Monday, 10 October 2011

Di Suatu Petang # If I Was Given A Second Chance

"If you're given a second chance to change your past, what will you choose to change?"

Aku renung lama pesanan ringkas di Balckberry putih, aku ulang baca untuk kali yang keberapa kali entah. Aku perhatikan sekitar. Petang yang sangat meriah dengan kanak-kanak bermain ceria ditemani ibubapa masing-masing. Ada yang menangis minta dibelikan ais-krim. Senyum terukir saat ais-krim tadi bertukar tangan. We start lying since we're 4. That's a fact. And worse nowadays a 3 years old kid can get an iPad just to play angry birds, parents love can never be measure I think.

D3000 dengan Tamron 70-300mm f/4-5.6 kemas di genggaman. Aku larikan perlahan sambil mata melihat melalui viewfinder. Klik klik klik! Pantas punat shutter ditekan bagi merakamkan realiti dunia ke dalam bentuk digital. Sebatang winston light dinyalakan. Sedut perlahan tatkala menikmati panorama di taman permainan ini. Sudah terlalu lama aku tak ke sini, seingat aku beberapa bulan yang lepas adalah kali terakhir aku ke sini. Itupun kerana menemani Nurul yang bersungguh-sungguh mengajak aku ke mari dengan alasan banyak ragam manusia yang boleh aku rakamkan.

Aku bangun dan duduk di buaian yang paling hujung. Dengan Mell yang tergantung kemas di leher, aku mula mengayun diri ke hadapan perlahan-lahan. Sengaja aku ayunkan buaian ini perlahan, sambil menikmati sapaan angin yang lalu. Dan sengaja aku pilih buaian yang paling hujung ini, tempat yang Nurul pernah duduk dulu. Mata dipejamkan perlahan.

Aku lihat Nurul sedang duduk di buaian paling hujung, mengayun dirinya perlahan-lahan sambil menutup mata. Gembira sungguh dia nampaknya. Tersenyum sambil menutup mata, menikmati tiupan angin yang lalu saat diri terbuai. Mell aku angkat dan butang shutter ditekan pantas. Aku senyum. Dia tidak pernah berubah sejak dari dulu. Langit semakin merah, aku bangun mendekatinya dan bertanya.
"Kenapa awak ayun perlahan sangat? Tak seronoklah macam tu."

"Sebab kalau laju-laju tak dapat nak rasa angin bercakap dengan kita."

"Angin bercakap? Merepeklah. Angin mana boleh bercakap." 

"Boleh, awak cubalah. Nah." Seraya turun dari buaian sambil mengarahkan aku naik.

Aku ayunkan perlahan seperti apa yang dia lakukan, sambil menutup mata. Lama. Aku cuba fokus pada bunyi desiran yang menyapa pendengaranku. Diam dan fokus. Tiba-tiba aku terdengar suara Nurul berbisik perlahan di telingaku.

"Nurul suka Jimmy."

Aku buka mata sambil tersenyum. Aku lihat sekitar, tiada Nurul. Yang tinggal hanya aku dan Mell di atas riba bersama langit yang semakin merah. Kanak-kanak yang tadi sibuk bermain juga telah tiada. Cuma aku yang masih duduk di buaian yang paling hujung, cuba mendengar lagi angin bercakap. Aku bangun, sebatang lagi winston light dinyalakan sambil berjalan menuju kereta, ditemani langit yang semakin gelap ditelan malam.

Kalau aku diberi peluang kedua dalam hidup, aku cuma mahu kembali ke saat itu sekali lagi.

1 comment:

nur nabilah syazwani said...

nurul huh? :) let gone be bygone. let her be ur sweetest memory ever. step up into reality, cause u can't turn back into time. face the fact dude. everything that u had leave behind will remain there. never drag it into ur reality. u will suffer more.