Monday, 22 August 2011

Coret-Coret # Part 1

Hampir beberapa minit aku diam, cuba untuk menulis namun minda masih beku,
Otak masih kelu.
Jam empat sebelas minit pagi apa yang kau fikirkan?
Hanya lena diayun mimpi yang indah, mungkin terjaga nan mimpi takut itu.
Tapi jangan kau gusar kerna itu hanya mainan tidur.
Ramadhan hari yang ke 23, sebentar lagi akan berehat untuk bersahur.
Perlu cepat keluar nanti, mahu capai kunci dan panaskan enjin kereta,
Baru boleh keluar pergi kedai mamak belakang office.
Laparkah?
Makan buffet sewaktu berbuka macam tak tinggal hari esok, nafsu semua semata.
Larikan jemari menari di atas keyboard, biarkan pena tulisan maya yang hiasi malam ni,
Biarkan Maya yang saksi diri malam ini.
Kerana malam semakin larut, dan kau jangan tidur kau perlu kerja.
Kerapkali monolog itu dalam diri, perlu kuatkan minda tabahkan mata,
Acapkali mengantuk namun itu semua boleh tunggu pagi esok.
Duduk dalam niche ruang kecil ditemani komputer separuh pantas, terkedek-kedek ikut tarikan anak panah tetikus.
Diam lagi, senyap sungguh malam di minggu dekat raya.
Sebut tentang raya sendiri tak sedia, apa pun tak mahu beli lagi tunggu gaji esok hari keluar.
Tapi jam berapa entah, tapi pasti akan cepat habis. Bulan raya kita kena berbelanja,
Tak boleh tunggu lusa baru nak beli baju raya, nanti habis semua pakaian di butik murah itu.
Namun perlukah?
Selamat berpuasa dan menunaikan ibadah sepanjang sisa-sisa Ramadhan ini.
Raya?
Itu lambat lagi, boleh tunngu sampai hujung minggu ini sebelum cuti.

p/s: Masih mencari idea untuk menyambung entri Kamen Rider Part1 Showa Era Tv Series.

No comments: