Wednesday, 23 November 2011

Life # You're

Nurul lihat jam Swatch di tangan sambil melangkah pantas menaiki tangga menuju ke bangunan pentadbiran. Jam 8:15 pagi. Dia masih ada 15 minit untuk sampai ke kelas. Dari bangunan pentadbiran dia akan mengambil jalan pintas melaluli kafeteria menuju ke Fakulti Sains dan Teknologi.

Kelas pagi itu dikendalikan oleh Prof Ben, yang mengajar subjek Human Psychology. Dia terkenal dengan perangainya yang gila-gila dan penuh dengan humor semasa sesi pengajarannya tapi dia juga terkenal dengan sifat tegasnya. Para pelajarnya yang hadir lambat ke kelas akan ditolak markah kedatangan dan mungkin tidak dibenarkan masuk langsung untuk sesi pelajaran pada hari tersebut.

Dia baru keluar dari kafeteria, kesesakan di dalam kafeteria membuatkan dia sedikit lambat. Tapi apakan daya itulah jalan yang paling singkat untuk ke kelas pagi ini. 10 minit lagi sebelum kelas dimulakan. Nurul mula berlari melintasi koridor di hadapan Fakulti Kejuruteraan. Dia lihat pada jam. Angkat muka memandang ke depan.Dush! Habis bertabur semua nota-nota yang disimpan di dalam fail yang dipegangnya. Dia terduduk di situ kerana terlanggar seseorang. Dia pasti dia terlanggar orang sebab tak mungkin ada gajah tiba-tiba melintas depan Fakulti Kejuruteraan ini. Dia pasti.

Dia angkat muka. Jimmy! Lelaki berkaca mata itu memandangnya dengan raut wajah panas. Dia kenal lelaki itu, mereka pernah bertemu semasa dia temankan teman sebiliknya keluar dengan kawan serumah lelaki itu. Dia menemani Lisa dan Jimmy menemani Jack. Itulah kali pertama dan terakhir dia bertemu dengan lelaki ego itu. Sepanjang mereka keluar dia tak habis-habis dengan kamera hitamnya tanpa mempedulikan Nurul manakala Lisa dan Jack pula sedang seronok berdating. Dan lelaki itu juga adalah salah seorang pelajar kolej yang hasil karyanya tercalon untuk anugerah fotografi di kolej ini, maka dengan itu dia amat dikenali oleh penggemar seni dan fotografi, termasuk dirinya.

Jimmy bangun sambil mengangkat telefon bimbitnya. Mukanya masih dengan raut tidak berpuas hati di atas insiden yang baru berlaku.
"Tuan puteri, lain kali kalau nak berlari di koridor sekalipun mata tu tolong letak di KEPALA bukan di KAKI!" Perlahan dan teratur susun kata ayat yang dituturkan lelaki ego itu tapi maknanya memang boleh membunuh. Shit! Mata Nurul mula berkaca. Dia sedar dia bersalah tapi sekurang-kurangnya Jimmy tidak perlu berkata begitu yang seolah memalukannya di hadapan ramai. Ramai pelajar yang lalu-lalang dan ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Mungkin sedang memperkatakan tentang dirinya. Dia pantas mengutip kertas-kertas yang bertaburan dan berlalu pergi. Kelas pagi itu sudah tidak dipedulikannya lagi.

**********

Dua minggu sudah berlalu sejak dia dimalukan oleh lelaki ego yang fanatik dengan kamera hitamnya itu. Semakin hari dia semakin benci dengan lelaki itu. Sepanjang dua minggu itu dia pastikan dirinya bangun lebih awal untuk ke kelas dan dia bersumpah tidak akan melalui jalan di Fakulti Kejuruteraan itu lagi. Sampai bila? Mungkin hingga dia tamat belajar dalam tempoh 2 tahun lagi. Tapi yang sebenarnya dia mahu mengelak daripada berjumpa atau terserempak dengan Jimmy yang merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan. Pastinya si lelaki ego itu akan berada di sekitar kawasan itu.

"Nurul, ada orang nak jumpa kau."
Lisa memanggil aku sambil memandang ke luar tingkap. Aku mendekatinya dan melihat menerusi tingkap bilik tingkat 2 itu. Jimmy! Apa lagi yang si mamat ego itu mahu daripada aku?
"Aku tak nak jumpa dia!"
"Tapi Nurul, dia cakap penting. Dia call aku tadi minta kau turun bawah. Pergilah."
Malas hendak bertengkar dengan Lisa aku paksakan juga kaki melangkah menuruni tangga untuk bersemuka dengan mamat ego itu. Entah apa lagi yang dia mahukan dari aku.
"Hai Nurul" sapa Jimmy sambil tersenyum. Erk, comel pula mamat ego ni bila senyum. Tapi aku kuatkan hati.
"Awak nak apa?"
"Saya nak jumpa awak."
"Dah jumpa kan? Boleh saya pergi?" Aku bertanya.
"Eh, kejap. Sebenarnya saya datang nak minta maaf kalau saya buat awak berkecil hati." Senyum lagi.
Mamat ego ni datang minta maaf? Siap pakej dengan senyum lagi gila apa. Tapi dia senyum memang nampak comel, kalah penyanyi "Lelaki Seperti Aku" tu.
"Saya dah lama maafkan awak. Tak ada apa-apalah." Sebab kau comel aku nak marah pun tak jadi. Teruk betul kau Nurul, hahaha.
"Satu lagi, erm, saya nak jemput awak temankan saya ke Majlis Anugerah Fotografi malam ni. Sebab dibenarkan bawa teman tapi saya tak tahu nak ajak siapa. Jack nak pergi dengan Lisa." Senyum.
Minta maaf, dan jemput aku temankan dia sambil senyum dengan mata coklat dia, okay memang mamat ego ni bagi pakej lengkap hari ni.
"Err, baiklah. Tapi saya jumpa awak dekat sana terus boleh? Saya nak pergi dengan Lisa."
"Okay, thanks tau awak. Jumpa malam nanti ya? Bye."
Jimmy berpaling dan terus bergerak tinggalkan aku yang masih bingung. Betul ke apa yang aku buat tadi?

**********

Malam itu aku duduk di sebelah Jimmy manakala Lisa di sebelah Jack. Jack juga salah seorang yang hasil karyanya tercalon dalam anugerah fotografi kolej pada malam ini. Jadi mereka adalah pesaing pada malam ini. Manakala aku dan Lisa hanya sebagai peneman. Rupa-rupanya si mamat ego Jimmy ni adalah seorang yang kelakar, bila dia tak bersama kamera hitam dia tu. Memakai kemeja berwarna ungu, slack hitam dan cermin mata putih, he looks charming for me. Tadi sewaktu melangkah masuk ke dewan bersama Jimmy aku perasan ada beberapa pasang mata yang memandang kami sambil berbisik. Aku harap mereka dah lupa tentang insiden dua minggu lepas dan tak timbulkan apa-apa gosip. Aku pun satu, senang-senang terima jemputan dia. Tapi sekurangnya aku dapat kenal dia dengan lebih dalam. Senyum.

Pemenang pertandingan fotografi kolej tahun ini dengan tema "Natural Beauty" dan akan menerima anugerah fotografi 2009 dimenangi oleh Jimmy dari Fakulti Kejuruteraan dengan caption "You're the most natural beauty that God had sent to me."

You're the most natural beauty that God had sent to me.

3 comments:

Laila said...

Very sweet... ada sambungan x? hehe

JImmy said...

Laila: Insya-Allah there'll be. =)

Laila said...

awesome..let me know..