Thursday, 14 July 2011

I'm sorry, I just can't let you have this smile once more.

Ini adalah kisah tentang sebuah senyuman yang pernah hilang. 
"Is a smile a question?  Or is it the answer?" -Lee Smith

Seorang lelaki, seorang gadis dan sebuah kisah realiti cerita hati yang kecundang dan musnah hinggakan yang tinggal hanya secebis kenangan yang dikorek dari simpanan memori yang paling dalam.

Apakah sebenarnya cinta? 

 Although sometimes rocky, amidst all of the hurdles, love is hard… but love never fails.

"Love never fails", okay let me tell you one thing, love did fails. Kerana daripada manakah cinta itu lahir, itu yang akan membentuk jalan dan menentukan cinta itu berjaya ataupun sebaliknya. Setiap daripada kita pasti pernah merasai kemanisan cinta dan kehancuran hati saat cinta yang selama ini hebat diperkatakan dihebahkan akhirnya musnah kerana satu kesilapan. Kerana wujudnya curiga dalam perhubungan, akhirnya segalanya hilang. There's no more "I Love You", "Papa Mama" and such. Can you see, love did failed. Tidak ada "puppy love" yang akan bertahan sehingga ke hujung jalanan cinta. Kalau ada pun cuma 5%, dan selebihnya 95% adalah gagal. Sama seperti aku yang pernah gagal.

Aku pernah terbang tinggi kerana aku bodoh, umpama Icarus dengan sayap lilinnya yang terbang mendekati matahari lalu jatuh dan mati. Tragis bukan? Kita semua punyai impian namun sayap lilin itu takkan membawa kita ke atas dengan lebih tinggi sebaliknya menanti masa untuk cair dan membunuh diri sendiri dengan impian tanpa usaha. Lebih baik bina Tower of Babel dan panjat perlahan-lahan mendekati langit sebelum ianya runtuh kerana kejahilan kita. Atau berdoa, berusaha dan akhirnya tawakal kepada Tuhan agar ditemukan jodoh yang terbaik buat diri kita. 

When the time comes, and it will… you will find a match for your heart; the two hearts will create one love.

Aku pernah bina cinta umpama Kasyah dan Ayu, cuma aku harapkan pengakhirannya berbeza tanpa kematian. Dan ianya terjadi cuma perpisahan itu bukan kerana kematian. Jadi cerita cinta kononnya hebat itu mati di situ. Aku seperti mendaki ke puncak menara Babel sebelum lihat kehancurannya di hadapan mata, aku terbang tinggi seperti Icarus sebelum aku jatuh menghancurkan hati sendiri. Dan kisah ini telah terkubur lama, sejak dari hari aku hancurkan hati ini. 

Senyuman ini yang pernah senyum hanya untuk kamu, 
Hati ini yang pernah merah hanya kerana kamu,
Dan jiwa ini yang pernah gembira di atas kehadiran kamu.

I'm sorry, I just can't let you have this smile once more. I'm happy now.

No comments: