Wednesday, 3 August 2011

Yesterday Once More # Nostalgic Memories

Good morning and happy fasting lover boys and cute girls. Wake up, it's already 4:45am.

Ramadhan ini adalah bulan yang penuh dengan ujian, dan akan disusuli dengan Aidilfitri yakni bulan kemenangan. Dan berkata tentang Aidilfitri atau di dalam masyarakat Melayu bulan Raya pastinya akan ada banyak iklan dan ceritera-ceritera menarik yang akan dipertontonkan di sepanjang bulan itu kelak, dan yang paling menjadi nostalgia buat kita semua rakyat Malaysia adalah iklan raya yang diilhamkan oleh seorang pengarah filem, penulis dan penulis skrip yang terkenal dan tak boleh dicari ganti, Arwah Yasmin Ahmad (Januari 7, 1958-Julai 25, 2009). Al-Fatihah buat beliau.

Antara filem-filem ciptaan beliau yang pada pendapat saya sendiri adalah sangat unik dah terlalu dalam maknanya adalah:

Sepet


Mukhsin

Talentime

Saya rasa tidak perlu saya sinopsiskan tentang kesemua cerita di atas kerana pastinya semua pernah menonton filem-filem itu. Dan apa yang paling saya suka tentang filem dan iklan yang dihasilkan oleh beliau adalah kemuafakatan, dan nilai perpaduan antara kaum yang diselitkan dan ditekankan di dalamnya. Menarik bukan? Jika sekarang baru kita mahu bising tentang 1 Malaysia, ini adalah pengakuan jujur daripada saya, 1 Malaysia yang baru kini mahu ditekankan, dipupuk telah lama saya rasa sedari tahun 1999 lagi. Bukan 1 Malaysia yang akan menyatukan kita, tetapi suatu nilai persahabatan yang menjadi teras perpaduan. Senyum. 

Di sini saya kongsikan beberapa video iklan Hari Raya hasil karya beliau untuk ditonton dan pastinya semua ini menjadi nostalgia buat semua. 

Burung apa? Burung Murai.

Very meaningful, totally.

Tersebutlah kisah..

Priceless, because I love you.

This is from yesterday, but to be remembered till today. And sometimes we'll hoped for yesterday once more. Selamat menjalani ibadah puasa semua.

No comments: