Saturday, 18 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Jam 2:13 minit pagi. Saya masih di kedai mamak memikirkan dengan tekun untuk hari esok, atau hari ini sebenarnya. Esok (atau hari ini) bersamaan 19 Ogos 2012 adalah hari seluruh umat manusia yang beragama Islam meraikan hari kemenangan, ataupun hari yang lebih dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. Makcik-makcik yang sedang sibuk menganyam ketupat sambil menonton Kabhi Kushi Kabhi Gam petang tadi kni sedang sibuk memasak rendang, pakcik-pakcik sedang memikirkan tempat untuk lepak minum kopi pagi esok selepas solat sunat Aidilfitri, yang muda remaja seperti saya sedang sibuk menghabiskan malam terakhir Ramadan di mamak-mamak sambil menonton perlawanan bola sepak, ataupun bagi yang ada kekasih sedang sibuk bergayut bersama kekasih tersayang, tak lupa juga kepada para pengguna Blackberry dan juga semua pengguna telefon pintar yang sedang sibuk membuat ucapan raya di laman-laman sosial.


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin daripada kami semua cucu-cucu nenek kesayangan kami yang akan beraya di Selayang pada tahun ini. =D

No comments: