Wednesday, 8 August 2012

Kita Adalah Penjajah Yang Merdeka

Daripada blog lama saya : Between Cigarettes And Coffee. Entri Mac 27, 2010.
 
Aku cuma ingin menulis.

Aku hanya ingin menulis supaya kewujudan aku diakui, kerana itu aku menulis. Dan aku akan terus menulis dan menulis sehingga aku sudah tak mampu lagi untuk menulis. Kerana aku bukan seorang yang terkenal, bukan artis ataupun orang terhormat dimana kisah hidup aku akan dibukukan dan diedarkan dengan beratus salinan ke seluruh dunia. Dan kisah aku akan dibaca dan diturunkan kepada generasi dan generasi. Dan aku menjadi lagenda. Namun aku tak sehebat itu. Aku bukan aktivis seperti Malcolm X, bukan Martin Luthor King, bukan Hitler juga bukan “rockstar” seperti Micheal Jackson ; The King of Pop, Elvis Presley yang bergelar The King, juga bukan sasterawan bak A. Samad Said yang mampu mencipta karya untuk diingati, Albert Einsten dengan teori gilanya dan digelar genius kemudian, Thomas Edison dengan lampu-lampunya. Tapi aku hanyalah aku. Seorang insan yang sedang mencari jalan kembali untuk menjadi seorang manusia. Pelik bukan? Kerana kebenaran itu kadangkala lebih pelik dari dongeng. Aku yang masih mencari asal-usul diri ini, cuba untuk mengenali diri ini yang semakin hilang identiti.

Siapakah aku?

Dari manakah asal keturunanku? Selama ini aku bangga dengan bangsaku, aku anak Melayu dan takkan Melayu hilang di dunia. Tapi benarkah anggapan aku? Atau aku cuma Melayu pada kad pengenalan sahaja? Kaji semula asal keturunan, jika benar aku Melayu, berasal dari keturunan yang sedia ada di Tanah Melayu ini, mungkin nenek moyangku keturunan orang asli yang terdapat di Malaysia kini. Tapi itu bukan salasilah keturunanku. Atau seperti dongeng cerita rakyat? Tapi lihat pada buku “Raja-Raja Melayu dan Ahlul Bait”, mereka bukan dari Tanah Melayu. Contohnya Parameswara yang kemudiannya menjadi Sultan Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu, dia bukan berasal dari Tanah Melayu. Hanya penjajah yang dating dan menjajah Tanah ini, mendakwa ianya milik mereka. Dan kemudian kita dijajah oleh Jepun dan British. Kita dengan bangganya mengaku ini adalah Tanah kita, mereka adalah penjajah. Tapi sedarkah kita, mungkin kita yang sebenarnya penjajah. Tapi kita adalah penjajah yang merdeka. Tapi walau bagaimanapun asal keturunanku, aku tetap aku. Manusia yang dilahirkan di muka bumi ini dengan satu perjalanan yang telah ditentukan.

“Kelahiran takkan boleh berubah, tapi kita mampu mengubah kehidupan kita.”

Kita yang menentukan kehidupan kita, kita yang mengubah hidup kita, dengan tangan-tangan ini akan aku ubah duniaku. Dan aku sedang mengubahnya. Usah fikirkan tentang dunia. Jangan fikirkan tentang kemelut di Palestin, peperangan di Iraq, Lebanon, kesusahan mereka di Gaza, komplot dan rancangan jahat zionis untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa (tempat ke-3 suci dalam Islam), kelicikan Israel dan Amerika Syarikat dalam meruntuhkan benteng Islam. Jangan fikirkan itu semua, kerana dunia dirimu sendiri pun tak mampu kau tangani, apatah lagi dunia di luar sana. Negara sendiri masih lagi tak kita fahami, berlagak tahu dan berkata tentang apa yang terjadi di dunia luar. Betulakan sahaja dirimu dahulu sebelum mahu memperbetulakan orang lain. Bangga menjadi bangsa Melayu? Melayu cukup sinonim dengan Islam, tapi Islamkah aku? Atau aku cuma Islam pada nama, pada kad pengenalan sahaja? (Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui). Tapi aku sedang cuba mengubah diri aku, kearah yang lebih baik. Aku mencari Islam pada hati, kerna aku akan lebih mengerti. Aku Islam dalam diri, kerana aku akan lebih menghargai. Apakah maksud Islam? Tiada dalam mana-mana kitab Samawi terdahulu seperti Torat dan Injil, kerana Islam adalah pelengkap kepada keduanya. Takkan ada makna Islam di dalam mana-mana kamus di dunia, kerna Islam itu pada hatinya. Islam adalah sesuatu yang indah, dari segi keperibadian ataupun akhlak, semuanya cukup indah. Islam adalah persamaan taraf antara semua manusia, tak kira lelaki mahupun perempuan, kaya mahupun miskin, tua mahupun muda. Kerana Islam adalah sama. Dan tiada paksaan di dalamnya. Indah bukan?

Tapi Islamkah aku kini? Subhanallah.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Dan akan aku teruskan menulis. Kerna itulah salah satu cara aku untuk berkata-kata, kepada manusia dan kepada dunia. Mungkin anda semakin bosan dengan penulisanku. Tapi itu bukan masalah aku, aku hanya ingin menulis, menulis dan menulis. Aku bukan penulis hebat seperti Ramlee Awang Murshid dengan buku-bukunya, aku bukan pengkaji seperti Alexander Zulqarnain dengan penulisannya, aku bukan Dr Hamka; ulama moden dengan kata-katanya. Aku hanyalah aku. Dan penulisan ini akan kekal disini, kerna tak siapa akan sebarkannya. Inilah ideologi aku. Pemikiran aku dan kefahaman aku. Inilah dunia aku. Dan aku sedang memaksa kau menerima dunia aku. Dunia aku yang pelik, dan mungkin kau juga akan menjadi seperti aku. Melawan arus dunia. Keluar dari kepompong kehidupan, semuanya yang wujud kini hanya dicipta untuk mengongkong kita di dalam permainan mereka. Kita umpama boneka bernyawa yang digunakan. Pemikiran kita telah dieksploitasikan, digunakan dan diputar belitkan. Kebenaran telah diubah, sejarah diubah dan kebenaran tentangnya telah disembunyikan. Mungkin aku terlalu emosi, dan salah aku emosi itu kini menguasai diri. Tapi persetankan semua itu. Ini kisah aku, pemikiran aku. Dan tiada kata-kata yang literal untuk aku gunakan bagi mengupas makna itu. Aku sedang mencari jalan kehidupan aku, mengkaji kebenaran yang disembunyikan. Disembunyikan oleh siapa? Jawapan itu ada di dalam diri kau. Tapi sejauh mana kesediaan kau untuk mencari kebenaran yang disembunyikan itu,terpulang. Dan berani aku katakana, jika kau tahu kebenarannya, kau akan menyesal kerana mengetahuinya. Dan berharap agar kau tak pernah tahu. It’s the denial, and its normal since you still locked up your mind from the truth.

Ideologi aku masih belum berakhir, ianya baru saja bermula..

No comments: