Tuesday, 3 January 2012

Maya # Diari Hati 1

#np Kiss The Rain - Yiruma


4 Jan 2012
Maya, ada orang pernah katakan yang cinta itu memerlukan pengorbanan sebagai satu langkah kita mengecapi kebahagiaan. Tapi bolehkan aku bertanya pada hati, apakah itu kebahagiaan? Apakah itu pengorbanan? Adakah kau tahu wahai Maya, jika tahu bolehkah kau berkongsi ertinya dengan aku? Sudah 4 hari kita melangkah masuk ke tahun baru, yang mana tahun ini tidak lagi seperti tahun-tahun yang lepas. Mungkin permintaan aku yang lepas akhirnya membawa aku, menjadikan aku sepertimana aku sekarang.

Maya, benarkah jika bercinta itu akan terasa bahagia? Benarkah bila bercinta itu hati ini kekal gembira? Aku pernah rasa kebahagiaan itu, kegembiraan itu tapi kini aku umpama mendaki ke puncak menara Babel yang aku sudah tahu ianya pasti runtuh. Aku ibarat Icarus yang terbang dengan sayap lilin mencari matahari sedangkan aku tahu ianya pasti aku menghempas aku kembali ke bumi. Aku ibarat Narcissus dengan kolam refleksinya, di mana akhirnya aku gagal meninggalkannya. Aku tersekat di sebuah perjalanan dengan hanya wujud sisa-sisa perasaan untuk aku pulang ke titik mula.

Maya, salahkah jika hati ini berubah? Salahkah jika aku hanya ingin mencari kebahagiaan sendiri buat kali pertama walaupun terpaksa melukakan hati-hati yang lain? Salahkah aku jika untuk kesekian kali ini aku hanya ingin mengecap gembira? Aku benar-benar buntu, pegun aku di dalam lintasan kegelapan yang hanya ditemani sedikit obor api yang masih tersisa, membantu aku keluar dari kefaktaban ini. Ya Maya, aku sungguh terfaktab kali ini. Dan buat kali pertama aku rasakan yang aku benar-benar mementingkan diri. Aku tahu aku bersalah kerna tak memikirkan tentang hati-hati yang lain, tapi aku hanya ingin mencari kembali hati aku yang hilang, yang mungkin dimiliki oleh #MyFutureWife.

#MyFutureWife, aku tak tahu di mana kini adanya kamu. Aku masih lagi mencari-cari di manakah hati. Tetapi walau di mana sahaja kau berada kini aku mohon agar kau sabar menantikan aku seperti sabarnya aku mencari kamu. Aku harap kau sentiasa bahagia sepanjang masa ini, dan semoga keselamatan kau sentiasa dijaga dengan keizinan-Nya.

Aku harap lagu ini dapat menemani setiap malammu dengan mimpi-mimpi indah.



#MyFutureWife:
In the brightest day and the darkest night, 
Close your eyes and go to sleep tonight, 
If there's some bad dream come in your way,
I'll be there to chase them away.

No comments: