Wednesday, 2 November 2011

Life # Cinta Itu Boleh Menyakitkan?

Kadang-kala cinta itu boleh menyakitkan.

Panggilan telefon pada jam 3 pagi itu mengejutkan aku dari lena yang masih belum sempat bermimpi. Aku paksa mata supaya celik, dan dalam keadaan separuh sedar itu aku angkat telefon yang sentiasa menemani sisi aku. Panggilan daripada Ann, nombor #13. Katanya kereta dia breakdown dekat highway menghala ke Kuala Lumpur dan dia meminta pertolongan aku. Aku terpisat-pisat memaksa diri untuk bangun. Kerana memikirkan tentang keselamatan seorang kawan kot yang pernah menjadi seseorang yang penting dalam hati.

Aku terfikir, di antara ramai-ramai kawan-kawan dia mengapa aku yang di hubungi? Teman rapat pernah mengatakan pada aku bahawa dia masih lagi sukakan aku, setia menunggu aku tapi aku katakan bahawa cinta itu tak boleh dipaksa, tak boleh memaksa. Aku tahu dia masih cintakan aku. Kalau benar apa yang aku rasa dulu adalah cinta, well cinta monyet dan puppy love pun digelar cinta juga kan?

Aku basuh muka. Capai kotak rokok dan kunci kereta sebelum bergegas keluar dengan tergesa-gesa sehingga mengejutkan teman serumah. Mil terjaga mungkin kerana bunyi bising dan bertanya pada aku.

Mil: "Kau nak pergi mana Jimmy malam-malam ni?" 
Aku: "Aku nak pergi Highway Plus menghala ke Kuala Lumpur, kereta nombor #13 breakdown and dia
         minta tolong aku."
Mil: "Jauhnya kau nak pergi? Esok kau nak ponteng kelas ke?"
Aku: "Tak jauh lah, dari Rawang ke sana kan dalam 20 minit sampailah. Aku gerak dululah dah lambat ni."

Aku terus blah sebab dah lambat, aku pandang jam menunjukkan pukul 3:15 pagi. Aku keluar pintu rumah sambil pandang ke luar. Lama sebelum aku tepuk dahi dan dengar suara Mil ketawa dari dalam rumah.

Sial. Aku keluarkan Blackberry putih dan taip pesanan ringkas buat Ann.

"I'm so sorry Ann, I lupa yang dekat rumah sewa I dekat Penang."

Cinta itu kadang-kadang menyakitkan bukan?

No comments: