga mungkin telah mengubah soal hati dan perasaan aku sendiri. Dan bila berbicara soal hati dan perasaan pastinya akan terkeluar pertanyaan seperti "Bagaimana dengan hidup awak kini? Bahagiakan? Gembirakah?" dan juga soalan lazim yang makcik-makcik aku sering tanyakan pada aku, "Bila nak kahwin ni, kakak-kakak semua dah kahwin. Awak bila lagi?" Lalu aku tuliskan entri ini untuk menjawab beberapa lagi soalan yang mungkin ada orang akan tanyakan pada aku, jadi mudah bila ada yang bertanya akan aku berikan mereka link entri ini dan suruh mereka baca sendiri. Lebih mudah bukan?

1. Bagaimana dengan hidup awak kini. Gembirakah? Bahagiakah?

Aku gembira dengan hidup aku kini. Dengan kerja, keluarga dan sahabat yang sentiasa ada di sisi, yang tak pernah putus berikan sokongan tatkala aku memerlukan, yang sentiasa menarik aku bangun bila aku jatuh. Jadi jawapan aku, ya aku gembira dan bahagia dengan hidup aku. Tetapi hidup ini umpama roda, akan ada masanya aku jatuh, aku tersungkur dan terluka. Tetapi aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga, sahabat dan teman-teman.

2. Bila nak berkahwin?

Soalan ini adalah soalan lazim sewaktu majlis kenduri, perkahwinan saudara jauh dekat dan juga sewaktu sambutan hari raya. Aku tak punyai jawapan yang pasti bila. Sebabnya kita juga takkan tahu bila kita mati ye dak? Jadi buat masa ini aku hanya ingin menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjaya, serta habiskan masa dengan teman-teman. Masih banyak tempat-tempat yang belum aku jelajahi, masih banyak lagi yang perlu aku pelajari dan perbaiki diri ini. Aku takkan mampu menjadi imam yang baik kepada bakal isteri aku dengan keadaan aku yang sekarang. Menjadi imam bukan sahaja soal solat, tetapi sebagai pemimpin di dalam rumah tangga dan macam-macam lagi. Soalan seterusnya?

3. Apa pendapat awak tentang sebuah institusi perkahwinan?

Masih tak habis lagi dengan soal perkahwinan? Bagi aku perkahwinan adalah penyatuan dua hati, dan perkahwinan adalah permulaan kehidupan kita sebagai seorang suami atau isteri dan juga pengakhiran kepada sebuah pencarian selama ini. Aku sudah hidup selama 23 tahun, dan pemahaman aku tentang perkahwinan adalah seperti di atas. Dia, adalah kunci yang hilang untuk membuka pintu hati kau. Aku tak mahu bercakap tentang perkahwinan di dalam konteks agama dan adat. Just keep the simple thing, marriage is about trust and sharing. You trust your own life to be with him/her because you'll be sharing the rest of your life, time with him/her.

4. Apakah impian atau perkara yang awak nak dalam hidup?

Impian dan cita-cita adalah dua perkara yang berlainan.Dan aku ada beberapa impian yang ingin aku capai sebelum usia ini menjangkau 30 tahun, Insya-Allah. Antara impian aku adalah untuk melancong ke seleuruh Malaysia dengan menaiki pengangkutan awam, seperti bas dan keretapi. Sebab aku tahu banyak lagi tempat-tempat yang menarik dan cantik yang aku belum pernah jejak di negara sendiri. Dan kemudian aku ingin melancong secara berseorangan atau berdua ke luar negara hanya untuk mengambil gambar. Juga aku berimpian untuk menulis sebuah buku, tentang hidup aku atau tentang kisah-kisah cinta aku misalnya? *ketawa* Dan aku juga ingin selitkan di sini iaitu cita-cita aku, aku bercita-cita untuk menjadi seorang jurugambar professional sebelum usia aku 30 tahun. Aku tahu masih banyak yang perlu aku pelajari tetapi aku sedang berusaha ke arah itu.

5. Soalan terakhir! Apa definisi cinta buat awak?

Cinta? *senyum* Memetik petikan yang saya suka ulang sejak dari dulu, "Love is not about finding the right person, but to create the right relationship. It's not about how much love you have in the beginning, but how much you gain till the end. - Unknown." 

Dan begitulah tamatnya sesi penulisan saya pada entri kali ini.Dan disini aku kongsikan sekeping gambar sewaktu aku sedang mengejar mentari jatuh.

D90 + Tamron 70-300mm ISO 800 f/45 1/4000 sec


No comments: