Friday, 23 September 2011

Class Reunion?

Dalam bilik kecil itu, ada sebuah komputer usang yang entah sudah berapa tahun menemani ruang bilik itu. Sebuah katil bujang tempat melampiaskan nafsu-nafsu tidur, dan di dalam bilik kecil itulah selama ini aku hidup. Perlahan kerusi ditarik, komputer dihidupkan dan papan kekunci ditekan sebanyak 8 kali untuk memasukkan kata laluan rahsia. Punggung dihenyak ke atas kerusi kayu, kerusi tanpa roda yang membuatkan aku tak boleh berpusing-pusing semasa berhadapan dengan komputer, focus rasanya. Aku pandang pada rak kayu yang tergantung di dinding.

Perlahan Mell aku keluarkan dari beg yang akan sentiasa aku galas ke mana sahaja aku keluar, tak kira bersuka ria, berjalan-jalan mahupun semasa diri dilanda gelisah. Mell sentiasa akan temani aku. Kabel dicucuk dan aplikasi yang terpapar di skrin monitor aku lihat lama, berfikir dan meneruskan langkah seterusnya. Segala data-data gambar yang telah ditangkap kini sedang beralih daripada Mell ke komputer usang milik aku. TING! Bunyi yang menandakan telah tamat segala urusan antara Mell dan komputer usang aku. Aku gerakkan tetikus dan melihat hasil-hasil gambar semasa aku ke KLCC semalam.

Satu persatu gambar aku lihat, memikirkan di dalam minda gambar-gambar yang mana perlu diedit dan yang mana harus disimpan sahaja. Ada gambar si kecil yang sedang diawasi abangnya agar tidak menghampiri kolam di KLCC itu, ketawa aku dengan ekspressi wajah si kecil dengan mata bulatnya ditambah pula dengan pipi yang tembam. Ketawa. Aku tekan lagi papan kekunci untuk melihat gambar-gambar seterusnya dan aku terhenti pada suatu gambar seorang gadis berbaju putih dengan cardigan hitam, skirt putih.

"Nurul."

Dengan pantas aku mencapai telefon putih di atas meja, melihat lama pada nombor telefon Nurul yang aku ambil semalam. Hati mula bergolak untuk menghubungi dia, "Nak call ke message?" , "Kalau call nak cakap apa?" , "Nak message macam mana?". Damn. Aku lihat lagi telefon, dan berkata pada hati menggunakan segala Law of Attraction yang ada dalam diri, semua kuasa positif yang masih berbaik pada jam 9.34 malam ini. "Aku harap dia hubungi aku. Aku harap dia call aku. Kalau tak message pun okay. Aku nak Nurul contact aku." Pandang lagi skrin telefon. Esoklah, dah malam ni. Telefon putih itu aku letakkan kembali di atas meja, kembali menyambung kerja memilih gambar-gambar untuk diedit. Jam menunjukkan nombor 9.54 minit malam sebelum handphone putih itu berbunyi.


You call me a stranger,
You say I'm a danger,
But all these thoughts are leaving you tonight,
I'm broke and abandoned,
You are an angel,
Making all my dreams come true tonight.


Lampu merah pada telefon putih itu berkelip seiring dengan lagu yang berbunyi. Pantas aku capai telefon, "1 new message". Aku klik pada "Open" dan mula membaca.

"Hi Jimmy, its me Nurul. Just wanna ask you, will you come to our class reunion this Saturday?"

Eh, Nurul message aku? Never thought that my Law of Attraction will works this fast, hahaha. But wait, err, class reunion? This Saturday?

No comments: