Thursday, 21 July 2011

Re: Drama VS Realiti

Assalammualaikum. Hello reader! Senyum.



*Aku tahu budak itu comel, aku suka dia juga.


Entri kali ini bukan untuk mempromosikan cerita Epilog Syurga Cinta mahupun memberikan sinopsis tentang cerita ini. Ini cuma *gambar semata-mata. Senyum.


Aku rasa semua manusia termasuklah aku dan kamu semua pasti pernah mengimpikan agar hidup kita umpama ceritera di dalam kotak hitam itu yang menayangkan kisah cinta, kekayaan dengan kereta mewah dan manusia yang hidup di dalam kemewahan itu selalunya jahil dan jauh daripada Agama-Nya dan kemudian jatuh cinta dengan gadis yang comel cute dan bertudung seperti *Rafidah Ibrahim, tambah dengan lemah lembut dan pandai melayan budak-budak dan akhirnya mula berubah mencari jalan pulang kepada Tuhan. And they live happily ever after.

Persoalannya, adakah cerita seperti itu di dalam realiti ini?



1.  Jika ditakdirkan seorang lelaki itu mendapat penyakit seperti kanser,selalunya di dalam drama,dia akan merahsiakan dan menjauhkan diri dengan pasangannya...kononnya utk tidak membebankan pasangan tersebut...adakah di alam realiti benda seperti ini yg berlaku atau sebaliknya? 


Fikir secara rasional, adakah manusia zaman sekarang yang lebih mencintai mati daripada dunia? Dan di dalam realiti ini jika seseorang itu menghidap penyakit kanser yang boleh membawa kepada kematian, dia memerlukan sokongan daripada pasangannya, ahli keluarga dan teman-teman rapat. Ini adalah norma di dalam kehidupan kita sebagai insan yang lemah, kita perlukan sokongan dan bantuan daripada orang di sekeliling kita. Lagipun dengan merahsiakan perkara yang serius seperti ini atau pun bertindak menjauhkan diri tidak akan mengubah apa-apa, pasangan kita akan risau, gelisah dan resah apabila keadaan ini terjadi, adakah kita tidak membebankan pasangan kita dengan cara demikian? What the fffu.. Tutup mulut. 


*Do you think you'll let this cute girl worrying about you all around while you kept her in the dark for the sickness? Just tell her the truth and if she's willingly stay with you, she's one and only for you.


2. Jika di dalam drama melayu,kita dapat lihat semuanya kaya-raya dan pada masa yg sama mempunyai masalah mereka...adakah itu yg cuba dipaparkan kepada masyarakat bahawa realitinya ia berlaku seperti itu?

Come on guys, as for me working as a technical officer at this not-so-popular place also had many problems and obstacles in my life, and for the students out there who are sacrificing their time watching Korean movies and drama, also had problems to holding up to the end of the stories. Dalam hidup ini tidak ada seorang manusia pun yang dapat lari daripada masalah, kaya atau miskin tetap punyai masalah, cuma mungkin masalah itu datang dengan cara yang berbeza-beza. Kerana Allah S.W.T. itu Maha Adil, Dia tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-Nya itu. Problems? Seperti entri daripada NurulBadiah Lai, "jangan kejar masalah, jangan lari dari masalah, hadapi masalah." Ya kita yang kurang berkemampuan seringkali fikir "kalaulah aku kaya...." tetapi di dalam realiti, kekayaan itu tidak sangat menjamin kebahagiaan. Tapi ada sesetengah perkara kita perlukan duit kan? Boleh baca di sini mengenai kekayaan, "Harta Dunia-Kekayaan Hari Kemudian?".

*Kekayaan itu jarang sekali menjamin kebahagiaan, namun segalanya telah tertulis pada garisan takdir. |suka cerita ini.|

3. Satu benda yg menarik perhatian aku...seorang lelaki berubah ke arah kebaikan kerana seorang wanita..(hidayah ALLAH itu dalam pelbagai cara,Subhanallah)...adakah realitinya juga begitu?

Di dalam realiti ini, ada lelaki yang berubah ke arah kebaikan kerana seorang wanita, dan banyak juga kisah dan cerita seperti ini yang aku pernah dengar dari sahabat dan orang sekeliling. Perkara ini benar, dan mungkin dari cerita-cerita ini menjadi ilham para penulis novel untuk menulis dan akhirnya menjadi cerita untuk dijadikan tontonan kita sekalian. Juga ada wanita yang berubah kerana lelaki. Asasnya sesiapa sahaja boleh berubah ke arah kebaikan ataupun sebaliknya, namun jika niat ingin berubah itu adalah kerana Allah S.W.T, nescaya perubahan itu akan menjadi lebih baik. Kerana jika kita berubah kerana seorang wanita/lelaki, kerana cinta kita terhadapnya, adakah kita akan kekal di dalam perubahan itu jika cinta itu tidak kesampaian? Namun jika kita berubah kerana Allah S.W.T, adakah Dia akan meninggalkan kita sedangkan kita cuba mendekati-Nya? 

*Adakah kita akan berubah kerana CINTA seorang wanita ataupun kerana CINTA kepada Allah.?

Kesimpulannya, drama ataupun realiti itu adalah ibarat cermin yang mencerminkan satu sama lain, tanpa realiti takkan terciptanya drama. Dan kita drama itu diwujudkan untuk dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita. Jadi teruskan hidup anda dengan optimum, kerana realiti ini adalah kehidupan yang sebenar.

JImmy: Sila tinggalkan pertanyaan anda di shoutbox saya dan Insya-Allah saya akan cuba menjawabnya. Senyum.






No comments: