Monday, 31 October 2011

Life # Bersama Atau Tidak?


Awak,
Kalau bersama itu mengundang tangis luka,
Kalau bersama itu mengheret senyum duka,
Kalau bersama itu mengongkong kebebasan bersuara,
Kalau bersama itu menambah pahit derita.




Awak,
Jika bersama itu membuat diri kembali ketawa,
Jika bersama itu tak disaluti janji dusta,
Jika bersama itu menjadi arca bahagia,
Jika bersama itu ertinya kau hargai cinta.

Maka awak,

Jangan bersama andai tahu disurat kecewa,
Tapi bersamalah jika tahu mana cahaya.

Friday, 28 October 2011

Life # Wahai Hati

Hai hati yang pernah hancur remuk.

Kau sedang membaiki diri sendiri,
Kau kutip serpihandiri,
Berselerakan terbuang di dunia keji,
Namun kau masih setia, kembali lagi.

Mungkin hancurnya kau dahulu tak sehebat kali ini,
Kau kecewa bukan wahai hati?
Kau terlalu rindukan sesuatu isi di dalam diri,
Kau mahukan kembali rasa yang dipanggil cinta.
Tapi tahukah kau yang dirimu akan terhiris luka?

Wahai hati,
Kuatlah kau di dalam diri aku,
Temani degupan jantung yang berdegup selalu,
Aku perlukan kau di sisiku.

Tuesday, 25 October 2011

Quotes # Kenangan

Kenangan itu umpama simpanan memori lama yang kau diamkan di sudut-sudut penjuru dan kau biarkan berhabuk. Sumpah terfaktab!

Life # Konfius.

25 Oktober. Aku lihat berulang kali tarikh yang tertera. Sudah sebulan sejak tarikh 25 September itu, hari yang aku titik noktahkan segala kata di dalam hati ini. Aku penat menunggu satu penutup, dan sungguh aku tak sangka pada hari itu kau hadapkan penutup itu tepat di hati ini.

Manusia. Kita makhluk yang tamak tahu? Seperti kata Johny Depp, "If you love two people at the same time, choose the second one. Because if you really loved the first one, you wouldn't have fallen to for the second." Tapi mampukah kita menolak, menipu kata hati? Hanya kau yang punyai jawapan itu. 


Ini entri pendek, noktah.

Monday, 24 October 2011

Marco Simoncelli and Fans Yang Lalang.

I'm never be a big fan of motor GP, that's the truth. But when it comes to death, I send you my condolences.Marco Simoncelli was an Italian Grand Prix motorcycle road racer, born on 20 January 1987 and yesterday on 23th October 2011 he was involved in an accident with Colin Edwards and Valentino Rossi during the 2011 Malaysian GP at Sepang Circuit. His death was confirmed at 16:56 local time. This was the 2nd incident happened in Motor GP. In 2003 at Japan MotorGP Dajiro Kato who crashed and hit the Casio Triangle chicane of the circuit at around 125mph (200km/h) and died 2 weeks after coma because of serious injury.

Life is sacred; you shouldn't die at age 24 just for a race. - ANSA



Juga cerita semalam. Aku tahu ramai yang troll Manchester United setelah ditewaskan oleh Manchester City di Old Trafford 6-1. Sebagai peminat The Red Devils, aku mengaku memang troll-troll di Facebook dan Twitter semuanya boleh buat tak cakap sebulan. Hahaha. Tapi sebagai penyokong yang cool dan tak mudah naik angin aku chill sahaja. We're still on the 2nd place and 19 times winner. Tapi yang membuatkan aku cukup panas hati semalam adalah fans yang tiba-tiba lompat parti. Dari awal game menjerit-jerit "Manchester United", "Glory-glory Manchester" tapi bila 2nd half terus sokong City. And I was like WTF?! Tapi aku tetap chill, itu pilihan masing-masing yang tak ada pendirian. I may not be the real die hard fans of Manchester yet, but in this heart, this remaining years, I'll always shout ;

GLORY-GLORY MANCHESTER UNITED!



Friday, 21 October 2011

Life #

Kekurangan masa untuk memuat naik entri baru, kekurangan idea juga. Jadi sepanjang hari sepanjang minggu ini hanya blogwalking. Dan semasa melayari blog serius Obefiend aku jumpa something yang agak keras maknanya tapi punyai maksud yang mendalam.


Terfaktab right?

Wednesday, 12 October 2011

Life # Mengapa Kita Gagal Melupakan?

Adat dalam kehidupan, kubur juga bernisan. Dan kubur juga dilawati. Kesan tinggalan perpisahan dilawati kembali. - Lord Zara


 | Di akhir pertemuan, kita dipisahkan dengan arah yang berbeza. |


Di setiap pertemuan itu pastinya akan ada perpisahan. Setiap kali kita menghadapi perpisahan dalam hati akan berkata, "Aku sudah tidak akan menoleh lagi, aku mahu mulakan hidup baru selepas ini." Tapi umpama kubur yang bernisan, akan dilawati juga akhirnya walaupun selepas beberapa ketika. Tempat-tempat yang pernah dikunjungi bersama-sama, setiap cerita memori-memori yang tercipta akan diulang tayang kembali satu-persatu. Kenapa? Kerana kita adalah manusia, dan memori adalah hak milik kekal buat selamanya.

Tuesday, 11 October 2011

Wordless Wednesday # Crow

D3000 Tamron 70-300mm f/4-5.6

Trying to survive everyday make them always look towards the future.

Life # Menunggu dalam Memori

Jangan pernah tanya aku kenapa,  sebab aku sendiri pun tidak tahu.

Aku kembali lagi ke sini, masih lagi duduk di kerusi yang sama, kedudukan yang sama seperti dulu. Memang ini tempat duduk kegemaranku jika datang ke sini. Aku pandang sekitar, kedai ini masih tidak banyak yang berubah nampaknya, cuma ada beberapa perubahan, kuantiti dan kualiti makanan yang semakin teruk dan harga yang semakin mahal. Dasar Melayu, cuma mahukan keuntungan tapi kepuasan pelanggan tak pernah dipedulikan.

Tapi cuma disini banyak kenangan yang terakam antara kami. Dan hanya di sini yang mengingatkan aku kepadanya, terasa seolah-olah saat itu masih baru terjadi semalam. Aku letakkan sebatang winston light di bibir, perlahan-lahan aku nyalakan. Seorang pelayan berbaju hitam datang menghulurkan menu namun aku segera tolak sambil tersenyum.

"Apple Asam Boi Ais dengan satu set Fries."

Dia pandang aku sambil tersenyum dan mencatit pesanan sebelum berlalu ke kaunter. Aku lihat pada skrin Blackberry, jam 9 malam. Aku buka peti pesanan ringkas sambil mencari nama si penghantar. Aku buka dan baca sekali lagi pesanan yang dihantar, mengelakkan dari tersilap maklumat.

"Meet you at the usual around 9pm."

Around 9pm, shit. Even 9.59pm is also around 9pm. Biarlah, baik aku tunggu sahaja. Aku pandang sekeliling, ada beberapa buah meja dipenuhi dengan keluarga, ayah ibu dan anak-anak mereka. Si ibu sibuk melayani kerenah anak-anak kecil, si ayah sibuk juga dengan makanan. Mengurus anak-anak itukan kerja wanita. Sangat klise. Masih ada beberapa meja yang kosong.

Aku rindukan suasana aku disini sambil ditemani dia. Ketawanya, senyumannya, dan ada kala sesuatu perbincangan itu berakhir dengan pertelagahan. Sukar aku hendak fahami apa yang dimahukan. Senyum. Memutar kembali memori takkan dapat kembalikan apa-apa. Itu cuma kenangan. 

Aku lihat jam, 9.15pm. Aku masih ada 44 minit untuk menunggu.

Monday, 10 October 2011

Di Suatu Petang # If I Was Given A Second Chance

"If you're given a second chance to change your past, what will you choose to change?"

Aku renung lama pesanan ringkas di Balckberry putih, aku ulang baca untuk kali yang keberapa kali entah. Aku perhatikan sekitar. Petang yang sangat meriah dengan kanak-kanak bermain ceria ditemani ibubapa masing-masing. Ada yang menangis minta dibelikan ais-krim. Senyum terukir saat ais-krim tadi bertukar tangan. We start lying since we're 4. That's a fact. And worse nowadays a 3 years old kid can get an iPad just to play angry birds, parents love can never be measure I think.

D3000 dengan Tamron 70-300mm f/4-5.6 kemas di genggaman. Aku larikan perlahan sambil mata melihat melalui viewfinder. Klik klik klik! Pantas punat shutter ditekan bagi merakamkan realiti dunia ke dalam bentuk digital. Sebatang winston light dinyalakan. Sedut perlahan tatkala menikmati panorama di taman permainan ini. Sudah terlalu lama aku tak ke sini, seingat aku beberapa bulan yang lepas adalah kali terakhir aku ke sini. Itupun kerana menemani Nurul yang bersungguh-sungguh mengajak aku ke mari dengan alasan banyak ragam manusia yang boleh aku rakamkan.

Aku bangun dan duduk di buaian yang paling hujung. Dengan Mell yang tergantung kemas di leher, aku mula mengayun diri ke hadapan perlahan-lahan. Sengaja aku ayunkan buaian ini perlahan, sambil menikmati sapaan angin yang lalu. Dan sengaja aku pilih buaian yang paling hujung ini, tempat yang Nurul pernah duduk dulu. Mata dipejamkan perlahan.

Aku lihat Nurul sedang duduk di buaian paling hujung, mengayun dirinya perlahan-lahan sambil menutup mata. Gembira sungguh dia nampaknya. Tersenyum sambil menutup mata, menikmati tiupan angin yang lalu saat diri terbuai. Mell aku angkat dan butang shutter ditekan pantas. Aku senyum. Dia tidak pernah berubah sejak dari dulu. Langit semakin merah, aku bangun mendekatinya dan bertanya.
"Kenapa awak ayun perlahan sangat? Tak seronoklah macam tu."

"Sebab kalau laju-laju tak dapat nak rasa angin bercakap dengan kita."

"Angin bercakap? Merepeklah. Angin mana boleh bercakap." 

"Boleh, awak cubalah. Nah." Seraya turun dari buaian sambil mengarahkan aku naik.

Aku ayunkan perlahan seperti apa yang dia lakukan, sambil menutup mata. Lama. Aku cuba fokus pada bunyi desiran yang menyapa pendengaranku. Diam dan fokus. Tiba-tiba aku terdengar suara Nurul berbisik perlahan di telingaku.

"Nurul suka Jimmy."

Aku buka mata sambil tersenyum. Aku lihat sekitar, tiada Nurul. Yang tinggal hanya aku dan Mell di atas riba bersama langit yang semakin merah. Kanak-kanak yang tadi sibuk bermain juga telah tiada. Cuma aku yang masih duduk di buaian yang paling hujung, cuba mendengar lagi angin bercakap. Aku bangun, sebatang lagi winston light dinyalakan sambil berjalan menuju kereta, ditemani langit yang semakin gelap ditelan malam.

Kalau aku diberi peluang kedua dalam hidup, aku cuma mahu kembali ke saat itu sekali lagi.

Friday, 7 October 2011

Sedetik Kenangan # L

If I die young, bury me in satin
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song.

Bait-bait lagu The Band Perry itu bermain-main di minda seiring dengan tangisan dan sedu-sedan di sekitar memorial itu. Aku pandang sekeliling, banyak wajah yang aku kenali namun lebih banyak yang tidak. Rata-rata hadirin yang datang untuk menyampaikan takziah yang terakhir. Yang paling akhir sebelum wajah itu hilang ditelan bumi, disimpan rapi di sebuah tempat yang dipanggil pusara.

Aku sampai lewat, hampir jam 10 malam. Semua yang hadir kebanyakannya memakai pakaian berwarna hitam. Dan aku juga, memakai kemeja hitam yang tersangkut di dalam almari, baju kerja aku sebenarnya tapi disebabkan aku tiada baju hitam yang lain, aku sarungkan sahaja. Aku teringat kembali perbualan singkat di telefon saat aku baru tiba di rumah jam 8 malam tadi.

"Hello Jimmy, its me N, L is gone."

"What? (Dalam pemikiran aku ingin bertanya pergi mana, tapi minda pantas menahan) When?

"Yesterday afternoon, his memorial is tonight at X. Will you come?"

Aku tak perlukan masa 5 minit untuk befikir. "Yes, I'm coming. See you at Ampang, I'll let others know."

Aku lihat muka-muka yang hadir. Aku gagal kenali raut wajah masing-masing, kecuali beberapa wajah yang tak berubah sangat. Aku berjalan perlahan mendekati mereka. N pandang aku. Ya dia sedang menahan sebak, aku nampak dari matanya yang merah berkaca itu. N yang paling rapat dengan L. Dari zaman sekolah hingga sekarang. Ya sekarang, walaupun L dah tiada tapi aku tahu yang mati itu tidak pernah memisahkan apa-apa, cuma memisahkan roh dari jasad. Suatu persahabatan takkan padam.

Aku pandang N, tepuk perlahan bahunya tanda kami ada dengannya. Dia diam.

"He's inside, pergilah tengok dia." N menunjukkan pada sebuah pintu di hujung. Tertera satu papan notis dengan nama L di atasnya.

"The Memorial of L (1989-2011)"

Aku pandang seraya berjalan memasuki pintu putih itu. Di dalamnya terdapat gambar L di atas bingkai kayu, sedang tersenyum. Wajah yang tak pernah berubah sejak dari perkenalanku dengannya 12 tahun lampau. Dan semasa aku berjumpa kembali N dan L tahun lepas, masih wajah yang sama. Wajah yang selalu tersenyum. Aku pandang wajah itu dan senyum kembali. Pastinya kau tak mahu aku dan yang lain sedih bukan L?

Aku gagahkan kaki berjalan mendekati keranda putih itu. Masih tersenyum walaupun aku rasa semakin hilang senyuman itu waktu aku makin mendekatinya. Aku lihat ke dalam tempat persemadiannya, tempat terakhir yang aku boleh lihat L. Wajah putih itu kelihatan tenang. Seolah-olah sedang tidur dengan nyenyak. Aku bergerak ke belakang memberi laluan untuk yang lain melihatnya. Masing-masing menahan sebak. Aku berlalu keluar dari pintu putih tadi.

Aku keluar menuju ke luar kawasan berhawa-dingin. Aku perlukan teman setia aku. Kotak winston light biru putih itu aku keluarkan, aku ambil sebatang dan diletakkan di bibir. Menunggu beberapa ketika, kemudian aku nyalakan. Aku tarik perlahan membiarkan seluruh rongga mulut dipenuhi asap, dan aku hembus perlahan. Aku pandang langit yang gelap, segelap dan semuram suasana malam ini.

L, mungkin kau dah tak ada. Tapi bagi aku sebuah persahabatan yang kita pernah ada dulu takkan pernah hilang. Seperti kata-kata Henry Miller - "Every man has his own destiny: the only imperative is to follow it, to accept it, no matter where it leads him." Dan aku percaya kau dah menemui destiny kau.

Aku habiskan rokok dengan perlahan-lahan, kalau boleh aku tak mahu masa berjalan.

"So long and good night L, we'll always be missing you."


Aku buka mata perlahan. Kenangan beberapa bulan lepas dengan perlahan-lahan pudar dari minda.  Kesesakan lalu-lintas menuju Shah Alam ini memang teruk. Lagu If I Die Young tadi sudah tamat dan bertukar dengan lagu nyanyian Daughtry- What About Now. Aku lihat jam, pukul 3:45 minit petang.

Aku capai kotak rokok di dashboard, sebatang Winston Light dinyalakan.

Thursday, 6 October 2011

RIP # Steve Jobs


Well you had left us with so many i. Ideology and Idea. Well, iPhone iPod iPad and iPaid.

Wednesday, 5 October 2011

Wordless Wednesday # Kau ni tak ikut Theme-lah!

Woi! Hari ni Wordless Wednesday-lah. Kenapa kau tulis blog panjang-panjang ni?! Kau ni tak ikut theme-lah!

Its my blog, that's why.

Dan aku menulis blog kerana aku suka menulis, bukan sebab nak ikut trend or theme.

Panggilan Telefon Jam 9:46 AM.

Pagi itu hujan turun renyai-renyai. Awan gelap di langit yang semakin kelabu, tiada lagi biru putih seperti selalu, dan selang-seli kilat pancar-memancar pantas, membelah langit. Bunyi guruh itu umpama kemarahan Tuhan terhadap dosa-dosa manusia di muka bumi ini. Aku buka mata perlahan, capai Blackberry putih di tepi katil dan lihat pada skrin, jam 9:46 minit pagi. Ah, masih awal lagi. Kepala masih terasa berat angkaran pulang ke rumah jam 5:30 pagi semalam. Baru saja aku ingin kembali melelapkan mata tiba-tiba lagu "Hey John Whats Your Name Again" mula berkumandang membingitkan ruang kecil milik aku. Tanpa melihat punat hijau aku tekan.

Aku: Hello.
Pemanggil: Hello Jimmy, ni Nurul. 
Aku: Nurul? (Sambil minda memutar semua gadis bernama Nurul yang aku kenali).
Nurul: Nurul-lah, we met 2 weeks ago at KLCC, did you forgot about me? *merajuk
Aku: Oh, Nurul. Sorry I didn't recognize your voice. 
Nurul: It's okay, ni Nurul nak tanya about the reunion last week, why you didn't come? And you didn't even reply my message. *merajuk lagi.
Aku: Really? (Damn, aku sumpah pengakap aku lupa). Err, actually I'm kinda busy all this time.
Nurul: Yeke? Ramai juga yang datang. Nurul ingatkan you pergi at least ada juga teman. 
Aku: Takkan tak ada kawan-kawan lama dulu? How was the reunion?
Nurul: Biasa sahaja, Nurul pun balik awal. Ada juga jumpa Jack, Julia, Cha dengan Mimi. I told them that I met you and they asked me why you didn't come. Haha.
Aku: Oh, (serius aku tak kenal nama-nama yang dia sebut) maaflah, I betul-betul lupa pasal reunion tu. 
Nurul: It's okay. I got to go, just call you to ask you that. Later okay?
Aku: Okay, thanks for calling. Bye.
Nurul: Bye.

Aku lihat kembali Blackberry yang tadi mengeluarkan suara si gadis comel. Senyum. Tarik selimut dan sambung tidur. Mengantuk gara-gara chilling semalam.

Tuesday, 4 October 2011

Life # Uya Distro on 1st October 2011

Berhabuk! Hampir seminggu blog tak tertulis. Ketagihan untuk menarikan jemari di papan kekunci semakin teruk, lebih teruk dari penagih yang gagal mendapatkan bekalan kokain. Okay enough with the introduction.

Sebenarnya nak story sedikit tentang pengalaman aku di @UyaDistro sabtu lepas, 1hb Oktober 2011. Ada beberapa kepingan gambar yang ditangkap tapi kerana speedlite tak nak bekerjasama dengan kamera jadi gambar jadi macam harm jadah. Skip that part. So aku sampai around 5pm dan Uya Distro dah mula sesak dengan para pengunjung yang melebihi 1500 orang (okay aku tipu). Jadi naik ke atas aku nampak beberapa muka-muka yang amatlah familiar. Nak tahu siapa sila ke blog Terfaktab.

Jadi aku ke ruangan buku, Awek Chuck Taylor, Kasino dan Pecah dah beli. So aku ke bahagian buku-buku Fixi lagi, aku ambil Cekik, Kougar dan Jerat. Shit bajet tak mencukupi jadi aku terpaksa lepaskan Kougar dan ambil Kitab Terfaktab. Jangan risau ya Kougar, end of this month I'll make sure you'll be mine. *ketawa jahat.

Konklusi yang aku boleh berikan pada event pelancaran di Uya Distro Sabtu lepas, it was fun. Selain boleh browse buku-buku dan zine yang indie hasil penulisan para-para penulis hebat, ada juga banyak koleksi pakaian yang boleh dipilih, pin-pin yang comel dan kawai, juga tempahan untuk alteration jeans disediakan, boleh juga melepak di ruangan buku sambil membaca koleksi-koleksi buku yang dijual, tempat yang relaxing. Dan jika kau tanya pendapat aku tentang Uya : Come and feel it yourself. No words can describe it.