Thursday, 4 August 2011

Info | Man # [5 Kekurangan Lelaki yang Menjadi Tarikan Wanita]

Selamat malam semua.

Sedang menyusuri laman sesawang sebelum terjumpa dengan link ini. Mungkin ada yang telah tahu dan mungkin juga tidak, so here it is 5 weakness of man that girls adore.

5 Kekurangan Lelaki yang Menjadi Tarikan Wanita

Percaya atau tidak, menurut hasil kajian sebuah universiti di Amerika Syarikat, menyebutkan ada beberapa faktor kekurangan kaum Adam yang dapat menjadi daya tarik terhadap wanita!

Berikut adalah hasil kajian tersebut:

No 1. KESAN LUKA?


 
Mungkin tidak ada yang menyangka bahwa kesan daripada luka ternyata dapat menjadi sebuah daya tarik. Dan uniknya bekas luka pada lelaki kadang-kadang dianggap sebagai lambang kejantanan *(really?)  oleh banyak perempuan. Apatah lagi jika mereka merasa tertekan dengan cerita di sebalik luka tersebut. Pasti si wanita akan lebih bersimpati.

No 2. YOU'RE A FREAK!


 
Geek atau si ulat buku mungkin selalu menjadi bahan cerita. Namun kini jangan terkejut jika lelaki yang anda anggap pelik ini ternyata memiliki kekasih cantik dan super duper seksi! Kelakuan 'aneh' lelaki tersebut justeru dianggap unik dan lain daripada yang lain. Para perempuan dewasa ini mungkin bosan dengan jenis lelaki yang nampak 'biasa-biasa' saja. Daripada memilih lelaki yang biasa mereka temui di tempat lepak, kini banyak perempuan yang memilih untuk keluar berdua dengan lelaki ulat buku yang memiliki mimpi besar untuk membuat roket dengan bahan bakar air.

No 3. PELUH! OMG.. OMG..



Peluh berlebihan pasti membuat kepercayaan diri berkurang. Namun bagi sebahagian semua perempuan, peluh kononnya dapat membuatkan lelaki kelihatan seksi. Apalagi peluh itu keluar ketika kaum lelaki tengah bersukan. Perempuan yang melihatnya pasti terkesima. Menurut sebuah kajian, pada saat berpeluh, lelaki mengeluarkan hormon androstadienone yang dapat memicu perempuan menjadi ghairah.

Namun yang perlu diperhatikan adalah kebersihan diri. Jika tubuh anda tidak bersih, keringat yang keluar akan menimbulkan bau yang kurang sedap. Bukannya kelihatan seksi, anda malah akan dijauhi oleh perempuan!

No 4. UBAN or URBAN? Both?



Proses penuaan adalah hal yang pasti. Salah satu tanda-tandanya adalah timbulnya uban atau rambut putih. Kini tak perlu sibuk-sibuk menghitamkan rambut Anda secara rutin. Anda pasti ingat aktor Richard Gere yang dianggap semakin seksi ketika rambutnya memutih. Bisa jadi uban dijadikan lambang kematangan dan kedewasaan lelaki oleh sebagian perempuan. Jadi buat apa malu untuk memilikinya?

 

No 5. CERMIN MATA. *Ehem. Senyum.






Menurut sebuah kajian di Stockholm, Sweden, perempuan kini lebih tertarik dengan lelaki yang bercermin mata. Kerana golongan ini kelihatan bijak dan cerdas, boleh saja menjadi alasannya. Jadi buat sesiapa yang mempunyai penglihatan yang kurang baik *Ehem* tidak perlu ragu-ragu untuk memakai cermin mata. Yang penting, sesuaikan bentuk bingkainya dengan wajah anda. 

Okay ini memang dah di meter perasan yang terTINGGI, sila abaikan nota kaki di bawah:

 P/S: Saya adalah seorang yang bercermin mata, ada sikit-sikit luka kena gigit nyamuk, not so freak since I'm cute (cute guys aren't freak okay), using Nivea for Men so that bila berpeluh tetap cool, cuma masih belum beruban since I'm in early 20s. *Laugh. Anyone?




Sumber: www.gempak.org  



1 comment:

Madiha Ilham said...

ohoho..saya sangatttttt suka lelaki yang sedang bersukan dan berpeluh! super hot!!
Tambah2 lagi kalau sedang main tenis dengan tangan yang sasa itu, contohnya macam Roger Federer dan Rafael Nadal. Huaaa *pengsan*

dan saya juga suka lelaki yang pakai cermin mata, nampak genius. heh