Monday, 24 December 2012

Penang, aku datang ni.

Akhirnya selepas hampir 3 tahun aku berpisah dengan Penang, pada 22 dan 23 Disember yang lepas aku berpeluang untuk kembali semula ke sana. Udara, suasana, permandangan, budaya dan segala-galanya tentang Penang amat aku rindui. Namun kerana masa yang tidak mengizinkan kami untuk menetap lama di sana (kerana tujuan kami ke utara adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan lama semasa di kolej dulu) maka kami hanya bermalam selama satu malam di Holiday Inn Beach Resort. Namun ia sudah cukup untuk menghilangkan kerinduan aku kepada Penang. Jadi, biarlah gambar yang bercerita. :)

Kami.

Mereka yang menemani.

Di "Night Market"

 Malam.
 
Selamat pagi Penang.

Akhir sekali, tahniah buat Taufik di atas perkahwinan beliau. :)

Thursday, 22 November 2012

R.A.B.A.K.

Rabak.

Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan apa yang sedang berlaku pada aku saat ini. Bila matahari tidak lagi menyinari sisi-sisi gelap di sudut hati, dan bulan tidak lagi menyuluh langkah dalam gelap. Kadang-kala aku berfikir, kenapa perlu ada sakit, kenapa perlu ada perpisahan, kenapa perlu ada peperangan. Tapi aku sedar yang dunia ini adil, Tuhan itu Maha Adil. Diciptakan-Nya sesuatu secara berpasang-pasangan. Di sebalik sakit adanya kesihatan, di sebalik perpisahan wujudnya pertemuan dan di sebalik peperangan akan ada keamanan.

Amir pandang Blackberry putih, membaca satu persatu bait-bait perkataan yang tertulis. Dia pandang cincin yang tersarung kemas di jari kirinya. Dan saat itu dia sendiri tidak mengerti apa yang sedang dirasai oleh hatinya, yang pasti ia amat menyakitkan. Tiada lagi rama-rama di dalam perut, tiada lagi fikiran ke masa-masa yang indah dan tiada lagi senyuman yang terlukis di hatinya. Masa seolah berhenti, dia pandang sekitar dengan satu pandangan kosong. Dirasakan semua orang yang memandang ke arahnya tersenyum, sinis. Seolah mereka memandang dan berkata, "Ini bukan yang kau mahukan, jadi terimalah.". Amir buka laman sosial Twitter, cuba untuk mengalih pandangannya dari realiti yang seolah sedang ketawa, menghukum dirinya.

"@AbdRahman_MZ : Sakit bukan bila ditinggalkan, dan kerana itu aku lebih rela supaya aku ditinggalkan daripada aku yang meninggalkan. Kerana aku tak mahu dia merasai sakit yang aku rasai."

Amir senyum, telan liur yang terasa pahit. Sebatang Winston light dicucuh dan dia menarik dalam menikmati setiap zarah-zarah asap yang memasuki rongga tubuhnya. Aku tak mahu dia menjadi mangsa pada keadaan, lalu aku putuskan supaya aku yang ditinggalkan. Sekurang-kurangnya dia tidak merasai sakitnya bila ditinggalkan. Dan dia bangun, melangkah longlai menuju kembali ke tempat kerjanya. Dengan satu perasaan yang rabak. Dengan jiwa yang berdarah. Dan dia capai topeng yang tersimpan, memakai topeng senyuman agar mereka di dunia luar tidak mengetahui wajah sebenarnya di dalam.


You let time pass. That’s the cure. You survive the days. You float like a rabid ghost through the weeks. You cry and wallow and lament and scratch your way back up through the months. And then one day you find yourself alone on a bench in the sun and you close your eyes and lean your head back and you realize you’re okay. –Dear Sugar, December 16, 2010. 



Thursday, 18 October 2012

Nadya dan Surat Kecil Untuk Tuhan

“Sebab setelah hujan selalu ada seseorang yang datang sebagai pelangi, dan memelukmu.

: Aku ingin orang itu selamanya aku. ”
Abdurahman Faiz, Nadya: Kisah dari Negeri yang Menggigil.

Sedang aku melayari maya aku terjumpa dengan quote di atas di bawah kategori cinta. Mestilah aku sentiasa mahu mencari cinta, semua orang mahukan cinta di dalam hidup mereka. Cuma cinta itu tak semudah yang kita impikan, tak semudah dengan hanya taip "ON CINTA" dan hantar ke 89129. Ia tak semudah itu. Aku tertarik dengan ayat di atas, sangat penuh makna bagi aku. Jadi aku pun telah menggunakan bantuan khidmat carian Google untuk mengetahui siapakah dia yang memiliki nama seakan aku tapi penulisan dan bahasa yang sangat indah ini.


Abdurahman Faiz lahir di Jakarta, 15 November 1995. Ia telah menulis puisi sejak berusia 5 tahun. Namanya mulai dikenal publik ketika ia menjadi Juara I Lomba Menulis Surat untuk Presiden tingkat nasional yang diselenggarakan Dewan Kesenian Jakarta (2003). Pertama kali Faiz tampil membacakan puisi-puisinya yang pada waktu itu belum dibukukan, adalah atas undangan Nurcholish Majid pada acara peluncuran buku beliau yang mengundang ribuan tokoh nasional. Saat kelas II SD puisi Faiz “Sahabatku Buku” menjadi juara Lomba Cipta Puisi Tingkat SD seluruh Indonesia yang diadakan Pusat Bahasa Depdiknas (2004).

Info di atas saya salin dan tampal daripada link berikut http://www.goodreads.com/author/show/866771.Abdurahman_Faiz .  Boleh buka untuk tahu lebih lanjut tentang penulis ini.

Setelah membaca beberapa quote lain daripada buku Nadya : Kisah dari Negeri yang Menggigil seperti “Apakah cinta selalu menyediakan airmata?” dan “Tapi kitalah masa depan kanak kanak yang harus menjalin airmata negeri menjadi cahaya” saya telah membuat satu keputusan drastik. Buku ini akan masuk ke dalam buku yang saya mahu baca, dan jika saya harus ke Indonesia sekalipun untuk mendapatkan buku ini, saya sanggup dan pastinya akan dapatkan buku ini. Oh tak lupa juga dengan buku Surat Kecil Untuk Tuhan oleh Agnes Danovar. 

SURAT KECIL UNTUK TUHAN

Tuhan . . .
Andai aku bisa kembali
Aku tidak ingin ada tangisan didunia ini

Tuhan . . .
Andai aku bisa kembali
Aku berharap tidak ada lagi hal yang sama terjadi padaku terjadi pada orang lain

Tuhan . . .
Bolehkan aku menulis surat kecil untuk-Mu

Tuhan . . .
Bolehkah aku memohon satu hal kecil untuk-Mu

Tuhan . . .
Biarkanlah aku dapat melihat dengan mataku
Untuk memandang langit dan bulan setiap harinya

Tuhan . . .
Izinkanlah rambutku kembali tumbuh agar aku bisa menjadi wanita seutuhnya

Tuhan . . .
Bolehkah aku tersenyum lebih lama lagi
Agar aku bias memberikan kebahagiaan kepada ayah dan sahabat-sahabatku

Tuhan . . .
Berikanlah aku kekuatan untuk menjadi dewasa
Agar aku bisa memberikan arti hidup kepada siapapun yang mengenalku

Tuhan . . .
Surat kecilku ini
Adalah surat terakhir dalam hidupku
Andai aku bisa kembali . . .
Ke dunia yang Kau berikan padaku

"Aliya Zara" D7000 + 70-300mm ISO 1000 f/5.6 1/160 sec.
 

Wednesday, 17 October 2012

Malam

Malam ini langit tidur setelah seharian menangis,
Pekat hitam dan kelam menghiasi tirai malam,
Ini hidup, bukan satu kisah seram yang tragis,
Jadi mari bersama, kita singkap sejarah semalam.

Aku pernah ada satu perbualan dengan seorang teman, dia yang aku jarang bertegur sapa di realiti dahulu, dan kita hanya sesekali berbicara melalui maya. Setahun dua tiga kali paling banyak. Aku ulang, dua tiga kali. Tapi setiap perbualan itu selalunya bertopikkan perkara-perkara santai. Seperti kertas misalnya. Dia pernah katakan pada aku, "You're the person who'll write on a pieces of paper when you got something on your mind." Ya, itu aku dulu. Tapi kini dengan adanya peranti mudah alih yang pintar dan laman sosial aku mula menulis di maya. Dan aku akui, keseronokan menulis di atas kertas itu adalah sangat mengasyikkan. Adakala aku menulis sehingga tangan ini sudah tak mampu menulis, menulis dari tulisan paling kemas hingga ke tulisan cakar ayam. Dan aku akan simpan sebahagian besar hasil penulisan aku di atas kertas (melainkan ia hilang) untuk aku baca kembali di waktu aku sunyi, waktu aku berseorangan berenang di dalam lautan memori. It was fun, umpama kau ulang baca kembali diari yang kau tulis 10 tahun yang lepas dan kau akan ketawa, sebab aku selalu ketawa bila baca kembali penulisan lama aku.

Di dalam perbualan terakhir kami dia ada katakan pada aku tentang malam. Dan aku waktu ini yang sedang bekerja di waktu malam teringat pada kata-kata dia yang satu itu. "Ada banyak perkara yang boleh berlaku di waktu malam." And guess what, while I'm thinking about those line that one thing that are playing on my mind was the last movie that I'd watch yesterday, "The Nightmare On Elm Street." Dan sekarang saya rasa seperti mahu keluar ke tandas. Great. Wait for me Freddy. T_T

Tuesday, 16 October 2012

5 Soalan Yang Sering Di Tanyakan Kepada Aku. (Kecuali soalan ke-5)

17 Oktober 2012, Shah Alam, (Musik: Mungkin Nanti - Peter Pan)

Maya,

Sudah lama sebenarnya aku tak menulis di sini. Masa-masa aku banyak dihabiskan di laman sosial Twitter dan kadang-kala mukabuku. Dan dengan masa kini di mana semua peranti mudah alih aku tiada pada aku maka ia menyukarkan aku untuk menulis dan berkomunikasi di laman-laman sosial di atas. Jadi aku habiskan masa aku untuk berbicara dengan kau di buku oren milik aku. Apa khabar kau Maya?

Lama sudah aku tidak menulis, rasanya seperti anak-anak kecil yang kembali belajar mengeja rasanya. Beberapa minggu lepas aku ada menemui seorang teman lama, dan berbicara soal hati dan perasaan. Ya, mungkin banyak yang telah berubah di dalam tempoh masa 3 tahun ini. Dan di dalam masa ini juga telah mengubah cara aku berfikir dan berkata-kata. Dan juga mungkin telah mengubah soal hati dan perasaan aku sendiri. Dan bila berbicara soal hati dan perasaan pastinya akan terkeluar pertanyaan seperti "Bagaimana dengan hidup awak kini? Bahagiakan? Gembirakah?" dan juga soalan lazim yang makcik-makcik aku sering tanyakan pada aku, "Bila nak kahwin ni, kakak-kakak semua dah kahwin. Awak bila lagi?" Lalu aku tuliskan entri ini untuk menjawab beberapa lagi soalan yang mungkin ada orang akan tanyakan pada aku, jadi mudah bila ada yang bertanya akan aku berikan mereka link entri ini dan suruh mereka baca sendiri. Lebih mudah bukan?

1. Bagaimana dengan hidup awak kini. Gembirakah? Bahagiakah?

Aku gembira dengan hidup aku kini. Dengan kerja, keluarga dan sahabat yang sentiasa ada di sisi, yang tak pernah putus berikan sokongan tatkala aku memerlukan, yang sentiasa menarik aku bangun bila aku jatuh. Jadi jawapan aku, ya aku gembira dan bahagia dengan hidup aku. Tetapi hidup ini umpama roda, akan ada masanya aku jatuh, aku tersungkur dan terluka. Tetapi aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga, sahabat dan teman-teman.

2. Bila nak berkahwin?

Soalan ini adalah soalan lazim sewaktu majlis kenduri, perkahwinan saudara jauh dekat dan juga sewaktu sambutan hari raya. Aku tak punyai jawapan yang pasti bila. Sebabnya kita juga takkan tahu bila kita mati ye dak? Jadi buat masa ini aku hanya ingin menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjaya, serta habiskan masa dengan teman-teman. Masih banyak tempat-tempat yang belum aku jelajahi, masih banyak lagi yang perlu aku pelajari dan perbaiki diri ini. Aku takkan mampu menjadi imam yang baik kepada bakal isteri aku dengan keadaan aku yang sekarang. Menjadi imam bukan sahaja soal solat, tetapi sebagai pemimpin di dalam rumah tangga dan macam-macam lagi. Soalan seterusnya?

3. Apa pendapat awak tentang sebuah institusi perkahwinan?

Masih tak habis lagi dengan soal perkahwinan? Bagi aku perkahwinan adalah penyatuan dua hati, dan perkahwinan adalah permulaan kehidupan kita sebagai seorang suami atau isteri dan juga pengakhiran kepada sebuah pencarian selama ini. Aku sudah hidup selama 23 tahun, dan pemahaman aku tentang perkahwinan adalah seperti di atas. Dia, adalah kunci yang hilang untuk membuka pintu hati kau. Aku tak mahu bercakap tentang perkahwinan di dalam konteks agama dan adat. Just keep the simple thing, marriage is about trust and sharing. You trust your own life to be with him/her because you'll be sharing the rest of your life, time with him/her.

4. Apakah impian atau perkara yang awak nak dalam hidup?

Impian dan cita-cita adalah dua perkara yang berlainan.Dan aku ada beberapa impian yang ingin aku capai sebelum usia ini menjangkau 30 tahun, Insya-Allah. Antara impian aku adalah untuk melancong ke seleuruh Malaysia dengan menaiki pengangkutan awam, seperti bas dan keretapi. Sebab aku tahu banyak lagi tempat-tempat yang menarik dan cantik yang aku belum pernah jejak di negara sendiri. Dan kemudian aku ingin melancong secara berseorangan atau berdua ke luar negara hanya untuk mengambil gambar. Juga aku berimpian untuk menulis sebuah buku, tentang hidup aku atau tentang kisah-kisah cinta aku misalnya? *ketawa* Dan aku juga ingin selitkan di sini iaitu cita-cita aku, aku bercita-cita untuk menjadi seorang jurugambar professional sebelum usia aku 30 tahun. Aku tahu masih banyak yang perlu aku pelajari tetapi aku sedang berusaha ke arah itu.

5. Soalan terakhir! Apa definisi cinta buat awak?

Cinta? *senyum* Memetik petikan yang saya suka ulang sejak dari dulu, "Love is not about finding the right person, but to create the right relationship. It's not about how much love you have in the beginning, but how much you gain till the end. - Unknown." 

Dan begitulah tamatnya sesi penulisan saya pada entri kali ini.Dan disini aku kongsikan sekeping gambar sewaktu aku sedang mengejar mentari jatuh.

D90 + Tamron 70-300mm ISO 800 f/45 1/4000 sec


Monday, 1 October 2012

#Song - SOMEONE TO FALL BACK ON - ALYSON MICHALKA


SOMEONE TO FALL BACK ON - ALYSON MICHALKA
I'll never be
A knight in armor
With a sword in hand,
Or a kamikaze fighter;
Don't count on me
To storm the barricades
And take a stand,
Or hold my ground;
You'll never see
Any scars or wounds -
I don't walk on coals,
I wont walk on water:
I am no prince,
I am no saint,
I am not anyone's wildest dream,
But I will stand behind
And be someone to fall back on.

Some comedy -
You're bruised and beaten down
And I'm the one
Who's looking for a favor.
Still, honestly,
You don't believe me
But the things I have
Are the things you need.
You look at me
Like I don't make sense,
Like a waste of time,
Like it serves no purpose -
I am no prince,
I am no saint,
And if that's what you believe you need,
You're wrong - you don't need much,
You need someone to fall back on...

And Ill be that:
Ill take your side.
If I'm the only one,
I'm used to that.
Ive been alone,
Id rather be
The half of us,
The least of you,
The best of me.
And I will be
I'll be Your prince,
Ill be your saint,
I will go crashing through fences
In your name. I will, I swear -
I'll be someone to fall back on!
I'll be the one who waits,
And for as long as you'll let me,
I will be the one you need.
I'll be someone to fall back on
I'll be someone to fall back on one to fall back on...

Thursday, 20 September 2012

Sedikit Memori Lama

Bekerja waktu malam adalah sangat membosankan kecuali bila ada mesin yang rosak. Jadi saya dengan masa yang terluang ini saya gunakan untuk meng-edit beberapa keping gambar lama. Enjoy!

 KLIA - 20 Ogos 2012

 Only in Melaka - 14 April 2012

 Mengejar Mentari - 16 April 2011

 Trip To Kedah In 1 Day Part I - 23 Ogos 2012

 Trip To Kedah In 1 Day Part II - 23 Ogos 2012

Bila saya bosan. (^.^)

Saturday, 18 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Jam 2:13 minit pagi. Saya masih di kedai mamak memikirkan dengan tekun untuk hari esok, atau hari ini sebenarnya. Esok (atau hari ini) bersamaan 19 Ogos 2012 adalah hari seluruh umat manusia yang beragama Islam meraikan hari kemenangan, ataupun hari yang lebih dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. Makcik-makcik yang sedang sibuk menganyam ketupat sambil menonton Kabhi Kushi Kabhi Gam petang tadi kni sedang sibuk memasak rendang, pakcik-pakcik sedang memikirkan tempat untuk lepak minum kopi pagi esok selepas solat sunat Aidilfitri, yang muda remaja seperti saya sedang sibuk menghabiskan malam terakhir Ramadan di mamak-mamak sambil menonton perlawanan bola sepak, ataupun bagi yang ada kekasih sedang sibuk bergayut bersama kekasih tersayang, tak lupa juga kepada para pengguna Blackberry dan juga semua pengguna telefon pintar yang sedang sibuk membuat ucapan raya di laman-laman sosial.


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin daripada kami semua cucu-cucu nenek kesayangan kami yang akan beraya di Selayang pada tahun ini. =D

Thursday, 9 August 2012

10 Ramadan Terakhir

Ramadan kini sudah masuk ke 10 hari terakhir, di mana yang makcik-makcik akan semakin ligat membuat kuih dan biskut raya mahupun secara arahan kepada anak gadis masing-masing mahupun secara tunjuk-menunjuk di Kompleks PKNS. Yang makwe-makwe pula sedang dalam proses mencuba baju-baju raya berikutan saiz badan yang sudah tidak sama dengan tahun lepas, merajuk dengan pakwe masing-masing kerana warna baju raya tidak sedondon dan tak lupa sedang sibuk update status twitter untuk tempat-tempat berbuka yang belum sempat dikunjungi. Bagi lelaki pula terutamanya team Satria kena bawa kereta laju-laju di Lebuhraya Persekutuan akan sibuk buka forum-forum bagi mencari sport rim, spoiler mahupun makwe baru untuk ditayang semasa balik beraya nanti.  Tidak lupa juga kepada suami dan isteri yang akan mulakan proses berkempen berikutan mahu meraih kemenangan dalam menentukan kampung halaman yang mana harus dikunjungi dahulu pada tahun ini.

Dalam kesibukan kita semua dalam mencari baju dan aksesori baru sempena Aidilfitri, sibuk memenuhi balang-balang kaca di rumah dengan puluhan jenis aneka kuih raya, yang pelajar pula sedang sibuk meminta para pensyarah supaya membatalkan mahupun menunda kelas di hari Jumaat hadapan kepada selepas cuti raya dengan alasan sudah membeli tiket untuk pulang ke kampung, dan dalam kesibukan saya mengemaskini blog pada waktu kerja ini, kita semua kadang-kala terlupa dengan makna Ramadan ini, kita terlupa dengan kekurangan mereka yang kurang bernasib baik, kita terlupa.

Dalam 10 hari yang terakhir ini kita akan sibuk dengan segala persiapan raya, mengemas rumah dan sebagainya. Dan kita juga perlahan-lahan mula kembali kepada diri kita pada 11 bulan yang lain. Kalau pada permulaan Ramadan dahulu kita masih ringan tulang untuk mengisi saf-saf kosong di surau mahupun masjid, pada hujung Ramadan ini perasaan malas itu mulai wujud. Saya juga begitu, kerana kita ini manusia yang mudah leka, mudah alpa dan mudah lupa. Jadi semoga Ramadan kali ini tidak akan sama seperti Ramadan yang lepas-lepas, di mana kita tidak mengambil peluang yang telah diberikan kepada kita di setiap Ramadan. Amboi seolah mahu berceramah pula, saya sekadar mengingatkan diri saya dan juga semua yang sudi membaca.

Sebenarnya, saya tersentuh bila menonton iklan raya oleh Bernas pada tahun ini. Dan idea untuk menulis itu datang dengan tiba-tiba. Kemain payah lagi saya nak kemaskini blog sebenarnya, malas katakan. Kahkahkah. Jadi saya kongsikan di sini iklan yang hampir-hampir buatkan saya menitiskan airmata. 



Saya akan merindui Ramadan kali ini. Itu yang pasti.

Wednesday, 8 August 2012

Kita Adalah Penjajah Yang Merdeka

Daripada blog lama saya : Between Cigarettes And Coffee. Entri Mac 27, 2010.
 
Aku cuma ingin menulis.

Aku hanya ingin menulis supaya kewujudan aku diakui, kerana itu aku menulis. Dan aku akan terus menulis dan menulis sehingga aku sudah tak mampu lagi untuk menulis. Kerana aku bukan seorang yang terkenal, bukan artis ataupun orang terhormat dimana kisah hidup aku akan dibukukan dan diedarkan dengan beratus salinan ke seluruh dunia. Dan kisah aku akan dibaca dan diturunkan kepada generasi dan generasi. Dan aku menjadi lagenda. Namun aku tak sehebat itu. Aku bukan aktivis seperti Malcolm X, bukan Martin Luthor King, bukan Hitler juga bukan “rockstar” seperti Micheal Jackson ; The King of Pop, Elvis Presley yang bergelar The King, juga bukan sasterawan bak A. Samad Said yang mampu mencipta karya untuk diingati, Albert Einsten dengan teori gilanya dan digelar genius kemudian, Thomas Edison dengan lampu-lampunya. Tapi aku hanyalah aku. Seorang insan yang sedang mencari jalan kembali untuk menjadi seorang manusia. Pelik bukan? Kerana kebenaran itu kadangkala lebih pelik dari dongeng. Aku yang masih mencari asal-usul diri ini, cuba untuk mengenali diri ini yang semakin hilang identiti.

Siapakah aku?

Dari manakah asal keturunanku? Selama ini aku bangga dengan bangsaku, aku anak Melayu dan takkan Melayu hilang di dunia. Tapi benarkah anggapan aku? Atau aku cuma Melayu pada kad pengenalan sahaja? Kaji semula asal keturunan, jika benar aku Melayu, berasal dari keturunan yang sedia ada di Tanah Melayu ini, mungkin nenek moyangku keturunan orang asli yang terdapat di Malaysia kini. Tapi itu bukan salasilah keturunanku. Atau seperti dongeng cerita rakyat? Tapi lihat pada buku “Raja-Raja Melayu dan Ahlul Bait”, mereka bukan dari Tanah Melayu. Contohnya Parameswara yang kemudiannya menjadi Sultan Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu, dia bukan berasal dari Tanah Melayu. Hanya penjajah yang dating dan menjajah Tanah ini, mendakwa ianya milik mereka. Dan kemudian kita dijajah oleh Jepun dan British. Kita dengan bangganya mengaku ini adalah Tanah kita, mereka adalah penjajah. Tapi sedarkah kita, mungkin kita yang sebenarnya penjajah. Tapi kita adalah penjajah yang merdeka. Tapi walau bagaimanapun asal keturunanku, aku tetap aku. Manusia yang dilahirkan di muka bumi ini dengan satu perjalanan yang telah ditentukan.

“Kelahiran takkan boleh berubah, tapi kita mampu mengubah kehidupan kita.”

Kita yang menentukan kehidupan kita, kita yang mengubah hidup kita, dengan tangan-tangan ini akan aku ubah duniaku. Dan aku sedang mengubahnya. Usah fikirkan tentang dunia. Jangan fikirkan tentang kemelut di Palestin, peperangan di Iraq, Lebanon, kesusahan mereka di Gaza, komplot dan rancangan jahat zionis untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa (tempat ke-3 suci dalam Islam), kelicikan Israel dan Amerika Syarikat dalam meruntuhkan benteng Islam. Jangan fikirkan itu semua, kerana dunia dirimu sendiri pun tak mampu kau tangani, apatah lagi dunia di luar sana. Negara sendiri masih lagi tak kita fahami, berlagak tahu dan berkata tentang apa yang terjadi di dunia luar. Betulakan sahaja dirimu dahulu sebelum mahu memperbetulakan orang lain. Bangga menjadi bangsa Melayu? Melayu cukup sinonim dengan Islam, tapi Islamkah aku? Atau aku cuma Islam pada nama, pada kad pengenalan sahaja? (Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui). Tapi aku sedang cuba mengubah diri aku, kearah yang lebih baik. Aku mencari Islam pada hati, kerna aku akan lebih mengerti. Aku Islam dalam diri, kerana aku akan lebih menghargai. Apakah maksud Islam? Tiada dalam mana-mana kitab Samawi terdahulu seperti Torat dan Injil, kerana Islam adalah pelengkap kepada keduanya. Takkan ada makna Islam di dalam mana-mana kamus di dunia, kerna Islam itu pada hatinya. Islam adalah sesuatu yang indah, dari segi keperibadian ataupun akhlak, semuanya cukup indah. Islam adalah persamaan taraf antara semua manusia, tak kira lelaki mahupun perempuan, kaya mahupun miskin, tua mahupun muda. Kerana Islam adalah sama. Dan tiada paksaan di dalamnya. Indah bukan?

Tapi Islamkah aku kini? Subhanallah.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Dan akan aku teruskan menulis. Kerna itulah salah satu cara aku untuk berkata-kata, kepada manusia dan kepada dunia. Mungkin anda semakin bosan dengan penulisanku. Tapi itu bukan masalah aku, aku hanya ingin menulis, menulis dan menulis. Aku bukan penulis hebat seperti Ramlee Awang Murshid dengan buku-bukunya, aku bukan pengkaji seperti Alexander Zulqarnain dengan penulisannya, aku bukan Dr Hamka; ulama moden dengan kata-katanya. Aku hanyalah aku. Dan penulisan ini akan kekal disini, kerna tak siapa akan sebarkannya. Inilah ideologi aku. Pemikiran aku dan kefahaman aku. Inilah dunia aku. Dan aku sedang memaksa kau menerima dunia aku. Dunia aku yang pelik, dan mungkin kau juga akan menjadi seperti aku. Melawan arus dunia. Keluar dari kepompong kehidupan, semuanya yang wujud kini hanya dicipta untuk mengongkong kita di dalam permainan mereka. Kita umpama boneka bernyawa yang digunakan. Pemikiran kita telah dieksploitasikan, digunakan dan diputar belitkan. Kebenaran telah diubah, sejarah diubah dan kebenaran tentangnya telah disembunyikan. Mungkin aku terlalu emosi, dan salah aku emosi itu kini menguasai diri. Tapi persetankan semua itu. Ini kisah aku, pemikiran aku. Dan tiada kata-kata yang literal untuk aku gunakan bagi mengupas makna itu. Aku sedang mencari jalan kehidupan aku, mengkaji kebenaran yang disembunyikan. Disembunyikan oleh siapa? Jawapan itu ada di dalam diri kau. Tapi sejauh mana kesediaan kau untuk mencari kebenaran yang disembunyikan itu,terpulang. Dan berani aku katakana, jika kau tahu kebenarannya, kau akan menyesal kerana mengetahuinya. Dan berharap agar kau tak pernah tahu. It’s the denial, and its normal since you still locked up your mind from the truth.

Ideologi aku masih belum berakhir, ianya baru saja bermula..

Saturday, 28 July 2012

Ramadan 2012

Sudah masuk seminggu kita umat Islam di seluruh dunia berpuasa, bagaimana dengan ibadah puasa anda selama seminggu ini? Jadi di kesempatan ini saya ingin mengambil keputusan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh teman-tema dan selamat berbuka. Semoga ibadah kita akan bertambah baik dari masa ke semasa. By the way, lagu #KiniMasaBalasBudi adalah sangat politik dan sangat tidak patriotik.

Monday, 16 July 2012

The Smoothies

As I promised before, now I'm officially introducing too you.... The Smoothies! I'll keep on updating anything new for this awesome and cool beans smoothie. Different flavors for different personalities. Try it today!


Monday, 9 July 2012

Ahad, 8 Julai 2012, ALTRI

ALTRI : Alumni Tasik Puteri. Pada 8 Julai 2012 bersamaan hari Ahad telah berlangsung satu majlis perjumpaan semula semua bekas pelajar Sekolah Menengah Bandar Tasik Puteri dan juga sesi pendaftaran bagi ahli ALTRI. Program yang dijalankan bersama-sama kolaborasi dengan pihak sekolah ini diadakan bertujuan mengumpulkan kembali semua bekas pelajar dan membolehkan semua bekas pelajar berjumpa kembali dengan kawan-kawan lama, bekas guru, bekas-bekas crush, bekas makwe-makwe dan pakwe-pakwe semasa di zaman persekolahan dulu. Dan saya pula melantik diri sendiri dan dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa ALTRI untuk menjadi jurugambar pada hari tersebut. Enjoy!












Sunday, 8 July 2012

Percubaan

Petang Ahad, 6:05, Starbucks. Percubaan untuk memuat naik entri terbaru melalui iPad yang saya terima semasa cabutan bertuah di makan malam bersama syarikat tempoh hari. Banyak cabaran yang saya terima sebenarnya namun akhirnya segalanya telah berjalan lancar dan kini Cik Apple telah sah menjadi milik saya. :)

Monday, 2 July 2012

Pada Hari Sabtu Itu

Hari itu hari Sabtu. Ayu sedang duduk bersimpuh di atas pelamin, atau pentas mini yang diubah suai supaya nampak seperti pelamin. Ada sungguh ramai orang hari itu di rumah Ayu. Yang perempuan-perempuan sedang duduk berhampiran pelamin, mengusik-usik Ayu. Kemerahan pipinya akibat diusik sedemikian. Yang makcik-makcik pula sibuk dengan gosip-gosip semasa, tak kurang juga bercerita tentang majlis perkahwinan klise di Nona, pasti mahal harganya. Dan pakcik-pakcik pula yang mana hisap rokok akan menghisap rokok, yang mana tak hisap rokok akan pura-pura bersembang sambil hisap rokok. Seperti kata Sofia dalam Lelaki Eksistensial, media yang menunjukkan bahawa merokok itu kool. Kalau kau faham.

Bila sampai masanya, seorang wanita (sebab dia bukan perempuan muda) bangun menghampiri Ayu sambil membawakan dua bentuk cincin. Zaman pasca DEB ini memang begitu, satu takkan pernah cukup katanya. Disarungkan kedua-dua bentuk cincin yang berwarna emas itu ke jari Ayu. Semua yang hadir tersenyum gembira, atau mereka semua berpura-pura gembira.

Dan pada hari Sabtu itu pada jam berapa-berapa di tarikh yang tidak dinyatakan, Ayu telah selamat ditunangkan dengan lelaki pilihan hatinya. Zaman moden ini, perempuan kena pilih teman hidup sendiri. Dan lelaki, kau hanya perlukan duit yang banyak untuk merealisasikan majlis perkahwinan umpama dalam rancangan Nona, atau seolah-olah demikian.

Coming Soon

My latest assignment.

Every different flavor is for every different person. What flavor are you?

Tuesday, 19 June 2012

Adakah Ini Selamat Tinggal?

Tepat jam 1419 tadi, saya telah mengambil keputusan untuk deactivate akaun Twitter saya. Banyak perkara sebenarnya yang bermain di minda sewaktu ingin membuat keputusan itu. Twitter dan saya, kami mulai rapat sejak daripada Jun 2011. Bayangkan di dalam tempoh setahun ini pelbagai perkara yang telah saya lalui di Twitter. Di situ tersimpan coretan suka-duka saya, cerita dan pengembaraan, pengalaman dan yang tak dapat saya lupakan adalah semua teman-teman di sana. Di Twitter, setiap followers saya bagi saya adalah teman.

Mungkin ada yang terasa hati dengan saya sepanjang kewujudan saya di laman sosial itu, jadi saya minta maaf. Buat yang merindu saya (itupun kalau ada), saya minta maaf. Mungkin lebih baik begini. Dan saya diberikan 30 hari oleh Twitter, kalau saya berubah hati dan fikiran. 

Saya hanya ingin berehat sebentar. Untuk kembali ke Twitter, biarlah 30 hari yang diberikan ini menjadi penentu. Selamat tinggal Twitter. Sampai kita berjumpa lagi. *kesat airmata*


Thursday, 31 May 2012

Hati Yang Hilang di Pantai Bersih


Amir lihat jam digital di dashboard kereta, jam 5:30 petang. Dia memperkemaskan kedudukan dan terus memandu dengan kelajuan sederhana, dia hampir tiba ke destinasi yang ditujui. Lagu September - Daughtry mulai berkumandang melalui corong radio.

How the time passed away? All the trouble that we gave,
And all those days we spent out by the lake,
Has it all gone to waste? All the promises we made,
One by one they vanish just the same.


Amir membelok masuk ke R&R Pantai Bersih, banyak kereta kelihatan di tempat letak kereta dan dia bernasib baik kerana masih ada beberapa parkir yang kosong. Amir pandang ke luat, kelihatan laut tenang dan langit membiru, ramai manusia berjalan-jalan di tepian pantai, ada juga keluarga yang sedang duduk bersantai di tepian pantai. "Suasana di sini tak pernah berubah." getus hati Amir. Amir lihat Mell di tempat duduk penumpang, diangkat Mell dan disangkut perlahan ke bahu sebelum melangkah keluar.

Lensa 18-55mm f/3.5-5.6 dipusingkan perlahan, dan dengan pantas punat shutter ditekan. Klik! Klik! Klik! Dia teruskan berjalan, melewati tepian pantai di petang yang tenang, namun tidak dapat menenangkan hatinya yang sedang berkecamuk. Amir lipat kaki seluar dan mulai berjalan di gigi air, sesekali ombak kuat menghempas pantai namun dia masih tenang berjalan. 

"Hati Dalam Botol Kaca" - Pantai Bersih 2010

"Kalau saya ada masalah, saya suka pergi ke pantai. Dan di sana saya akan korek pasir di tepi pantai dan tanamkan semua masalah-masalah saya. Dan ia amat berkesan." Setiap patah kata itu masih lagi dia ingat, dan kerana itu dia datang ke pantai ini. Amir pandang sekitar, membuang pandanganya jauh-jauh ke langit yang mulai memerah. Jam di tanganya dilihat, sudah hampir jam 6:30 petang, dia harus cepat memulakan pencariannya. Keadaan pasti akan menjaadi semakin sukar bila hari telah gelap. Amir berjalan mengikuti gerak nalurinya, hari ini dia takkan pulang dengan tangan kosong, itu janjinya pada diri sendiri.

Entah berapa jauh dia melangkah, entah berapa lama dia terhenti di situ. Di situ dia pantas berlutut, dan pasir di tepi pantai itu dikorek pantas dengan tangan kosong. Entah mengapa, tapi nalurinya kuat mengatakan dia perlu mencari sesuatu di situ, sesuatu yang tertanam di dalamnya. Dan entah berapa ketika kemudian, saat mentari semakin hilang di ufuk barat dia menjumpai sesuatu. Sebentuk cincin perak.

Dia tersenyum. Dan saat dia melihat cincin itu, perlahan-lahan dia temukan sesuatu. Sesuatu yang sekian lama dia cari, hatinya yang hilang. Amir bangkit dan perlahan-lahan dia berjalan menuju kembali ke keretanya. "Sekarang aku hanya perlu mencari kunci buat hati ini" dan dia sudah tahu di mana tersimpannya kunci hatinya itu.

Wednesday, 30 May 2012

Re-edit & Re-touch Collection

 Nikon D3000 Janda Baik 2011

 Nikon D3000 1 Syawal 2011

 Nikon D3000 Lebuhraya DUKE 2011

Nikon D3000 Bandar Tasik Puteri 2010

Monday, 28 May 2012

That Man

That Man ( Secret Garden) - Hyun Bin

One man loves you
That man loves you wholeheartedly he follows you around like a shadow everyday
That man is laughing and crying
Just how much…how much more do I have to gaze at you alone
This love that came like the wind
This beggar-like love
If I continue this way, will you love me?
Just come a little nearer…a little more
If I take one step closer to you, then you take two steps back
I who love you am next to you now That man is crying.
That man is timid
So he learned how to laugh
That man has many stories that he can't even tell his best friend
So his heart is full of tears
That's why, That man
You, he loved you Because you are just same as him
Yet another fool, yet another fool
Can't you hug me before you go?
I want to receive love, baby
Everyday in my heart,
Just in my heart,
I shout and That man is next to her even today.
Do you know That man is me?
You're not pretending that you don't know, right?
You really don't know cause you're a fool.
Just how much... how much more do I have to gaze at you alone
This love that’s like a fool
This beggar-like love
If I continue this way, will you love me?
Just come a little nearer...a little more...
If I take one step closer to you, then you take two steps back
I who love you is next to you now
That man is crying.

Found this song, listened to it and love it.



Wednesday, 23 May 2012

Bunga-Bunga Cinta

Muzik adalah satu medium untuk kita meluahkan, satu medium untuk kita buat orang lain mendengar apa yang ingin diperkataka, dan satu cara menyampaikan.

Cinta, ia adalah bersih, suci dan putih. Semuanya diletakkan di tangan kita bagaimana ingin mencorakkan takdir dan masa depan masing-masing.

Dan bila cinta itu digabungkan ke dalam muzik, ia menghasilkan satu melodi indah, alunan suara yang mampu memukau dan membawa kita jauh kembali ke masa silam, waktu masih ada cinta, waktu suka duka dan juga waktu bahagia.


Wednesday, 4 April 2012

#MIMPI : Prolog

Hujan turun renyai-renyai, dan bunyi guruh masih lagi bersahutan di luar sana. Amir pejam mata, namun masih gagal untuk melelapkan dirinya ke alam mimpi. Dia kerling jam tangan Swatch yang dipakainya, "2:34 pagi" bisik hatinya. Amir resah, gelisah. Sebatang Winston light dibakar, dan disedut perlahan tembakau yang terbakar itu, menghasilkan asap-asap putih, semoga asap-asap ini akan membawanya ke alam mimpi. Amir pejamkan mata buat kesekian kalinya, dan kepala yang serasa berat sedari tadi mulai melayang, badan Amir terasa ringan sebelum akhirnya dia terlelap. Gelap.

Di dalam kegelapan yang menelan dirinya itu Amir terdengar satu suara, suara yang sungguh amat dia kenali. "Amir! Amir! Amir bangunlah!" Tubuhnya digoncang perlahan, namun dia masih lagi memejamkan mata. Pipinya diusap perlahan, dia tersenyum saat tangan itu beralih ke lehernya. Amir buka mata, tersenyum. Di hadapannya, atau dengan lebih tepat lagi di atas badannya kini dia sedang ditindih oleh seorang gadis. Mata yang sentiasa galak memerhatikannya, disertai dengan senyuman nakal serta tawa manja. Itulah Nurul.

"Good morning sayang!" ucap Nurul seraya mengucup bibir Amir perlahan. Amir tersenyum seraya merangkul gadis itu ke dalam pelukannya. Ketawa riang mereka mengisi seluruh ruang bilik itu.

Tuesday, 6 March 2012

Watch : Swatch the Black Lacquered

Black Lacquered Gents, a new design from Swatch that just fits my heart.


Cool isn't? Yeah I know. With an affordable price and smart design, I got my eyes on this thing and finally on 26th February I bought this watch! Hooray! Okay that's it. Just sharing my new excitement. I'm turning into a watch's addictive. Well much more better than a drug's addict right? *Smile with full of excitement*

Monday, 5 March 2012

Twitter # Terima Kasih




 #np Hanya Ingin Kau Tahu - Repvblik

Bagi sesiapa yang mengikuti aku di laman sosial Twitter pasti akan terbaca tweet aku pada jam 6 petang tadi. Twitter adalah tempat kau meluahkan apa yang kau rasa, dan bagi aku laman sosial ini adalah tempat aku mencurahkan segala yang aku fikirkan, pendapat dan juga kadang-kala menjawab soalan-soalan mereka yang bertanya. 

Aku bukanlah pakar cinta, jauh sekali seorang #Hero di dalam arena cinta. Aku hanya belajar daripada kesilapan masa lalu, menjadi semakin matang di dalam pemikiran dan juga lebih bijak dalam mentafsir sesuatu masalah. Dan aku takkan dapat jadi siapa aku hari ini tanpa pengalaman dan pengajaran masa lalu. Jadi di sini aku ingin mengambli kesempatan untuk mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua bekas makwe-makwe aku, tanpa kamu aku takkan belajar menghargai erti sebuah perhubungan, aku takkan dapat memahami rasa hati seorang perempuan dan aku takkan menjadi siapa aku hari ini. Buat #1 hingga #13 jika aku tidak tersilap kira, terima kasih. Dan buat #14, terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku, dan sentiasa bersabar dengan tahap kecomelan aku yang tinggi ini. Senyum.

Tuesday, 28 February 2012

Photography # Street Photography on FJM Street Outing 2012

Since Facebook is having a war on me and I can't upload a single picture since yesterday, well I guess I'll put it in here. This photos was taken on 25 February at the Central Market on FJM Street Outing 2012. And hell yeah it was super fun, super awesome and super cool. Call yourself a photographer? You should try street photography. Enjoy!






Street is fun. I think I've found my playground. Smile.

Wednesday, 1 February 2012

Song # Terukir Di Bintang

Aku berlari-lari di alam Maya tadi sehingga aku terjatuh terlanggar youtube. And guess what, as an apologize he gave me this video. And I was like *listening* and here am I. This was super awesome. Lagu terbaru daripada Yunalis Zaraai yang bertajuk Terukir Di Bintang. Sudah beberapa ketika dilancarkan di setsen-stesen radio tempatan. Okay makwe-makwe sila cemburu. Aku suka Yuna, her song was super awesome. Lagu pertama Yuna yang aku dengar adalah Deeper Conversation. She was a good singer, and I hope she'll always be. At least much more better than Najwa Latif. #honestly

So please enjoy the song.




Friday, 27 January 2012

50 Reasons not to Date a Photographer.

Just found this 50 Reasons not to Date a Photographer. Okay this is super fun and super true.But not everything was true, I mean I'm still a super romantic guy. XD

I'm a photographer and I'm being loved okay. =)

1.‬They rather hold their bulky camera, than hold hands with you.
‪2.‬On a romantic date, you’ll watch the sun go down and think “Wow this is gorgeous” and they’ll go “mirror lock, tripod, and stop down f/8 at 1/125.”
‪3.‬You’ll never be able to enjoy tv, movies, or magazines because they’ll point out all the visual flaws.
‪4.‬They like to sit in obscure coffee shop and voyeuristically watch people for great lengths of time.
‪5.‬If you’re taking a walk outside and you come across some “interesting light” they will make you sit/stand/pose in public so that they can take a photo.
‪6.‬You’ll never get to enjoy freshly cooked meals because they’ll spend 15 minutes taking 20 variations of the same dish with their iPhone.
‪7.‬They get angry when your friends go up to them and say “I am interested in photography, can you recommend a good camera for me? Nothing professional I just want to take pretty pictures.”
‪8.‬You’ll wait longer for them to finish analyzing art in a museum than you’ll wait at the dmv
‪9.‬Same goes with old used bookstores.
‪10.‬When you think they’re giving you their undivided attention, they’re really wondering how they could fix you with a little Clone Tool and Patch Tool.
‪11.‬Or they are actually using you to not look so creepy as they people watch everything going on around you.
‪12.‬They rather drop $1,000+ on new glass than a purse for you.
‪13.‬You can’t take a photo with them without taking at least five more.
‪14.‬If you ask them if you look fat, they’ll say “don’t worry I can photoshop you later.”
‪15.‬They’ll never photoshop something simple for you if the content is not up to their “standards.”
‪16.‬That photo they randomly took of you yesterday? Good luck getting them to send it to you.
‪17.‬They spend all their time on the computer (and not for porn.)
‪18.‬They can’t have a normal conversation with throwing acronyms and random numbers.
‪19.‬They still use film cameras.
‪20.‬They spend a lot of time with people cooler than you i.e. models, actors, musicians, successful rich people.
‪21.‬They’ll be fussy over the position of a common household object, like a coffee cup.
‪22.‬They won’t return your calls or text messages, but you can bet they’re still posting pics on Instagram.
‪23.‬They like watching old films that you’ve never heard or will ever understand.
‪24.‬They like looking at weird things in general.
‪25.‬Instead of having penis-envy, they have camera-gear-envy.
‪26.‬If there’s a natural disaster in a far away land, they’re already on a plane going over there.
‪27.‬Everything is watermarked.
‪28.‬They think everyone else’s photos suck.
‪29.‬They want to color correct a lot of scenes from Twilight and Jersey Shore.
‪30.‬They hate rainbows, especially ones spinning in a circle.
‪31.‬Whenever you’re in a group talking and the conversation goes deep, they’re taking notes in some form of Moleskin.
‪32.‬They use over priced Moleskin notebooks.
‪33.‬They like trespassing into old abandoned buildings filled with health hazards.
‪34.‬They always want to show a new photo they took, but don’t really care if you like it or not.
‪35.‬They hate your n00bie friend’s new artsy profile picture.
‪36.‬Bright, sunny days make them sad, but cloudy, overcast days are apparently great!
‪37.‬They’ll take you into places that have “culture” as well a high chance of getting mugged.
‪38.‬Your birthday present will be a portrait that they’ve taken of you.
‪39.‬You can’t go anywhere new without them stopping to take a photo of everything and anything.
‪40.‬They will always bug you to be a test subject.
‪41.‬Nothing can ever be naturally pretty, everything must be fixed in Photoshop.
‪42.‬Bringing their camera means, bringing 50lbs of equipment.
‪43.‬If you break any of their things on accident, you’ll owe them thousands of dollars.
‪44.‬You can’t get them a birthday/Christmas present without spending at least $500
‪45.‬They are natural hoarders, collecting and keeping piles of old newspapers, packaging, magazines, and other things that “inspire” them.
‪46.‬They are weird and geeky.
‪47.‬They have hard drives of photos, but probably have printed 10 images.
‪48.‬They are always secretly judging your creativity.
‪49.‬If you’re ever in auto mode, they laugh at you.
‪50.‬They orgasm every time they learn a new lighting technique.



So, anyone free for a date?

Wednesday, 25 January 2012

Life # Masalah Tentang Hati? Mungkin Ini Jawapannya.

"Kau tahu Man, Allah tu sangat sweet. Dia berikan kau ujian dan jawapan pada masa yang sama."

Hidup ni takkan pernah lari daripada dugaan, ujian dan pelbagai halangan. Lihat sahaja hidup seharian, kau bawa motor laju-laju mesti dekat simpang depan tu ada bonggol, itulah halangan. Dan kau belajar dan belajar dan belajar bagai nak gila, hanya untuk ujian di akhir semester, dan selepas tu kau lupa apa yang kau belajar bagai nak gila tu. Normal bukan?

Berusia 23 tahun, aku semakin matang, dan semakin bijak membuat penilaian, penaakulan, keputusan dan juga lebih bijak untuk berfikir. Pengalaman itu akan terus tercipta, selagi kau masih bernyawa. Dan aku mengakui kata-kata seorang teman itu, Allah itu sweet. Kerana dia yang paling memahami hamba-Nya selain daripada hamba-Nya. Jadi kepada sesiapa yang bertanya kepada aku, terutamanya yang mempunyai masalah berkenaan hati, apa yang harus mereka lakukan? Jawapan aku mudah.

"Kau ada Allah yang sweet untuk kau mohon kekuatan hati, petunjuk dan jawapan buat hati. Jadi minta pada-Nya supaya dipermudahkan segalanya untuk kau. Dan kau ada teman, sahabat untuk sentiasa mendengar luahan hati kau." 

Aku sendiri punyai masalah hati, kerna aku juga manusia biasa seperti kamu semua. Tapi apa yang aku mampu buat sebagai seorang teman, sahabat adalah untuk mendengar dan menyokong, jika pilihan yang kau buat itu tidak akan menyakitkan mana-mana pihak. Sekian.

p/s: Seorang #Hero akan gagal dahulu, walaupun dalam hal ehwal cinta. Tapi tak bermakna gagal segalanya.

Wednesday, 18 January 2012

Monday, 9 January 2012

Maya # Diari Hati 3 : Pesan Buat Hati

10 Jan 2012



#np Yesterday Once More - Carpenters

We always fought with others, since ever before we're born in this world we fought. We fought and defeat others and we won, and we claimed our place in this world, as a human. -ARMZ

Kita sentiasa berperang, dan peperangan yang paling sukar adalah peperangan dalam diri.
Bila kita jatuh lemah saat berseorangan dan tak ada siapa yang ambil peduli.
Kita terasa, kita menangis hentak kaki kerna mahukan perhatian orang di sisi.
Tapi kita lupa pada diri sendiri yang selama ini terus setia menemani.
Kita lupa pada seorang teman, seorang sahabat dan juga seorang kawan.
Saat sedang asyik bercinta, dunia ini memang ibarat bagai kita yang punya, yang lain semua lawan.
Dibiarkan hati terus asyik dengan halusinasi, usah risau kau aku takkan pernah tinggalkan.
Tapi itu semua karut, itu semua janji seorang manusia yang mana janji pada Tuhan juga dilupakan.
Habis bagaimana di akhirnya, baru mahu merangkak pulang mencari teman?

Kawan, 
Silalah bercinta sepuas hati tapi jangan sampai hati itu dikhianati,
Silalah terus saling menyayangi jangan sampai sayang itu mati,
Silalah cuba untuk saling memahami.
Dan bila kau sudah jumpa bahagia jangan lupa berpaling pada hari ini.

I hope that you may always have an angel by your side.

Pesanan buat hati: Tolong kuat kali ini. Senyum.

Maya # Diari 901

9 Jan 2012

#np The Diary of Jane - Breaking Benjamin

Jimmy tekan papan kekunci di telefon bimbit. Menekan-nekan membina satu ayat penuh di Twitter. Senyum, lambang tweet ditekan dan dalam beberapa saat terpapar tweet itu di Timeline twitter-nya.

901, adalah satu tarikh yang akan menjadi satu ingatan buat penduduk Malaysia yang tak lepak Pavilion. The last verdict between DSAI with SB was announced and the result : DSAI is not guilty. Yeah, alasan yang diberikan kenapa pemimpin pakatan pembangkang itu bebas daripada tuduhan adalah kerana kekurangan bukti. Bagi aku dari tahun 2008 lagi dah terlalu nampak perbezaan di dalam hujah, dan juga bukti-bukti yang dikemukakan.

Hari yang akan diingati oleh semua rakyat Malaysia yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur, sebab lebuhraya PLUS tak pernah sesak macam pagi tadi melainkan semasa BERSIH 2.0. Nasib baik aku bekerja di Shah Alam. Senyum. Apa pun tahniah kepada DSAI, kebenaran itu harapnya sentiasa di pihak yang benar. You can't be so sure about that in "this" society but I'm glad that you won. SB? Aku malas nak komen apa-apa.

Jimmy lihat notification di Blackberry, ada whatsapp message. Buka dan senyum. Ada orang merajuk.

"@anwaribrahim I never cared too much about politics, but I just hope the truth will win in this hypocrite society. Good luck today #901."

Friday, 6 January 2012

Maya # Diari Hati 2

Bab 1 daripada 12 : Mukasurat 7 daripada 31

Kalau kau tahu apa yang ada dalam hati ini aku percaya kau takkan mahu tahu lagi kelak,
Kerana setiap patah kata yang tersingkap akan buatkan kau menangis teresak,
Tapi tak mengapa.

Kisah ini adalah kisah tentang aku yang masih berdiri di sini,
Kelihatan tegak namun sebenarnya goyah tak tetap kaki,
Tapi tak mengapa.

Mereka kata kita seumpama sepasang pasangan bahagia, gembira ketawa,
Mungkinkah mereka buta kerna mereka tak nampak, tak merasa seperti kita,
Tapi tak mengapa.

Maya menjadi saksi luahan hati,
Maya menjadi bukti penulisan ini,
Maya menjadi teman saat aku menyendiri,
Maya menjadi tempat aku bina dunia sendiri.


Tapi tak mengapa. Kerana aku #Hero.

Tuesday, 3 January 2012

Maya # Diari Hati 1

#np Kiss The Rain - Yiruma


4 Jan 2012
Maya, ada orang pernah katakan yang cinta itu memerlukan pengorbanan sebagai satu langkah kita mengecapi kebahagiaan. Tapi bolehkan aku bertanya pada hati, apakah itu kebahagiaan? Apakah itu pengorbanan? Adakah kau tahu wahai Maya, jika tahu bolehkah kau berkongsi ertinya dengan aku? Sudah 4 hari kita melangkah masuk ke tahun baru, yang mana tahun ini tidak lagi seperti tahun-tahun yang lepas. Mungkin permintaan aku yang lepas akhirnya membawa aku, menjadikan aku sepertimana aku sekarang.

Maya, benarkah jika bercinta itu akan terasa bahagia? Benarkah bila bercinta itu hati ini kekal gembira? Aku pernah rasa kebahagiaan itu, kegembiraan itu tapi kini aku umpama mendaki ke puncak menara Babel yang aku sudah tahu ianya pasti runtuh. Aku ibarat Icarus yang terbang dengan sayap lilin mencari matahari sedangkan aku tahu ianya pasti aku menghempas aku kembali ke bumi. Aku ibarat Narcissus dengan kolam refleksinya, di mana akhirnya aku gagal meninggalkannya. Aku tersekat di sebuah perjalanan dengan hanya wujud sisa-sisa perasaan untuk aku pulang ke titik mula.

Maya, salahkah jika hati ini berubah? Salahkah jika aku hanya ingin mencari kebahagiaan sendiri buat kali pertama walaupun terpaksa melukakan hati-hati yang lain? Salahkah aku jika untuk kesekian kali ini aku hanya ingin mengecap gembira? Aku benar-benar buntu, pegun aku di dalam lintasan kegelapan yang hanya ditemani sedikit obor api yang masih tersisa, membantu aku keluar dari kefaktaban ini. Ya Maya, aku sungguh terfaktab kali ini. Dan buat kali pertama aku rasakan yang aku benar-benar mementingkan diri. Aku tahu aku bersalah kerna tak memikirkan tentang hati-hati yang lain, tapi aku hanya ingin mencari kembali hati aku yang hilang, yang mungkin dimiliki oleh #MyFutureWife.

#MyFutureWife, aku tak tahu di mana kini adanya kamu. Aku masih lagi mencari-cari di manakah hati. Tetapi walau di mana sahaja kau berada kini aku mohon agar kau sabar menantikan aku seperti sabarnya aku mencari kamu. Aku harap kau sentiasa bahagia sepanjang masa ini, dan semoga keselamatan kau sentiasa dijaga dengan keizinan-Nya.

Aku harap lagu ini dapat menemani setiap malammu dengan mimpi-mimpi indah.



#MyFutureWife:
In the brightest day and the darkest night, 
Close your eyes and go to sleep tonight, 
If there's some bad dream come in your way,
I'll be there to chase them away.

Sunday, 1 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012 # Cerita Aku Pada 2011

#np Rivers Flow in You - Yiruma

Salam 2012.

Tahun baru yang bermakna meningkat lagi setahun umur kita semua. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini kita semua akan menjadi manusia yang lebih baik hari ini daripada semalam. Dan semoga segala apa yang terjadi pada 2011 kita jadikan iktibar, pengajaran dan juga sempadan buta tahun yang serba baru ini.

Sebenarnya bagi aku, tidak ada apa pun yang berubah secara total dalam tahun yang baru ini. Yang berubah hanya tarikh, harga rokok dan minyak, dan juga mungkin hati. Manusia takkan dapat berubah secara drastik dan mendadak. Itu adalah seorang manusia. Dan manusia akan kekal menjadi manusia. Dan aku rasa tak perlu aku ungkapkan apa yang akan terjadi pada aku tahun 2012 ini. Mungkin perancangan itu wujud, tapi seperti yang telah terkata sejak dari Azali, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Jadi sempena 1/1/2012 ini aku ingin ceritakan serba sedikit tentang aku sepanjang tahun 2011. Semoga ini menjadi titik tolak kepada aku untuk lebih berjaya, dan semoga aku dan kita semua menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya.

Ok aku rasa macam aku akan buat karangan pula. Kahkahkah. Tahun 2011 bagi aku adalah tahun yang sangat bermakna buat aku. Tahun yang banyak mengajar aku, tahun yang mendewasakan dan tahun yang membuka mata, minda dan hati. Tahun 2011 juga adalah tahun yang paling aku sibuk sebenarnya. Senyum.

2/2/2011
Hari pertama aku melangkah kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Tidak ada lagi istilah kerja main-main. Bertitik tolak dari tarikh ini aku sebagai seorang manusia yang mula menjadi seorang manusia. Dan apa yang aku pelajari di sini bukanlah sekadar pengalaman dan kerja. Aku belajar tentang hidup dan manusia, sikap dan perangai. Dan aku ketahui, yang segala program mesin, bahagian mekanikal dan elektrik mesin adalah lebih mudah difahami berbanding hati seorang wanita.

26/7/2011
Satu kehilangan, satu penyatuan semula. Aku terima berita daripada panggilan telefon pada jam 8 malam usai pulang dari kerja. Boleh baca di sini Sedetik Kenangan # L. Aku belajar bahawa kematian itu pasti datang, cuma mungkin caranya berbeza. Mungkin caranya itu tanpa kita sedar. Dan sewaktu di memorial itu juga menyatukan aku dan teman-teman lama yang lain. Di sebalik perpisahan selamanya itu, ada satu penyatuan semula. Tapi apa pun, hati kami semua masih sama seperti dulu, sama sewaktu kehadiran kau, L.

10/10/2011
Jangka masa yang lama, sebenarnya dari bulan 3 hingga ke bulan 9 banyak juga perkara yang terjadi namun ada yang lebih baik disimpan oleh aku sendiri. Dan pada tarikh ini adalah kali pertama aku berkunjung ke syurga buku di Uya Distro SS15 Subang, sewaktu pelancaran kitab Terfaktab. Kenapa ianya penting? Kerana inilah titik permulaan kepada aku yang kembali menaikkan keinginan aku untuk terus menulis dan menulis. Aku belajar jatuh cinta dengan penulisan. Dan aku belajar yang penulisan bukan sahaja sebagai medium untuk meluahkan, tetapi juga boleh menjadi sesuatu yang mampu mengubah seorang manusia.

12/11/2011
Hari perkahwinan kakak sulung aku. Di sini aku belajar tentang kadang-kala, apa yang kita benci itu mampu menjadi kebahagiaan orang lain. Perkahwinan kakak aku ini mengajar aku erti toleransi. Menerima walaupun perkara itu sendiri menyakitkan. Dan kebebasan di dalam perhubungan itu mampu menjadikan sesuatu hubungan itu lebih mudah dan kurang pertelingkahan.

9/12/2011
Hari lahir aku. Dan buat pertama kali sepanjang hidup aku, aku meniup lilin sewaktu sambutan hari lahir aku diiringi sebuah kek. Sambutan hari lahir untuk kami semua sahabat-sahabat yang berada di bulan Disember. Di sini aku belajar tentang apa itu erti persahabatan yang aku selalu ucapkan dulu. Mereka adalah sahabat, teman yang akan sentiasa aku simpan rapat di dalam hati ini. Sahabat adalah bila seorang teman kau, bila kau punyai kesukaran hidup mereka tanpa berfikir akan membantu. Itulah sahabat. Dan aku sudah temui sahabat sejati aku, dan aku mohon hubungan yang terjalin sejak tahun 2000 ini akan terus berkekalan. Seperti kata seorang teman, aku harap kita akan terus bersahabat dan kekal berjiran sehingga ke akhirnya.

18/12/2011
Hari pertunangan kakak aku yang kedua. Dan masih lagi aku yang menjadi jurugambar buat kakak-kakak aku. Di sini aku belajar tentang perpisahan. Kakak aku ini dan tunangnya dulu pernah bercinta, tapi putus sewaktu di pertengahan jalan. Masing-masing membawa haluan masing-masing. Dan aku nampak betapa payahnya kakak aku cuba untuk bangun dari kejatuhan itu. Perempuan, bila mereka kata sayang mereka akan berikan seluruhnya. Tapi seperti yang aku kata, kita hanya merancang tetapi yang menentukannya adalah Tuhan. Dan akhirnya dua (2) tahun lepas kakak aku dan tunangnya kembali bersama selepas berpisah hampir setahun lebih. Kenapa, kerana mungkin itu adalah ketentuan, jodoh mereka. Masing-masing ada kesilapan dan kesalahan yang membawa kepada perpisahan itu, tapi kerana takdir dan jodoh akhirnya mereka selamat mengikat tali pertunangan dan bakal berkahwin pada tahun ini. See, who said that love don't need fate?

24/12/2011
Aku menghadiri kursus bersama Dato Dr Fadzilah Kamsah. Ini adalah kursus yang dianjurkan oleh syarikat tempat aku bekerja. Mungkin keran terlebih bajet tahunan dan enggan beri bonus lebih jadi dibuatkan kursus kepada kami. Apapun aku berterima kasih kerana diberikan peluang ini. Aku belajar untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik daripada semalam dan berharap esok akan lebih baik daripada hari ini. Di sini adalah titik tolak aku untuk mengharungi tahun 2012 yang pastinya akan lebih mencabar daripada tahun 2011. Itu aku pasti, kerana perubahan ini aku berdoa supaya diberikan kekuatan untuk mampu menjadi seorang lelaki, anak, sahabat dan teman yang baik kepada semua.

25/12/2011
Satu sesi photoshot talent yang pertama kali aku pergi. Ditemani dua orang sifu dan sahabat yang sudah lama berkecimpung dalam bidang menembak ini, aku belajar banyak perkara baru. Dan aku mula berazam untuk menjadi sehebat mereka pada tahun ini, dan mungkin lebih hebat daripada mereka.

31/12/2011
Semalam, saat semua sedang sibuk berkejaran mahu menyambut tahun baru di sana sini. Aku pula berkecamuk di dalam hati. Perubahan itu sangat drastik, aku minta maaf jika perubahan itu melukakan hati sesiapa. Tapi aku berharap segala apa yang akan ditempuhi bermula hari ini dan seterusnya, kita semua akan hadapinya dengan tenang.

Itulah tahun 2011 aku. Ada suka, ada duka, ada pengajaran dan juga kejatuhan. Mungkin masih ada yang tidak diberitahu, dicoretkan tapi diharap sedikit sebanyak mampu memberi penjelasan, dan mungkin juga pengajaran dan erti hidup.

Selamat tahun baru 2012. Azam tahun baru aku: Aku ingin menjadi seorang manusia , seorang anak dan sahabat yang lebih baik, seorang photographer yang hebat dan juga seorang Hero.