Tuesday, 19 July 2011

Unggun Bersih by A. Samad. Said

 
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID 

Nota kecil: Karya beliau setiap satunya terlalu dalam isinya, perlu dikupas dan difahami bukan sekadar dibaca. Sedang mencari "Salina", dahulu tidak sempat untuk habis bacanya, kini telah berkemampuan mahu simpan jadikan koleksi.

No comments: