Monday, 1 August 2011

Ramadhan | Day 1: Entri Bacaan Ringan

Salam Ramadhan. To all the cute boys and non-fasting girls out there, be strong you all, we got 29 days more.

Lemah jemari ini ingin memulakan bicara,
Bukan kerana tiada Coke untuk diteguk,
Atau tiada Winston Light untuk dibakarkan bersama angin malam,
Cuma entah buat kesekian kalinya baru aku dapat membicarakan seperti ini.

Satu hari perjuangan telah kita harungi,
Dan dengan izin-Nya kita telah berjaya,
Saat laungan Azan itu berkumandang itu saat bukti kita berjaya untuk kali ini,
Namun masihkah ada hari esok untuk kita kecapi lagi rasa kemenangan itu?

Jam lapan empat puluh lima minit malam waktu Malaysia,
Di seluruh ceruk tempat di dunia bermulanya satu pakej Istimewa,
Setiap hari hingga tamat sebulan bulan yang Mulia ini,
Solat Terawikh yang istimewa dijalankan setiap umat Muhammad,
Kerna hanya dalam Ramadhan sahaja kita punyai Terawikh.
Istimewa bukan?

Tamat Terawikh akan disusuli pula dengan tazkirah,
Bagi memperingati dan saling mengingati sesama kita manusia,
Dan tajuk hari ini amat pendek namun ianya diketahui oleh kita semua,
Cerita tentang al-Masih ad Dajjal.

Tahukah kamu tentang Kisah Al-Masih ad Dajjal?
Inilah kisah sepanjang zaman yang diberitahu oleh Nabi-Nabi terdahulu kepada umat mereka,
Dan peringatan yang diberikan kepada kita umat akhir zaman,
Namun bersediakah kita?

Insya-Allah, semoga kita semua sentiasa berada di bawah naungan Yang Maha Esa. Amin.

Cuma sebuah entri ringan, untuk kita saling mengingati sesama kita. Untuk saya berbicara tentang Islam, saya ini hanyalah insan biasa yang masih punyai banyak kesilapan dan ilmu yang amat sedikit namun diharap setiap apa yang dikongsikan dapat menjadi ingatan buat semua. Mudah-mudahan segala urusan kita sepanjang Ramadhan ini dipermudahkan-Nya. Teruskan perjuangan wahai saudara-saudaraku.

No comments: