Friday, 7 October 2011

Sedetik Kenangan # L

If I die young, bury me in satin
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song.

Bait-bait lagu The Band Perry itu bermain-main di minda seiring dengan tangisan dan sedu-sedan di sekitar memorial itu. Aku pandang sekeliling, banyak wajah yang aku kenali namun lebih banyak yang tidak. Rata-rata hadirin yang datang untuk menyampaikan takziah yang terakhir. Yang paling akhir sebelum wajah itu hilang ditelan bumi, disimpan rapi di sebuah tempat yang dipanggil pusara.

Aku sampai lewat, hampir jam 10 malam. Semua yang hadir kebanyakannya memakai pakaian berwarna hitam. Dan aku juga, memakai kemeja hitam yang tersangkut di dalam almari, baju kerja aku sebenarnya tapi disebabkan aku tiada baju hitam yang lain, aku sarungkan sahaja. Aku teringat kembali perbualan singkat di telefon saat aku baru tiba di rumah jam 8 malam tadi.

"Hello Jimmy, its me N, L is gone."

"What? (Dalam pemikiran aku ingin bertanya pergi mana, tapi minda pantas menahan) When?

"Yesterday afternoon, his memorial is tonight at X. Will you come?"

Aku tak perlukan masa 5 minit untuk befikir. "Yes, I'm coming. See you at Ampang, I'll let others know."

Aku lihat muka-muka yang hadir. Aku gagal kenali raut wajah masing-masing, kecuali beberapa wajah yang tak berubah sangat. Aku berjalan perlahan mendekati mereka. N pandang aku. Ya dia sedang menahan sebak, aku nampak dari matanya yang merah berkaca itu. N yang paling rapat dengan L. Dari zaman sekolah hingga sekarang. Ya sekarang, walaupun L dah tiada tapi aku tahu yang mati itu tidak pernah memisahkan apa-apa, cuma memisahkan roh dari jasad. Suatu persahabatan takkan padam.

Aku pandang N, tepuk perlahan bahunya tanda kami ada dengannya. Dia diam.

"He's inside, pergilah tengok dia." N menunjukkan pada sebuah pintu di hujung. Tertera satu papan notis dengan nama L di atasnya.

"The Memorial of L (1989-2011)"

Aku pandang seraya berjalan memasuki pintu putih itu. Di dalamnya terdapat gambar L di atas bingkai kayu, sedang tersenyum. Wajah yang tak pernah berubah sejak dari perkenalanku dengannya 12 tahun lampau. Dan semasa aku berjumpa kembali N dan L tahun lepas, masih wajah yang sama. Wajah yang selalu tersenyum. Aku pandang wajah itu dan senyum kembali. Pastinya kau tak mahu aku dan yang lain sedih bukan L?

Aku gagahkan kaki berjalan mendekati keranda putih itu. Masih tersenyum walaupun aku rasa semakin hilang senyuman itu waktu aku makin mendekatinya. Aku lihat ke dalam tempat persemadiannya, tempat terakhir yang aku boleh lihat L. Wajah putih itu kelihatan tenang. Seolah-olah sedang tidur dengan nyenyak. Aku bergerak ke belakang memberi laluan untuk yang lain melihatnya. Masing-masing menahan sebak. Aku berlalu keluar dari pintu putih tadi.

Aku keluar menuju ke luar kawasan berhawa-dingin. Aku perlukan teman setia aku. Kotak winston light biru putih itu aku keluarkan, aku ambil sebatang dan diletakkan di bibir. Menunggu beberapa ketika, kemudian aku nyalakan. Aku tarik perlahan membiarkan seluruh rongga mulut dipenuhi asap, dan aku hembus perlahan. Aku pandang langit yang gelap, segelap dan semuram suasana malam ini.

L, mungkin kau dah tak ada. Tapi bagi aku sebuah persahabatan yang kita pernah ada dulu takkan pernah hilang. Seperti kata-kata Henry Miller - "Every man has his own destiny: the only imperative is to follow it, to accept it, no matter where it leads him." Dan aku percaya kau dah menemui destiny kau.

Aku habiskan rokok dengan perlahan-lahan, kalau boleh aku tak mahu masa berjalan.

"So long and good night L, we'll always be missing you."


Aku buka mata perlahan. Kenangan beberapa bulan lepas dengan perlahan-lahan pudar dari minda.  Kesesakan lalu-lintas menuju Shah Alam ini memang teruk. Lagu If I Die Young tadi sudah tamat dan bertukar dengan lagu nyanyian Daughtry- What About Now. Aku lihat jam, pukul 3:45 minit petang.

Aku capai kotak rokok di dashboard, sebatang Winston Light dinyalakan.

No comments: