Tuesday, 11 October 2011

Life # Menunggu dalam Memori

Jangan pernah tanya aku kenapa,  sebab aku sendiri pun tidak tahu.

Aku kembali lagi ke sini, masih lagi duduk di kerusi yang sama, kedudukan yang sama seperti dulu. Memang ini tempat duduk kegemaranku jika datang ke sini. Aku pandang sekitar, kedai ini masih tidak banyak yang berubah nampaknya, cuma ada beberapa perubahan, kuantiti dan kualiti makanan yang semakin teruk dan harga yang semakin mahal. Dasar Melayu, cuma mahukan keuntungan tapi kepuasan pelanggan tak pernah dipedulikan.

Tapi cuma disini banyak kenangan yang terakam antara kami. Dan hanya di sini yang mengingatkan aku kepadanya, terasa seolah-olah saat itu masih baru terjadi semalam. Aku letakkan sebatang winston light di bibir, perlahan-lahan aku nyalakan. Seorang pelayan berbaju hitam datang menghulurkan menu namun aku segera tolak sambil tersenyum.

"Apple Asam Boi Ais dengan satu set Fries."

Dia pandang aku sambil tersenyum dan mencatit pesanan sebelum berlalu ke kaunter. Aku lihat pada skrin Blackberry, jam 9 malam. Aku buka peti pesanan ringkas sambil mencari nama si penghantar. Aku buka dan baca sekali lagi pesanan yang dihantar, mengelakkan dari tersilap maklumat.

"Meet you at the usual around 9pm."

Around 9pm, shit. Even 9.59pm is also around 9pm. Biarlah, baik aku tunggu sahaja. Aku pandang sekeliling, ada beberapa buah meja dipenuhi dengan keluarga, ayah ibu dan anak-anak mereka. Si ibu sibuk melayani kerenah anak-anak kecil, si ayah sibuk juga dengan makanan. Mengurus anak-anak itukan kerja wanita. Sangat klise. Masih ada beberapa meja yang kosong.

Aku rindukan suasana aku disini sambil ditemani dia. Ketawanya, senyumannya, dan ada kala sesuatu perbincangan itu berakhir dengan pertelagahan. Sukar aku hendak fahami apa yang dimahukan. Senyum. Memutar kembali memori takkan dapat kembalikan apa-apa. Itu cuma kenangan. 

Aku lihat jam, 9.15pm. Aku masih ada 44 minit untuk menunggu.

No comments: