Wednesday, 12 October 2011

Life # Mengapa Kita Gagal Melupakan?

Adat dalam kehidupan, kubur juga bernisan. Dan kubur juga dilawati. Kesan tinggalan perpisahan dilawati kembali. - Lord Zara


 | Di akhir pertemuan, kita dipisahkan dengan arah yang berbeza. |


Di setiap pertemuan itu pastinya akan ada perpisahan. Setiap kali kita menghadapi perpisahan dalam hati akan berkata, "Aku sudah tidak akan menoleh lagi, aku mahu mulakan hidup baru selepas ini." Tapi umpama kubur yang bernisan, akan dilawati juga akhirnya walaupun selepas beberapa ketika. Tempat-tempat yang pernah dikunjungi bersama-sama, setiap cerita memori-memori yang tercipta akan diulang tayang kembali satu-persatu. Kenapa? Kerana kita adalah manusia, dan memori adalah hak milik kekal buat selamanya.

2 comments:

nur nabilah syazwani said...

terpukul. selepuk ke hati. semalam. luka paling dalam selama 6bulan. :(

JImmy said...

Nab: Kau tak boleh lari dari masa silam, tapi kau boleh tuliskan masa depan sendiri. Sabar.