Tuesday, 20 September 2011

Sebuah cerita tentang Gadis Comel di Nasmir.

Ada satu cerita lama yang aku simpan dalam, yang tahu hanya aku. Sebuah cerita tentang cinta.

Hujan turun sejak dari pagi lagi, saat mata aku terbuka bumi ini sedang basah kerna langit menangis pilu, sama seperti hati aku saat ini. Bangun pagi dan capai kotak rokok di tepi katil, "Shit rokok dah habis". Kotak kosong itu aku lihat lama, sekosong jiwa aku masa ini. Baru aku sedar rumah sewa tiga bilik itu terasa sunyi, aku lihat sekeliling, semua teman rumah tiada. "Aku sorang-sorang lagi weekend ini, damn bosan." monolog sendiri sambil bangun ke bilik air untuk mandi.

Selepas mandi aku capai kunci motor kesayangan dan terus bergegas ke restoran mamak yang hanya mengambil masa 3 minit dari rumah. Hujan pun hujanlah, perut dah lapar dan rokok pun dah habis. Redah sajalah. Parking di hadapan kedai runcit sebelah restoran Nasmir, kedai mamak yang cekik darah dengan harga makanan yang paling tak reasonable, dia ingat dia buka kedai dekat KL sebelah KLCC ke apa.Aku berkira-kira mahu membeli rokok dulu atau makan, tapi mengenangkan perut yng dah menyanyi lagu kebangsaan Ireland aku terus ke kedai makan, makan dulu.

Untuk sarapan pagi sekeping roti canai telur dan teh tarik. Serius nostalgia, tiba-tiba teringat masa dekat UK dulu, nak dapat breakfast roti canai dengan teh tarik memang susah. Selalu just pancake with honey syrup and black coffee saja. 10 minit kemudian makanan yang aku pesan dah sampai, the best thing about mamak is they really care for their customers, best services and how cool they are when they can mesmerized your order without writing it. Baru beberapa suap roti canai aku telan tiba-tiba suapan aku terhenti bila Sony Ericson K530i aku berbunyi dengan lagu "Hey John What's Your Name Again?", dan dengan tiba-tiba aku menjadi tumpuan sebab lagu tu memang serius bising dan bising. Aku cepat-cepat seluk tangan dalam poket seluar namun disebabkan aku sedang duduk sedikit kesukaran untuk aku keluarkan handphone.

Dan nak dijadikan cerita, iyalah sebab takdir itu kadang-kadang indah, aku berjaya keluarkan handphone tapi disebabkan kelam-kalum handphone aku tu tercampak ke sebelah kiri aku (note: aku selesa letak handphone dan rokok dalam poket kiri seluar sebab mudah aku nak keluarkan masa bawa motor). Dengan handphone yang masih berbunyi tatkala jatuh menarik semua mata untuk memandang aku. "Damn, aku artis pagi ini ke apa?" getus hati aku. Baru aku nak menunduk untuk kutip handphone yang jatuh tiba-tiba ada satu tangan yang mencapai handphone merah aku dan hulurkan pada aku.

Deringan handphone sudah berhenti, sambil menyambut handphone aku pandang ke atas untuk melihat wajah tangan sudi membantu aku tadi. Dan saat aku terpandang wajah si pemberi aku terasa masa seolah berhenti, kelu dan kaku, disertai sunyi dan sepi yang amat panjang. Walaupun sebenarnya hanya beberapa saat namun aku rasakan saat itu amat panjang. Seorang gadis comel, bermata coklat sedang tersenyum sambil menghulurkan handphone merah yang dah memalukan aku tadi. Tapi sekarang aku berterima kasih sangat-sangat pada handphone merah yang aku rasa nak baling ke dinding tadi. Lelaki kena cool, aku teringat kata-kata seorang kawan. Aku sambut handphone, senyum dan ucapkan terima kasih pada si gadis comel. Dia senyum semula pada aku sambil mengucapkan sama-sama. Aku sempat lihat sekeliling, she's alone, yes!

Tapi kerana aku lelaki yang cool jadi aku buat-buat tak tahu kemudian, aku sambung makan, habiskan suapan terakhir dan minum saki-baki teh tarik. Aku lihat awek comel tu dah bangun menuju ke kaunter. Mungkin dah nak balik. Dia pandang aku dan aku balas dengan senyuman tanda terima kasih atas pertolongannya tadi. Seketika kemudian aku lihat gadis comel itu seperti gelisah sambil kelam kabut menyelongkar beg galasnya. Raut wajahnya menjadi pucat. Dia melihat pandang kepada aku dengan mata yang berkaca. Aku bergegas berjalan ke kaunter dan bertanya, "Kenapa?". Dengan muka comel dan mata yang masih berkaca dia menjawab, "Err, I lost my purse. Tadi rasanya ada dalam beg ni." Dia tunduk serba salah.

Seorang gadis comel yang dah tolong aku sedang berada dalam kesusahan, jadi aku perlu jadi seorang lelaki yang baik hati dan mengenang budi bukan? Aku pandang cashier yang macam dah nak telan gadis comel depan aku ni. Senyum dan cakap, "Give me the bill for both of us." Pandang gadis comel di sebelah yang masih dalam keadaan yang serba salah rasanya, "Don't worry, this is for you helping me just now." sambil senyum. Dia pandang aku dan senyum walaupun masih nampak masih dibelenggu rasa bersalahnya.

Selepas membayar RM 9.40 (well aku tak tahu apa yang dia makan but my bill was just RM 2.50) aku berjalan keluar beriringan dengan si gadis comel. Di luar kedai dia berkata, "Thank you for helping me, I can't tell you how much I appreciated your help. I'm Ann by the way, and you?" "I'm Man, it wasn't a big deal actually. Thank you too for helping me earlier." Senyum. "I got to go, its nice to meet you." Dia melihat aku dengan senyuman yang masih terukir di bibir, "Erm, thank you." Dan saat aku mula hendak melangkah pergi dia tiba-tiba bersuara, "Man!" Langkah aku terhenti, aku pusing dan pandang terus ke dalam matanya. Aku lihat dia seolah-olah berat untuk lepaskan aku pergi. Takkan baru kenal dah rindu, monolog aku. Dia diam, seperti teragak-agak untuk berkata. Aku cuba pecahkan kesunyian dengan bertanya, "Ann, what is it?" Dia berjalan merapati aku, okay by this moment my heart was beating fast. Dan dengan wajah comel bermata coklat dia berbisik perlahan, "Will we meet again?" Aku senyum, masih lagi cool dan berkata "Maybe, if God's will."

Aku terus bergerak ke motor, hidupkan enjin dan berlalu pergi. Dari cermin sisi aku lihat dia masih lagi berdiri di situ, melihat aku pergi di dalam hujan yang renyai. Aku berhenti singgah di stesen minyak berhampiran, duit aku yang sepatutnya tinggal untuk beli rokok dan digunakan untuk belanja gadis comel tadi, nak tunjuk hero punya pasal. Aku pergi ke mesin ATM, masukkan kad dan tekan nombor pin, masukkan jumlah duit yang nak dikeluarkan dan tunggu. Teet! Aku lihat ke skrin, "Harap maaf, baki akaun anda adalah RM 1.54" Aku pandang jam Swatch hitam aku, 17hb jam 9:45 pagi. Keluarkan handphone mula menaip mesej.

"Ayah, duit dah habis."

No comments: