Thursday, 29 December 2011

Monolog # 1

Sepanjang aku hidup, aku telah ditemukan dengan ramai wanita-wanita yang hebat. Mungkin Tuhan mahu mengajar aku menjadi hebat. #Hero.

Berlari mencari matahari tapi akhirnya aku tersesat mencari bintang. [gambar hiasan]

Wednesday, 28 December 2011

Bintang # 1

Aku cuba mengejar bintang yang jauh,
Sehinggakan aku lupa dengan apa yang ada di hadapan.
Aku akui aku bodoh,
Dan sekarang aku hampir kehilangan sayap untuk terbang itu.
Aku rasa aku antara manusia yang paling bodoh di dunia.
Tapi apa yang aku mampu lakukan?
Semua itu ternyata di luar kemampuan aku.
Bintang bercahaya malap,
Semakin lama semakin kelam.
Dan tiba-tiba ianya terang kembali,
Kembalikan cahaya ke dalam diri ini,
Yang dahulunya tercari-cari ke mana hilangnya cahaya.
Dan kini, setelah lama ianya terang,
Aku nampak bintang mulai pudar kembali.
Cuma apa yang aku harapkan,
Janganlah pudar dan kelam seperti dahulu.
Dan aku, akan terus menjadi Hero!

p/s: Bintang, semoga kau terus bercahaya.

Monday, 26 December 2011

Hero # 1

Cinta itu tidak boleh diukur dengan angka, juga dengan material.
Cinta itu adalah satu perasaan, satu kepercayaan spiritual,
Kau percaya wujudnya cinta, maka kau percaya wujudnya Tuhan,
Kau sentiasa mencari cinta, mencari jalan pulang.
Aku dulu pernah tenggalam, hampir lemas dan hanyut dibawa derita,
Dan dalam saat lemas itu aku nampak kamu juga sedang lemas jauh,
Aku kumpulkan kekuatan, aku kumpulkan kudrat diri,
Menarik kita berdua ke daratan realiti,
Aku sendiri jatuh mahu parah namun kau lebih parah aku rasa,
Jadi aku lupakan luka dan ubati kau, menjaga dan melindungi,
Dan aku mula lupakan luka dalam diri dan cuba mendaki harapan,
Aku lukiskan kisah kita di atas awan, aku cacahkan namamu di atas hati,
Aku berlari mengejar langit yang di atas sana ada bintang malam,
Dan kita sentiasa melihat bintang itu bersama, bermimpi untuk tiba ke atas juga.

Tapi aku lupa, lupa pada luka yang semakin teruk berdarah,
Lupa pada hati yang mahu minta diubati,
Lupa pada apa yang jiwa ini jeritkan,
Aku lupa, leka dan alpa sehingga kini.

Aku sakit tapi bukan kerana luka,
Aku pendam kerana tak mahu menyakiti kau,
Aku jadi seorang Hero yang kalis segalanya,
Aku mahu melindungi apa yang mampu aku lindungi,
Aku mahu ubati semua luka yang tersisa,
Dan akhirnya aku kandas sendiri dalam perjuangan yang tak pasti,
Aku seorang Hero yang gagal dalam cinta, gagal selami ertinya.

Thursday, 22 December 2011

Buat #myfuturewife.

Buat #myfuturewife, saya akui saya seorang manusia beku yang bukan hanya beku di hati tapi juga di jemari. Saya tak mampu untuk memainkan sebarang alatan musik. Jiwa seni saya wujud di jemari yang kaku, hanya untuk menekan butang shutter kamera bagi merakamkan saat indah kita bersama kelak. Tapi hati saya memberontak, saya sukakan musik, lirik lagu, melodi dan pengatur-caraan musik. Jadi buat awak #myfuturewife, saya akan berusaha untuk belajar bermain piano/keyboard. melodi yang terhasil dari tarian jemari itu sungguh merdu, dan saya ingin berkongsi kegembiraan perasaan itu dengan awak.

Ini adalah lagu pertama yang akan saya mainkan buat awak, tapi bukan dalam masa terdekat ini ya? Seperti status saya di mukabuku.

"Buat #myfuturewife, saya nak belajar main piano dan nanti saya akan mainkan lagu Kiss The Rain buat awak sebelum propose pada awak. Romantis kan?"


p/s: Buat #myfuturewife, Assalammualaikum. =)

Wednesday, 21 December 2011

Love # Proposal Video

Beberapa hari lepas aku dapat satu kiriman ringkas dari salah seorang sahabat aku yang berbunyi lebih kurang seperti begini.

"Can you do me a favor? Tolong aku buatkan satu video untuk propose si dia."

Berfikir punya berfikir aku rasa selama ini aku buat video atau lebih tepat lagi cuma guna Media Movie Maker dengan menggabungkan gambar, lagu dan beberapa tulisan. Seperti video ini.


Ada juga yang menggabungkan tulisan, gambar dan video tapi antara yang paling popular adalah seperti di bawah ini.


Video-video proposal dan wedding yang dihasilkan oleh CST Production adalah sangat-sangat cool dan best. Selain daripada gambar semasa perkahwinan, video juga adalah salah satu cara kita mengabadikan memori kita untuk tatapan masa akan datang. Misalnya nanti bila aku dah kahwin dan anak-anak aku dah besar sikit aku akan tunjukkan gambar-gambar semasa pertunangan dan perkahwinan aku kepada dia, dan aku akan cakap "Inilah mama kamu masa kahwin dengan papa, yang sebelah tu dulu bekas skandal papa. Kalau kamu jadi papa kamu pilih siapa?" Okay just joking. Tapi apa yang cuba aku sampaikan adalah gambar, video or even kad perkahwinan kau akan menjadi memori untuk dikenang sepanjang hayat kau unless kau planned nak kahwin lagi 3-4 kali selepas tu.

Dan isi adalah video stop-motion picture yang aku rasa sangat awesome, juga boleh menggantikan dua video di atas kerana menggunakan gambar, tulisan dan lagu cuma bezanya, erm.. Tengok sendirilah ya?


Bagi aku, semua video di atas aku suka. Sebab setiap daripada mereka cuba menggambarkan perasaan masing-masing sewaktu menghasilkan video-video ini. Ada gembira, nervous, dan pelbagai perasaan lain lagi. Setuju? Ada banyak lagi video proposal yang awesome yang boleh kau jumpa di YouTube. Jadi kepada sahabat saya, video bagaimana agaknya yang kau suka? Aku punya suggestion adalah seperti nombor 1 atau nombor 3.

Tuesday, 13 December 2011

Bobo, Mimi dan Black. Cinta Itu Memerlukan Pengorbanan.

Cinta itu memerlukan pengorbanan.

Bobo berlari-lari anak sewaktu melintasi jalan raya untuk ke taman permainan berdekatan rumahnya. Itu adalah jalan paling singkat dan paling merbahaya pernah wujud untuk ke taman permainan itu. Pada mulanya dia agak teragak-agak untuk menggunakan jalan itu ataupun mencari laluan alternatif lain. Namun apabila terlihatkan Mimi yang setia menanti di sebelah jalan sana, Bobo mula kuatkan hati dan dengan sepenuh kudratnya mula melangkah melintasi jalan yang mulai sibuk itu.

Sampai di pertengahan jalan, Bobo berehat sebentar di atas pembahagi jalan yang diwarnakan hitam putih itu. Dia memandang ke sebelah sana, Mimi masih setia menanti kehadirannya. Dia tersenyum tatkala Mimi melihatnya dengan penuh kerisauan.

"Dia risaukan aku, dia masih sayangkan aku lagi rupanya." monolog Bobo.

Dia yang mengajak Mimi untuk bertemu di taman permainan itu, tempat mereka selalu berjumpa hampir setiap petang sebelum dia mendapat tahu Mimi di belakangnya senyap-senyap selalu berjumpa dengan Black semasa dia tiada di rumah. Dan hari ini dia nekad mahu menemui Mimi dan meminta penjelasan. Dia akui dia masih sayangkan Mimi, dan dia tidak mahu mempercayai sebarang gosip-gosip liar sebelum mendapat kepastian yang sahih daripada kekasih hatinya itu.

Hanya tinggal beberapa meter lagi, lalu dengan langkah yang sejuk (baca: cool) Bobo mula melintas jalan yang separuh untuk mendapatkan Mimi. Dari jauh dia melihat Mimi sedang tersenyum menanti kehadirannya. Dia masih lagi ayu seperti kali terakhir mereka bertemu di taman permainan itu. Hanya beberapa langkah lagi dia akan sampai di seberang sana sebelum dia tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi brek mengejut dari sisi kirinya. Bobo pandang kiri, sebuah motosikal double R warna hitam sedang meluncur laju ke arahnya. Tayar belakang motosikal itu kelihatan berasap akibat daripada tekanan brek yang mengejut bagi memberhentikan momentum pergerakan motor itu. Bobo dengan pantas cuba mengelak ke belakang. Dasar mat rempit petang-petang damai pun mahu bawa motor gaya Rossi. Sebelum sempat Bobo mengambil nafas tiba-tiba sebuah kereta yang sedang dipandu remaja budak sekolah tanpa lesen telah menghentam dia daripada sisi kirinya gara-gara cuba mengelak mat rempit yang berhenti mengejut tadi.

Bobo tercampak beberapa meter ke belakang. Sungguh sakit rasanya, beberapa tulang rusuk kirinya dirasakan patah dan Bobo rasa ada cecair panas mengalir dari kepalanya. Dia mula berpinar dan penglihatan mulai samar. Dan dari kejauhan itu dia ternampak Mimi sedang melihat ke arahnya. Entah dari mana datangnya kekuatan dirinya, dia bingkas bangun dan berjalan ke arah Mimi. Rusuk yang patah sudah tak dipedulikan. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu namun mengenangkan Mimi dia gagahkan jua. Badannya semakin lemah, penglihatannya mulai kabur dan sebelum dia sedar dia sudah terbaring kaku di atas jalan raya itu, memandang tepat ke arah Mimi.

Bobo rasakan nyawa yang hampir ke penghujung itu mulai ditarik perlahan-lahan. Mimi yang sedari tadi melihat ke arahnya tiba-tiba berpaling dan berjalan pergi. Bobo jadi kaget, dalam kesakitan itu dia cuba memanggil nama kekasih hatinya itu namun hampa, Mimi terus berpaling pergi ke arah Black yang sedang menanti di tepi taman permainan itu. Sial! Rupanya segala apa yang diceritakan itu ternyata benar. Bobo semakin lemah, dan dia terbaring kaku di situ tanpa dipedulikan sesiapa. Dia mati tatkala hatinya hancur melihat pemergian kekasih hatinya yang selama ini di anggap setia.

Tapi Bobo tidak perlu risau, dia masih punyai 8 lagi nyawa untuk membalas dendam kelak. Akan dia pastikan Mimi menjadi miliknya kembali. Dan Black, si kucing persis jaguh kampung itu akan dia tumbangkan. Dia lejen di sini, bukan Black. Dan Bobo adalah seekor kucing parsi putih yang lejen.

Thursday, 8 December 2011

Life # Selamat Hari Lahir!

Aku lihat Swatch hitam yang kemas di pergelangan tangan. Jam menunjukkan tepat 10:49 minit malam. Hanya kurang daripada dua jam kita akan bersama untuk tahun yang ke tiga pula. Senyum. Aku sayangkan jam ini, antara hadiah yang paling aku hargai sekali. Daripada seseorang yang tersenarai di dalam senarai 10 orang terpenting hidup aku.

Selamat hari lahir Swatch hitam, dan selamat hari lahir pada aku dalam masa satu jam sepuluh saat lagi.

p/s: Aku nak kamera baru, agak-agak dapat tak? Hahaha, in your dream!

Wednesday, 7 December 2011

Wordless Wednesday # Taufiq & Nadia

Hai, kembali menulis setelah beberapa ketika. Maaf jika ada yang ternanti-nanti aku untuk mengemaskini blog. Aku sangat-sangat sibuk sejak dari minggu lepas. Dan aku rasa aku lebih banyak habiskan masa di pejabat daripada di rumah. Kalau kerja dah 16 jam, 2 jam perjalanan pergi balik rumah ke tempat kerja, jadi hanya tinggal baki 6 jam dalam sehari untuk tidur, bangun dan kembali bersiap ke tempat kerja. Tahu apa perasaan aku? Ya, sangat terfaktab. Mell pun aku tak dapat nak sentuh, cerita-cerita yang aku muat-turun (baca : download) juga masih tersimpan rapi di dalam cakera keras (baca: hard disk). Okay, cukup rasanya alasan untuk aku berikan bagi menceritakan yang aku sangat-sangat sibuk.

Hari Rabu (Wordless Wednesday) adalah hari yang biasa semua blogger mengemaskini (baca: update) blog masing-masing dengan gambar-gambar dari Tumblr dan mana-mana enjin carian di alam maya ini. Motif? Biarkan gambar yang bercerita menggantikan lisan dan penulisan. Bagi aku, kalau aku nak letak gambar hari-hari ataupun aku nak menulis hari-hari (jika berkesempatan) itu terpulang pada aku. Kan? Sebab ini adalah blog aku. #Ketawa agak sinis. Tapi jangan risau, aku masih lagi mengikuti aliran arus masa dunia (baca: trend) blogging. Jadi hari ini aku akan kongsikan sebuah gambar daripada koleksi simpanan peribadi aku. Enjoy!

(Nikon D3000 18-55mm F5.6 1/200 sec. ISO 100) Lokasi: Putrajaya


p/s: Gambar ini telah diubahsuai (baca: edit) semula oleh saya berbanding gambar yang ada di laman sosial mukabuku saya. Sekian.

Thursday, 1 December 2011

Life # From Penang With Love

Aku rindukan Penang, terlalu rindukan negeri sebelah utara itu. Aku tak tahu kenapa, tapi yang pasti sejak dari hari pertama aku pulang ke Kuala Lumpur aku tertinggalkan sesuatu di sana. Kenangan, memori dan hati aku. 3 tahun di sana sudah cukup untuk aku jatuh hati, sudah cukup untuk aku teruskan bermimpi pulang kembali ke sana. Penang, aku akan kembali ke sana, itu janji aku!

Pantai Bersih 2009

Thursday, 24 November 2011

Life # Sahabat

Perbezaan di antara cinta dan persahabatan ialah sebanyak mana kau tanpa sedar menyakiti antara satu sama lain dan masih mampu bergelak ketawa dan senyum selepas itu. Bagi aku itulah sahabat sejati. Walaupun duduk semeja di kedai kopi dan masing-masing senyap tenggelam dengan telefon bimbit masing-masing sebentar, namun tiada kejanggalan yang wujud, tiada perasaan yang berbekas di hati.

Persahabatan yang terjalin sejak tahun 2000, masih kekal utuh sehingga kini. Senyum. 

Wednesday, 23 November 2011

Life # You're

Nurul lihat jam Swatch di tangan sambil melangkah pantas menaiki tangga menuju ke bangunan pentadbiran. Jam 8:15 pagi. Dia masih ada 15 minit untuk sampai ke kelas. Dari bangunan pentadbiran dia akan mengambil jalan pintas melaluli kafeteria menuju ke Fakulti Sains dan Teknologi.

Kelas pagi itu dikendalikan oleh Prof Ben, yang mengajar subjek Human Psychology. Dia terkenal dengan perangainya yang gila-gila dan penuh dengan humor semasa sesi pengajarannya tapi dia juga terkenal dengan sifat tegasnya. Para pelajarnya yang hadir lambat ke kelas akan ditolak markah kedatangan dan mungkin tidak dibenarkan masuk langsung untuk sesi pelajaran pada hari tersebut.

Dia baru keluar dari kafeteria, kesesakan di dalam kafeteria membuatkan dia sedikit lambat. Tapi apakan daya itulah jalan yang paling singkat untuk ke kelas pagi ini. 10 minit lagi sebelum kelas dimulakan. Nurul mula berlari melintasi koridor di hadapan Fakulti Kejuruteraan. Dia lihat pada jam. Angkat muka memandang ke depan.Dush! Habis bertabur semua nota-nota yang disimpan di dalam fail yang dipegangnya. Dia terduduk di situ kerana terlanggar seseorang. Dia pasti dia terlanggar orang sebab tak mungkin ada gajah tiba-tiba melintas depan Fakulti Kejuruteraan ini. Dia pasti.

Dia angkat muka. Jimmy! Lelaki berkaca mata itu memandangnya dengan raut wajah panas. Dia kenal lelaki itu, mereka pernah bertemu semasa dia temankan teman sebiliknya keluar dengan kawan serumah lelaki itu. Dia menemani Lisa dan Jimmy menemani Jack. Itulah kali pertama dan terakhir dia bertemu dengan lelaki ego itu. Sepanjang mereka keluar dia tak habis-habis dengan kamera hitamnya tanpa mempedulikan Nurul manakala Lisa dan Jack pula sedang seronok berdating. Dan lelaki itu juga adalah salah seorang pelajar kolej yang hasil karyanya tercalon untuk anugerah fotografi di kolej ini, maka dengan itu dia amat dikenali oleh penggemar seni dan fotografi, termasuk dirinya.

Jimmy bangun sambil mengangkat telefon bimbitnya. Mukanya masih dengan raut tidak berpuas hati di atas insiden yang baru berlaku.
"Tuan puteri, lain kali kalau nak berlari di koridor sekalipun mata tu tolong letak di KEPALA bukan di KAKI!" Perlahan dan teratur susun kata ayat yang dituturkan lelaki ego itu tapi maknanya memang boleh membunuh. Shit! Mata Nurul mula berkaca. Dia sedar dia bersalah tapi sekurang-kurangnya Jimmy tidak perlu berkata begitu yang seolah memalukannya di hadapan ramai. Ramai pelajar yang lalu-lalang dan ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Mungkin sedang memperkatakan tentang dirinya. Dia pantas mengutip kertas-kertas yang bertaburan dan berlalu pergi. Kelas pagi itu sudah tidak dipedulikannya lagi.

**********

Dua minggu sudah berlalu sejak dia dimalukan oleh lelaki ego yang fanatik dengan kamera hitamnya itu. Semakin hari dia semakin benci dengan lelaki itu. Sepanjang dua minggu itu dia pastikan dirinya bangun lebih awal untuk ke kelas dan dia bersumpah tidak akan melalui jalan di Fakulti Kejuruteraan itu lagi. Sampai bila? Mungkin hingga dia tamat belajar dalam tempoh 2 tahun lagi. Tapi yang sebenarnya dia mahu mengelak daripada berjumpa atau terserempak dengan Jimmy yang merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan. Pastinya si lelaki ego itu akan berada di sekitar kawasan itu.

"Nurul, ada orang nak jumpa kau."
Lisa memanggil aku sambil memandang ke luar tingkap. Aku mendekatinya dan melihat menerusi tingkap bilik tingkat 2 itu. Jimmy! Apa lagi yang si mamat ego itu mahu daripada aku?
"Aku tak nak jumpa dia!"
"Tapi Nurul, dia cakap penting. Dia call aku tadi minta kau turun bawah. Pergilah."
Malas hendak bertengkar dengan Lisa aku paksakan juga kaki melangkah menuruni tangga untuk bersemuka dengan mamat ego itu. Entah apa lagi yang dia mahukan dari aku.
"Hai Nurul" sapa Jimmy sambil tersenyum. Erk, comel pula mamat ego ni bila senyum. Tapi aku kuatkan hati.
"Awak nak apa?"
"Saya nak jumpa awak."
"Dah jumpa kan? Boleh saya pergi?" Aku bertanya.
"Eh, kejap. Sebenarnya saya datang nak minta maaf kalau saya buat awak berkecil hati." Senyum lagi.
Mamat ego ni datang minta maaf? Siap pakej dengan senyum lagi gila apa. Tapi dia senyum memang nampak comel, kalah penyanyi "Lelaki Seperti Aku" tu.
"Saya dah lama maafkan awak. Tak ada apa-apalah." Sebab kau comel aku nak marah pun tak jadi. Teruk betul kau Nurul, hahaha.
"Satu lagi, erm, saya nak jemput awak temankan saya ke Majlis Anugerah Fotografi malam ni. Sebab dibenarkan bawa teman tapi saya tak tahu nak ajak siapa. Jack nak pergi dengan Lisa." Senyum.
Minta maaf, dan jemput aku temankan dia sambil senyum dengan mata coklat dia, okay memang mamat ego ni bagi pakej lengkap hari ni.
"Err, baiklah. Tapi saya jumpa awak dekat sana terus boleh? Saya nak pergi dengan Lisa."
"Okay, thanks tau awak. Jumpa malam nanti ya? Bye."
Jimmy berpaling dan terus bergerak tinggalkan aku yang masih bingung. Betul ke apa yang aku buat tadi?

**********

Malam itu aku duduk di sebelah Jimmy manakala Lisa di sebelah Jack. Jack juga salah seorang yang hasil karyanya tercalon dalam anugerah fotografi kolej pada malam ini. Jadi mereka adalah pesaing pada malam ini. Manakala aku dan Lisa hanya sebagai peneman. Rupa-rupanya si mamat ego Jimmy ni adalah seorang yang kelakar, bila dia tak bersama kamera hitam dia tu. Memakai kemeja berwarna ungu, slack hitam dan cermin mata putih, he looks charming for me. Tadi sewaktu melangkah masuk ke dewan bersama Jimmy aku perasan ada beberapa pasang mata yang memandang kami sambil berbisik. Aku harap mereka dah lupa tentang insiden dua minggu lepas dan tak timbulkan apa-apa gosip. Aku pun satu, senang-senang terima jemputan dia. Tapi sekurangnya aku dapat kenal dia dengan lebih dalam. Senyum.

Pemenang pertandingan fotografi kolej tahun ini dengan tema "Natural Beauty" dan akan menerima anugerah fotografi 2009 dimenangi oleh Jimmy dari Fakulti Kejuruteraan dengan caption "You're the most natural beauty that God had sent to me."

You're the most natural beauty that God had sent to me.

Tuesday, 22 November 2011

Wordless Wednesday # Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia by Lucius Maximus

Aku rindukan bau kertas dan buku-buku yang baru dibuka daripada pembungkusan.

Sedang mencari buku ini. Mungkin akan membawa aku kembali ke syurga buku @UyaDistro. Jika berminat mahu baca blog LuciusMaximus boleh tekan sini. Dan twitternya @LuciusMaximus.

Thursday, 17 November 2011

Life # The Most Important Man in My Life.

Hai semua. Masih lagi sibuk dengan gambar-gambar yang perlu dipilih dan diproses dari majlis perkahwinan kakak aku yang berlangsung Sabtu lepas. Itu juga adalah kali pertama aku dilantik menjadi official photographer atau di dalam bahasa ruminya jurugambar rasmi. Itu yang membuatkan aku tidak dapat menambah sebarang entri sejak beberapa ketika ini. Dengan kesibukan di tempat kerja juga mengehadkan aku untuk berbuat demikian. Jadi di sini aku ingin memuat naik satu gambar favorite aku di antara banyak-banyak lagi gambar favorite yang ditangkap pada hari majlis.

He's the most important man in my life, without him I won't stand wherever I am today. Thank you Dad. I love you!

Nampak garang tapi penuh dengan kasih-sayang. Sama seperti aku tahu? Senyum.

Wednesday, 16 November 2011

Wordless Wednesday # Love Is?

Note: Gambar ini ditangkap dan dimiliki oleh saya, Jimmy. Sebarang penyalahgunaan gambar ini adalah dilarang sama sekali. Copy paste gambar ini adalah dibenarkan. Teruskan menyokong karya saya.

Friday, 4 November 2011

Life # Melarikan Diri Daripada Masalah, Itu Digelar Pengecut!

Melarikan diri daripada masalah adalah tindakan seorang pengecut!



Aku mendongak memandang langit yang semakin merah, ditemani desiran ombak pantai bukanlah sesuatu yang aku perlukan sekarang. Sumpah pengakap aku berdiri di sini dengan harapan kenangan itu akan pergi tapi akhirnya aku gagal. Aku cuba pejamkan mata pula dengan harapan memori itu akan hilang kali ini. Seperti hilangnya mentari di ufuk barat setiap hari.

*****


Sehari yang lepas.

Aku masih lagi berdiri di tempat yang sama, tempat yang sama aku berdiri setiap hari. Kerana hanya di sini aku dapat melihatnya dengan lebih jelas. Sistem LRT di bandaraya Kuala Lumpur ini adalah 10 kali ganda baik daripada Sistem Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang mana terlalu banyak perjalanan tertangguh, lambat dan sebagainya. Hampir setiap kali masa ketibaan keretapi diubah-ubah daripada jam 7:30 pagi hingga ke jam 9:45 pagi. What the fak? Dan disebabkan itu aku berpindah rumah agar lebih dekat ke kolej, dan Sistem LRT ini yang aku gunakan setiap hari untuk berulang dari rumah sewa ke kolej.

Tepat jam 7:30 pagi train akan sampai di stesen LRT Cempaka, dan aku akan memilih gerabak paling akhir dan berdiri berhampiran dengan pintu masuk. Apabila sampai ke stesen Chan Sow Lin, dia akan masuk daripada pintu berhadapan dan juga seperti aku dia akan berdiri berhampiran pintu masuk. Sudah hampir 2 minggu aku melakukan rutin yang sama setiap hari, tapi hampa sebab dia tak pernah perasan tentang aku. Hari ini dia memakai baju kurung biru, dan seperti biasa dia akan sandarkan diri pada dinding gerabak dan membaca buku sambil menanti saat tiba ke destinasi. Aku lihat buku yang dipegangnya, Where the Sidewalks End, dan aku punya pending lama gila sambil memikir-mikir buku apakah yang dibaca gadis misteri di hadapan aku ini.

Tapi aku pintar, ya pintar sebab aku ada teknologi yang sentiasa ada bersama aku. Aku keluarkan Blackberry dari poket seluar, inilah masanya untuk telefon canggih digunakan. Taip dan hasil carian Google dimulakan dan tak sampai 2 minit terpampang di skrin BB aku maklumat tentang buku yang dipegangnya. Buku itu adalah koleksi poems kanak-kanak yang ditulis oleh Shel Silverstein. Maknanya gadis baju kurung biru ni sukakan poems dan mesti ada jiwang-jiwang punya. Romantik dan pandai berkata-kata. Aku rasa aku ada ciri-ciri itu. Senyum. Kali ni aku mesti berusaha dapatkan nama dan nombor telefon dia.

Aku lihat jam tangan, menunjukkan jam 7:50 pagi bermakna aku hanya ada 20 minit lagi untuk mencuba. Quitters never win and winners never quit! Aku cuba mencari peluang untuk mendekati si gadis. Dan apabila tiba di stesen Hang Tuah orang ramai mula berpusu-pusu masuk, aku perlu turun di stesen Sultan Ismail dan ini bermakna masih ada beberapa stesen yang perlu dilalui. Aku berpura-pura memberi ruang pada penumpang lain untuk masuk dan bergerak ke hadapan mendekati si gadis berbaju kurung biru. Dia masih lagi khusyuk membaca tanpa mempedulikan sekelilingnya. Dan seraya aku berjalan mendekatinya aku melihat kembali buku yang sedang dipegang erat, cuba memikir apa yang patut aku utarakan seperti "Hai, awak baca buku Shel Silverstein? Saya pernah baca juga buku dia The Light in the Attic, it is about children's poem right?". Kita kena gunakan cara dan ayat yang betul untuk menarik perhatian dia. Itu yang aku baca dari blog En. K.

Dengan gaya, mutu dan keunggulan aku mendekati si gadis berbaju kurung biru sebelum aku ternampak sesuatu yang bersinar dipanah cahaya matahari yang memasuki melalui cermin gerabak. Jari manis tangan kanan gadis berbaju kurung biru tersarung sesuatu yang sinar bekilau. Emas. Langkah tadi terus mati dan diriku mula diasak para penumpang yang bergegas ingin turun pula. Di dalam kekalutan itu Blackberry yang dipegang kemas di genggaman terjatuh dan menarik perhatian semua mata memandang aku termasuk dia. Dia mengangkat muka memandang aku tatkala aku juga sedang memandang ke arahnya. Dia tersenyum melihat ke arahku. Aku senyum kelat, dan apabila pintu train terbuka di stesen Puduraya aku bergegas melangkah keluar. Memang terfaktab aku rasa. Dan aku dapat lihat raut wajahnya yang penuh tanda tanya melihat senyuman pura-pura aku. Ya, aku tak pandai berbohong dengan body language sendiri.

Aku menapak ke arah hentian Puduraya yang telah menelan belanja RM40 juta duit cukai rakyat dan seiring dengan itu harga tiket-tiket bas juga melambung naik dengan alasan yang pelbagai. Kalau harga naik kemalangan bas dapat dielakkan tak apa juga. Aku menuju ke kaunter Konsortium Bas Express, "Kak, tiket ke Pulau Pinang paling awal satu."

*****

Dan akhirnya di sini aku. Berjalan menyusuri pantai, menanti ketibaan matahari terbenam dengan Mell yang tersangkut di bahu. Sengaja aku berjalan di gigi air supaya ombak yang datang akan membawa pergi duka lara hati ini bersama. Tapi ianya akan terus berulang dan berulang kembali, memori seminggu lepas datang dan pergi. Blackberry aku telah kehabisan bateri, Mell juga hampir-hampir mati kerana aku datang dengan buku nota kelas dan sweater di dalam beg. Dan duit yang ada pada aku cukup untuk aku beli tiket ke Penang dan sarapan pagi tadi. Semua kerana tindakan terburu-buru aku kononnya nak membawa diri membasuh luka di hati. Waklu!

Sekarang macam mana aku nak balik KL?

Thursday, 3 November 2011

Song # Adele : Don't You Remember

Break up is super hurt. I knew that feeling.

 Adele - Don't You Remember. 

"Don't you remember? The reason you loved me before, baby please remember me once more."

Wednesday, 2 November 2011

Song # Adele : Someone Like You

Adele - Someone Like You


I heard that you settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,"
Yeah.

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead." 

Kadang-kala kita sukar melupakan, juga sukar melepaskan. 

Perpisahan itu umpama kubur yang bernisan, walaupun sejauh mana melangkah pergi pasti akan kembali pulang untuk dilawati. Kenangan adalah harta paling berharga buat manusia. Namun cinta itu tak selalunya indah, jadi bertahanlah. Walaupun kenangan itu menarik diri untuk pulang ke masa silam tapi kuatkan hati melangkah ke masa depan. Kerna ada sebabnya kenapa kita ditemukan dengan orang yang salah dahulu. Hidup ini umpama pementasan opera, skrip telah tersedia dan hanya perlu dilakonkan namun ada masa kita perlu mengubah gaya lakonan juga skrip untuk menjayakan pementasan itu.

p/s: Kenangan itu sebahagian daripada hidup, jangan lupakan tapi jadikan pengajaran. You can't run from your past but you can always create your future.

Life # Cinta Itu Boleh Menyakitkan?

Kadang-kala cinta itu boleh menyakitkan.

Panggilan telefon pada jam 3 pagi itu mengejutkan aku dari lena yang masih belum sempat bermimpi. Aku paksa mata supaya celik, dan dalam keadaan separuh sedar itu aku angkat telefon yang sentiasa menemani sisi aku. Panggilan daripada Ann, nombor #13. Katanya kereta dia breakdown dekat highway menghala ke Kuala Lumpur dan dia meminta pertolongan aku. Aku terpisat-pisat memaksa diri untuk bangun. Kerana memikirkan tentang keselamatan seorang kawan kot yang pernah menjadi seseorang yang penting dalam hati.

Aku terfikir, di antara ramai-ramai kawan-kawan dia mengapa aku yang di hubungi? Teman rapat pernah mengatakan pada aku bahawa dia masih lagi sukakan aku, setia menunggu aku tapi aku katakan bahawa cinta itu tak boleh dipaksa, tak boleh memaksa. Aku tahu dia masih cintakan aku. Kalau benar apa yang aku rasa dulu adalah cinta, well cinta monyet dan puppy love pun digelar cinta juga kan?

Aku basuh muka. Capai kotak rokok dan kunci kereta sebelum bergegas keluar dengan tergesa-gesa sehingga mengejutkan teman serumah. Mil terjaga mungkin kerana bunyi bising dan bertanya pada aku.

Mil: "Kau nak pergi mana Jimmy malam-malam ni?" 
Aku: "Aku nak pergi Highway Plus menghala ke Kuala Lumpur, kereta nombor #13 breakdown and dia
         minta tolong aku."
Mil: "Jauhnya kau nak pergi? Esok kau nak ponteng kelas ke?"
Aku: "Tak jauh lah, dari Rawang ke sana kan dalam 20 minit sampailah. Aku gerak dululah dah lambat ni."

Aku terus blah sebab dah lambat, aku pandang jam menunjukkan pukul 3:15 pagi. Aku keluar pintu rumah sambil pandang ke luar. Lama sebelum aku tepuk dahi dan dengar suara Mil ketawa dari dalam rumah.

Sial. Aku keluarkan Blackberry putih dan taip pesanan ringkas buat Ann.

"I'm so sorry Ann, I lupa yang dekat rumah sewa I dekat Penang."

Cinta itu kadang-kadang menyakitkan bukan?

Tuesday, 1 November 2011

Pictureless Wednesday # Wake Up Meleis!

Hari ini hari Rabu, 2 haribulan 11 tahun 2011. Jadi tak boleh tulis apa-apa di blog, cuma kena post gambar sahaja.

Tapi hari ini aku malas post gambar. Sebab aku mencari-cari gambar manusia yang dalam shopping mall pun kena pakai shade TERUTAMANYA "Oakley Cap Uptown dan Ray Ban Cap Downtown" tapi aku sumpah pengakap tak sampai hati nak post gambar mereka di sini. Dalam shopping mall yang siap dengan penghawa dingin dan lampu sana sini yang dibayar bil bulanan cecah ribu-ribu pun kau nak pakai shade. Ada matahari buatan atau mata kau jadi macam cyclop X-Men ada laser.

Sumpah tak kelakar, tapi bodoh. Wake up Meleis!


p/s: Orang yang ada Oakley dan Ray Ban ORIGINAL pun tahu simpan dalam special case bila masuk dalam shopping mall yang bergemerlapan dan sejuk.

notakaki: Jangan perbodohkan diri sendiri kalau tak nak kaki.

Monday, 31 October 2011

Life # Bersama Atau Tidak?


Awak,
Kalau bersama itu mengundang tangis luka,
Kalau bersama itu mengheret senyum duka,
Kalau bersama itu mengongkong kebebasan bersuara,
Kalau bersama itu menambah pahit derita.




Awak,
Jika bersama itu membuat diri kembali ketawa,
Jika bersama itu tak disaluti janji dusta,
Jika bersama itu menjadi arca bahagia,
Jika bersama itu ertinya kau hargai cinta.

Maka awak,

Jangan bersama andai tahu disurat kecewa,
Tapi bersamalah jika tahu mana cahaya.

Friday, 28 October 2011

Life # Wahai Hati

Hai hati yang pernah hancur remuk.

Kau sedang membaiki diri sendiri,
Kau kutip serpihandiri,
Berselerakan terbuang di dunia keji,
Namun kau masih setia, kembali lagi.

Mungkin hancurnya kau dahulu tak sehebat kali ini,
Kau kecewa bukan wahai hati?
Kau terlalu rindukan sesuatu isi di dalam diri,
Kau mahukan kembali rasa yang dipanggil cinta.
Tapi tahukah kau yang dirimu akan terhiris luka?

Wahai hati,
Kuatlah kau di dalam diri aku,
Temani degupan jantung yang berdegup selalu,
Aku perlukan kau di sisiku.

Tuesday, 25 October 2011

Quotes # Kenangan

Kenangan itu umpama simpanan memori lama yang kau diamkan di sudut-sudut penjuru dan kau biarkan berhabuk. Sumpah terfaktab!

Life # Konfius.

25 Oktober. Aku lihat berulang kali tarikh yang tertera. Sudah sebulan sejak tarikh 25 September itu, hari yang aku titik noktahkan segala kata di dalam hati ini. Aku penat menunggu satu penutup, dan sungguh aku tak sangka pada hari itu kau hadapkan penutup itu tepat di hati ini.

Manusia. Kita makhluk yang tamak tahu? Seperti kata Johny Depp, "If you love two people at the same time, choose the second one. Because if you really loved the first one, you wouldn't have fallen to for the second." Tapi mampukah kita menolak, menipu kata hati? Hanya kau yang punyai jawapan itu. 


Ini entri pendek, noktah.

Monday, 24 October 2011

Marco Simoncelli and Fans Yang Lalang.

I'm never be a big fan of motor GP, that's the truth. But when it comes to death, I send you my condolences.Marco Simoncelli was an Italian Grand Prix motorcycle road racer, born on 20 January 1987 and yesterday on 23th October 2011 he was involved in an accident with Colin Edwards and Valentino Rossi during the 2011 Malaysian GP at Sepang Circuit. His death was confirmed at 16:56 local time. This was the 2nd incident happened in Motor GP. In 2003 at Japan MotorGP Dajiro Kato who crashed and hit the Casio Triangle chicane of the circuit at around 125mph (200km/h) and died 2 weeks after coma because of serious injury.

Life is sacred; you shouldn't die at age 24 just for a race. - ANSA



Juga cerita semalam. Aku tahu ramai yang troll Manchester United setelah ditewaskan oleh Manchester City di Old Trafford 6-1. Sebagai peminat The Red Devils, aku mengaku memang troll-troll di Facebook dan Twitter semuanya boleh buat tak cakap sebulan. Hahaha. Tapi sebagai penyokong yang cool dan tak mudah naik angin aku chill sahaja. We're still on the 2nd place and 19 times winner. Tapi yang membuatkan aku cukup panas hati semalam adalah fans yang tiba-tiba lompat parti. Dari awal game menjerit-jerit "Manchester United", "Glory-glory Manchester" tapi bila 2nd half terus sokong City. And I was like WTF?! Tapi aku tetap chill, itu pilihan masing-masing yang tak ada pendirian. I may not be the real die hard fans of Manchester yet, but in this heart, this remaining years, I'll always shout ;

GLORY-GLORY MANCHESTER UNITED!



Friday, 21 October 2011

Life #

Kekurangan masa untuk memuat naik entri baru, kekurangan idea juga. Jadi sepanjang hari sepanjang minggu ini hanya blogwalking. Dan semasa melayari blog serius Obefiend aku jumpa something yang agak keras maknanya tapi punyai maksud yang mendalam.


Terfaktab right?

Wednesday, 12 October 2011

Life # Mengapa Kita Gagal Melupakan?

Adat dalam kehidupan, kubur juga bernisan. Dan kubur juga dilawati. Kesan tinggalan perpisahan dilawati kembali. - Lord Zara


 | Di akhir pertemuan, kita dipisahkan dengan arah yang berbeza. |


Di setiap pertemuan itu pastinya akan ada perpisahan. Setiap kali kita menghadapi perpisahan dalam hati akan berkata, "Aku sudah tidak akan menoleh lagi, aku mahu mulakan hidup baru selepas ini." Tapi umpama kubur yang bernisan, akan dilawati juga akhirnya walaupun selepas beberapa ketika. Tempat-tempat yang pernah dikunjungi bersama-sama, setiap cerita memori-memori yang tercipta akan diulang tayang kembali satu-persatu. Kenapa? Kerana kita adalah manusia, dan memori adalah hak milik kekal buat selamanya.

Tuesday, 11 October 2011

Wordless Wednesday # Crow

D3000 Tamron 70-300mm f/4-5.6

Trying to survive everyday make them always look towards the future.

Life # Menunggu dalam Memori

Jangan pernah tanya aku kenapa,  sebab aku sendiri pun tidak tahu.

Aku kembali lagi ke sini, masih lagi duduk di kerusi yang sama, kedudukan yang sama seperti dulu. Memang ini tempat duduk kegemaranku jika datang ke sini. Aku pandang sekitar, kedai ini masih tidak banyak yang berubah nampaknya, cuma ada beberapa perubahan, kuantiti dan kualiti makanan yang semakin teruk dan harga yang semakin mahal. Dasar Melayu, cuma mahukan keuntungan tapi kepuasan pelanggan tak pernah dipedulikan.

Tapi cuma disini banyak kenangan yang terakam antara kami. Dan hanya di sini yang mengingatkan aku kepadanya, terasa seolah-olah saat itu masih baru terjadi semalam. Aku letakkan sebatang winston light di bibir, perlahan-lahan aku nyalakan. Seorang pelayan berbaju hitam datang menghulurkan menu namun aku segera tolak sambil tersenyum.

"Apple Asam Boi Ais dengan satu set Fries."

Dia pandang aku sambil tersenyum dan mencatit pesanan sebelum berlalu ke kaunter. Aku lihat pada skrin Blackberry, jam 9 malam. Aku buka peti pesanan ringkas sambil mencari nama si penghantar. Aku buka dan baca sekali lagi pesanan yang dihantar, mengelakkan dari tersilap maklumat.

"Meet you at the usual around 9pm."

Around 9pm, shit. Even 9.59pm is also around 9pm. Biarlah, baik aku tunggu sahaja. Aku pandang sekeliling, ada beberapa buah meja dipenuhi dengan keluarga, ayah ibu dan anak-anak mereka. Si ibu sibuk melayani kerenah anak-anak kecil, si ayah sibuk juga dengan makanan. Mengurus anak-anak itukan kerja wanita. Sangat klise. Masih ada beberapa meja yang kosong.

Aku rindukan suasana aku disini sambil ditemani dia. Ketawanya, senyumannya, dan ada kala sesuatu perbincangan itu berakhir dengan pertelagahan. Sukar aku hendak fahami apa yang dimahukan. Senyum. Memutar kembali memori takkan dapat kembalikan apa-apa. Itu cuma kenangan. 

Aku lihat jam, 9.15pm. Aku masih ada 44 minit untuk menunggu.

Monday, 10 October 2011

Di Suatu Petang # If I Was Given A Second Chance

"If you're given a second chance to change your past, what will you choose to change?"

Aku renung lama pesanan ringkas di Balckberry putih, aku ulang baca untuk kali yang keberapa kali entah. Aku perhatikan sekitar. Petang yang sangat meriah dengan kanak-kanak bermain ceria ditemani ibubapa masing-masing. Ada yang menangis minta dibelikan ais-krim. Senyum terukir saat ais-krim tadi bertukar tangan. We start lying since we're 4. That's a fact. And worse nowadays a 3 years old kid can get an iPad just to play angry birds, parents love can never be measure I think.

D3000 dengan Tamron 70-300mm f/4-5.6 kemas di genggaman. Aku larikan perlahan sambil mata melihat melalui viewfinder. Klik klik klik! Pantas punat shutter ditekan bagi merakamkan realiti dunia ke dalam bentuk digital. Sebatang winston light dinyalakan. Sedut perlahan tatkala menikmati panorama di taman permainan ini. Sudah terlalu lama aku tak ke sini, seingat aku beberapa bulan yang lepas adalah kali terakhir aku ke sini. Itupun kerana menemani Nurul yang bersungguh-sungguh mengajak aku ke mari dengan alasan banyak ragam manusia yang boleh aku rakamkan.

Aku bangun dan duduk di buaian yang paling hujung. Dengan Mell yang tergantung kemas di leher, aku mula mengayun diri ke hadapan perlahan-lahan. Sengaja aku ayunkan buaian ini perlahan, sambil menikmati sapaan angin yang lalu. Dan sengaja aku pilih buaian yang paling hujung ini, tempat yang Nurul pernah duduk dulu. Mata dipejamkan perlahan.

Aku lihat Nurul sedang duduk di buaian paling hujung, mengayun dirinya perlahan-lahan sambil menutup mata. Gembira sungguh dia nampaknya. Tersenyum sambil menutup mata, menikmati tiupan angin yang lalu saat diri terbuai. Mell aku angkat dan butang shutter ditekan pantas. Aku senyum. Dia tidak pernah berubah sejak dari dulu. Langit semakin merah, aku bangun mendekatinya dan bertanya.
"Kenapa awak ayun perlahan sangat? Tak seronoklah macam tu."

"Sebab kalau laju-laju tak dapat nak rasa angin bercakap dengan kita."

"Angin bercakap? Merepeklah. Angin mana boleh bercakap." 

"Boleh, awak cubalah. Nah." Seraya turun dari buaian sambil mengarahkan aku naik.

Aku ayunkan perlahan seperti apa yang dia lakukan, sambil menutup mata. Lama. Aku cuba fokus pada bunyi desiran yang menyapa pendengaranku. Diam dan fokus. Tiba-tiba aku terdengar suara Nurul berbisik perlahan di telingaku.

"Nurul suka Jimmy."

Aku buka mata sambil tersenyum. Aku lihat sekitar, tiada Nurul. Yang tinggal hanya aku dan Mell di atas riba bersama langit yang semakin merah. Kanak-kanak yang tadi sibuk bermain juga telah tiada. Cuma aku yang masih duduk di buaian yang paling hujung, cuba mendengar lagi angin bercakap. Aku bangun, sebatang lagi winston light dinyalakan sambil berjalan menuju kereta, ditemani langit yang semakin gelap ditelan malam.

Kalau aku diberi peluang kedua dalam hidup, aku cuma mahu kembali ke saat itu sekali lagi.

Friday, 7 October 2011

Sedetik Kenangan # L

If I die young, bury me in satin
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song.

Bait-bait lagu The Band Perry itu bermain-main di minda seiring dengan tangisan dan sedu-sedan di sekitar memorial itu. Aku pandang sekeliling, banyak wajah yang aku kenali namun lebih banyak yang tidak. Rata-rata hadirin yang datang untuk menyampaikan takziah yang terakhir. Yang paling akhir sebelum wajah itu hilang ditelan bumi, disimpan rapi di sebuah tempat yang dipanggil pusara.

Aku sampai lewat, hampir jam 10 malam. Semua yang hadir kebanyakannya memakai pakaian berwarna hitam. Dan aku juga, memakai kemeja hitam yang tersangkut di dalam almari, baju kerja aku sebenarnya tapi disebabkan aku tiada baju hitam yang lain, aku sarungkan sahaja. Aku teringat kembali perbualan singkat di telefon saat aku baru tiba di rumah jam 8 malam tadi.

"Hello Jimmy, its me N, L is gone."

"What? (Dalam pemikiran aku ingin bertanya pergi mana, tapi minda pantas menahan) When?

"Yesterday afternoon, his memorial is tonight at X. Will you come?"

Aku tak perlukan masa 5 minit untuk befikir. "Yes, I'm coming. See you at Ampang, I'll let others know."

Aku lihat muka-muka yang hadir. Aku gagal kenali raut wajah masing-masing, kecuali beberapa wajah yang tak berubah sangat. Aku berjalan perlahan mendekati mereka. N pandang aku. Ya dia sedang menahan sebak, aku nampak dari matanya yang merah berkaca itu. N yang paling rapat dengan L. Dari zaman sekolah hingga sekarang. Ya sekarang, walaupun L dah tiada tapi aku tahu yang mati itu tidak pernah memisahkan apa-apa, cuma memisahkan roh dari jasad. Suatu persahabatan takkan padam.

Aku pandang N, tepuk perlahan bahunya tanda kami ada dengannya. Dia diam.

"He's inside, pergilah tengok dia." N menunjukkan pada sebuah pintu di hujung. Tertera satu papan notis dengan nama L di atasnya.

"The Memorial of L (1989-2011)"

Aku pandang seraya berjalan memasuki pintu putih itu. Di dalamnya terdapat gambar L di atas bingkai kayu, sedang tersenyum. Wajah yang tak pernah berubah sejak dari perkenalanku dengannya 12 tahun lampau. Dan semasa aku berjumpa kembali N dan L tahun lepas, masih wajah yang sama. Wajah yang selalu tersenyum. Aku pandang wajah itu dan senyum kembali. Pastinya kau tak mahu aku dan yang lain sedih bukan L?

Aku gagahkan kaki berjalan mendekati keranda putih itu. Masih tersenyum walaupun aku rasa semakin hilang senyuman itu waktu aku makin mendekatinya. Aku lihat ke dalam tempat persemadiannya, tempat terakhir yang aku boleh lihat L. Wajah putih itu kelihatan tenang. Seolah-olah sedang tidur dengan nyenyak. Aku bergerak ke belakang memberi laluan untuk yang lain melihatnya. Masing-masing menahan sebak. Aku berlalu keluar dari pintu putih tadi.

Aku keluar menuju ke luar kawasan berhawa-dingin. Aku perlukan teman setia aku. Kotak winston light biru putih itu aku keluarkan, aku ambil sebatang dan diletakkan di bibir. Menunggu beberapa ketika, kemudian aku nyalakan. Aku tarik perlahan membiarkan seluruh rongga mulut dipenuhi asap, dan aku hembus perlahan. Aku pandang langit yang gelap, segelap dan semuram suasana malam ini.

L, mungkin kau dah tak ada. Tapi bagi aku sebuah persahabatan yang kita pernah ada dulu takkan pernah hilang. Seperti kata-kata Henry Miller - "Every man has his own destiny: the only imperative is to follow it, to accept it, no matter where it leads him." Dan aku percaya kau dah menemui destiny kau.

Aku habiskan rokok dengan perlahan-lahan, kalau boleh aku tak mahu masa berjalan.

"So long and good night L, we'll always be missing you."


Aku buka mata perlahan. Kenangan beberapa bulan lepas dengan perlahan-lahan pudar dari minda.  Kesesakan lalu-lintas menuju Shah Alam ini memang teruk. Lagu If I Die Young tadi sudah tamat dan bertukar dengan lagu nyanyian Daughtry- What About Now. Aku lihat jam, pukul 3:45 minit petang.

Aku capai kotak rokok di dashboard, sebatang Winston Light dinyalakan.

Thursday, 6 October 2011

RIP # Steve Jobs


Well you had left us with so many i. Ideology and Idea. Well, iPhone iPod iPad and iPaid.

Wednesday, 5 October 2011

Wordless Wednesday # Kau ni tak ikut Theme-lah!

Woi! Hari ni Wordless Wednesday-lah. Kenapa kau tulis blog panjang-panjang ni?! Kau ni tak ikut theme-lah!

Its my blog, that's why.

Dan aku menulis blog kerana aku suka menulis, bukan sebab nak ikut trend or theme.

Panggilan Telefon Jam 9:46 AM.

Pagi itu hujan turun renyai-renyai. Awan gelap di langit yang semakin kelabu, tiada lagi biru putih seperti selalu, dan selang-seli kilat pancar-memancar pantas, membelah langit. Bunyi guruh itu umpama kemarahan Tuhan terhadap dosa-dosa manusia di muka bumi ini. Aku buka mata perlahan, capai Blackberry putih di tepi katil dan lihat pada skrin, jam 9:46 minit pagi. Ah, masih awal lagi. Kepala masih terasa berat angkaran pulang ke rumah jam 5:30 pagi semalam. Baru saja aku ingin kembali melelapkan mata tiba-tiba lagu "Hey John Whats Your Name Again" mula berkumandang membingitkan ruang kecil milik aku. Tanpa melihat punat hijau aku tekan.

Aku: Hello.
Pemanggil: Hello Jimmy, ni Nurul. 
Aku: Nurul? (Sambil minda memutar semua gadis bernama Nurul yang aku kenali).
Nurul: Nurul-lah, we met 2 weeks ago at KLCC, did you forgot about me? *merajuk
Aku: Oh, Nurul. Sorry I didn't recognize your voice. 
Nurul: It's okay, ni Nurul nak tanya about the reunion last week, why you didn't come? And you didn't even reply my message. *merajuk lagi.
Aku: Really? (Damn, aku sumpah pengakap aku lupa). Err, actually I'm kinda busy all this time.
Nurul: Yeke? Ramai juga yang datang. Nurul ingatkan you pergi at least ada juga teman. 
Aku: Takkan tak ada kawan-kawan lama dulu? How was the reunion?
Nurul: Biasa sahaja, Nurul pun balik awal. Ada juga jumpa Jack, Julia, Cha dengan Mimi. I told them that I met you and they asked me why you didn't come. Haha.
Aku: Oh, (serius aku tak kenal nama-nama yang dia sebut) maaflah, I betul-betul lupa pasal reunion tu. 
Nurul: It's okay. I got to go, just call you to ask you that. Later okay?
Aku: Okay, thanks for calling. Bye.
Nurul: Bye.

Aku lihat kembali Blackberry yang tadi mengeluarkan suara si gadis comel. Senyum. Tarik selimut dan sambung tidur. Mengantuk gara-gara chilling semalam.

Tuesday, 4 October 2011

Life # Uya Distro on 1st October 2011

Berhabuk! Hampir seminggu blog tak tertulis. Ketagihan untuk menarikan jemari di papan kekunci semakin teruk, lebih teruk dari penagih yang gagal mendapatkan bekalan kokain. Okay enough with the introduction.

Sebenarnya nak story sedikit tentang pengalaman aku di @UyaDistro sabtu lepas, 1hb Oktober 2011. Ada beberapa kepingan gambar yang ditangkap tapi kerana speedlite tak nak bekerjasama dengan kamera jadi gambar jadi macam harm jadah. Skip that part. So aku sampai around 5pm dan Uya Distro dah mula sesak dengan para pengunjung yang melebihi 1500 orang (okay aku tipu). Jadi naik ke atas aku nampak beberapa muka-muka yang amatlah familiar. Nak tahu siapa sila ke blog Terfaktab.

Jadi aku ke ruangan buku, Awek Chuck Taylor, Kasino dan Pecah dah beli. So aku ke bahagian buku-buku Fixi lagi, aku ambil Cekik, Kougar dan Jerat. Shit bajet tak mencukupi jadi aku terpaksa lepaskan Kougar dan ambil Kitab Terfaktab. Jangan risau ya Kougar, end of this month I'll make sure you'll be mine. *ketawa jahat.

Konklusi yang aku boleh berikan pada event pelancaran di Uya Distro Sabtu lepas, it was fun. Selain boleh browse buku-buku dan zine yang indie hasil penulisan para-para penulis hebat, ada juga banyak koleksi pakaian yang boleh dipilih, pin-pin yang comel dan kawai, juga tempahan untuk alteration jeans disediakan, boleh juga melepak di ruangan buku sambil membaca koleksi-koleksi buku yang dijual, tempat yang relaxing. Dan jika kau tanya pendapat aku tentang Uya : Come and feel it yourself. No words can describe it.

Thursday, 29 September 2011

Life # Abortion

I read this @Facebook yesterday.

They deserved to live just like we do. 
*tak sanggup tengok gambar bayi-bayi comel yang digugurkan jadi letak gambar ni, cute isn't he?*
 
Abortion

Hi, Mommy. I’m your baby. You don’t know me yet, I’m only a few
weeks old. You’re going to find out about me soon, though, I promise.
Let me tell you some things about me. My name is John, and I’ve got
beautiful brown eyes and black hair. Well, I don’t have it yet, but I
will when I’m born. I’m going to be your only child, and you’ll call me
your one and only. I’m going to grow up without a daddy mostly, but we
have each other. We’ll help each other, and love each other. I want to
be a doctor when I grow up.

You found out about me today, Mommy! You were so excited, you couldn’t
wait to tell everyone. All you could do all day was smile, and life was
perfect. You have a beautiful smile, Mommy. It will be the first face I
will see in my life, and it will be the best thing I see in my life. I
know it already.

Today was the day you told Daddy. You were so excited to tell him about
me! …He wasn’t happy, Mommy. He kind of got angry. I don’t think that
you noticed, but he did. He started to talk about something called
wedlock, and money, and bills, and stuff I don’t think I understand
yet. You were still happy, though, so it was okay. Then he did
something scary, Mommy. He hit you. I could feel you fall backward, and
your hands flying up to protect me. I was okay… but I was very sad
for you. You were crying then, Mommy. That’s a sound I don’t like. It
doesn’t make me feel good. It made me cry, too. He said sorry after,
and he hugged you again. You forgave him, Mommy, but I’m not sure if I
do. It wasn’t right. You say he loves you… why would he hurt you? I
don’t like it, Mommy.

Finally, you can see me! Your stomach is a little bit bigger, and
you’re so proud of me! You went out with your mommy to buy new clothes,
and you were so so so happy. You sing to me, too. You have the most
beautiful voice in the whole wide world. When you sing is when I’m
happiest. And you talk to me, and I feel safe. So safe. You just wait
and see, Mommy. When I am born I will be perfect just for you. I will
make you proud, and I will love you with all of my heart.

I can move my hands and feet now, Mommy. I do it because you put your
hands on your belly to feel me, and I giggle. You giggle, too. I love
you, Mommy.

Daddy came to see you today, Mommy. I got really scared. He was acting
funny and he wasn’t talking right. He said he didn’t want you. I don’t
know why, but that’s what he said. And he hit you again. I got angry,
Mommy. When I grow up I promise I won’t let you get hurt! I promise to
protect you. Daddy is bad. I don’t care if you think that he is a good
person, I think he’s bad. But he hit you, and he said he didn’t want
us. He doesn’t like me. Why doesn’t he like me, Mommy?

You didn’t talk to me tonight, Mommy. Is everything okay?

It’s been three days since you saw Daddy. You haven’t talked to me or
touched me or anything since that. Don’t you still love me, Mommy? I
still love you. I think you feel sad. The only time I feel you is when
you sleep. You sleep funny, kind of curled up on your side. And you hug
me with your arms, and I feel safe and warm again. Why don’t you do
that when you’re awake, any more?

I’m 21 weeks old today, Mommy. Aren’t you proud of me? We’re going
somewhere today, and it’s somewhere new. I’m excited. It looks like a
hospital, too. I want to be a doctor when I grow up, Mommy. Did I tell
you that? I hope you’re as excited as I am. I can’t wait.

Mommy, I’m getting scared. Your heart is still beating, but I don’t
know what you are thinking. The doctor is talking to you. I think
something’s going to happen soon. I’m really, really, really scared,
Mommy. Please tell me you love me. Then I will feel safe again. I love
you!

Mommy, what are they doing to me!? It hurts! Please make them stop! It
feels bad! Please, Mommy, please please help me! Make them stop!

Don’t worry Mommy, I’m safe. I’m in heaven with the angels now. They
told me what you did, and they said it’s called an abortion.

Why, Mommy? Why did you do it? Don’t you love me any more? Why did you
get rid of me? I’m really, really, really sorry if I did something
wrong, Mommy. I love you, Mommy! I love you with all of my heart. Why
don’t you love me? What did I do to deserve what they did to me? I want
to live, Mommy! Please! It really, really hurts to see you not care
about me, and not talk to me. Didn’t I love you enough? Please say
you’ll keep me, Mommy! I want to live smile and watch the clouds and
see your face and grow up and be a doctor. I don’t want to be here, I
want you to love me again! I’m really really really sorry if I did
something wrong. I love you!

I love you, Mommy.
 
Every abortion is just…
One more heart that was stopped.
Two more eyes that will never see.
Two more hands that will never touch.
Two more legs that will never run.
One more mouth that will never speak.

Wednesday, 28 September 2011

Wordless Wednesday # Fakta Tentang Hidup.

Fakta tentang realiti kehidupan.

Dipetik dari blog Obefiend. Sedikit fakta tentang blog Obefiend, serius beb!

Friday, 23 September 2011

Class Reunion?

Dalam bilik kecil itu, ada sebuah komputer usang yang entah sudah berapa tahun menemani ruang bilik itu. Sebuah katil bujang tempat melampiaskan nafsu-nafsu tidur, dan di dalam bilik kecil itulah selama ini aku hidup. Perlahan kerusi ditarik, komputer dihidupkan dan papan kekunci ditekan sebanyak 8 kali untuk memasukkan kata laluan rahsia. Punggung dihenyak ke atas kerusi kayu, kerusi tanpa roda yang membuatkan aku tak boleh berpusing-pusing semasa berhadapan dengan komputer, focus rasanya. Aku pandang pada rak kayu yang tergantung di dinding.

Perlahan Mell aku keluarkan dari beg yang akan sentiasa aku galas ke mana sahaja aku keluar, tak kira bersuka ria, berjalan-jalan mahupun semasa diri dilanda gelisah. Mell sentiasa akan temani aku. Kabel dicucuk dan aplikasi yang terpapar di skrin monitor aku lihat lama, berfikir dan meneruskan langkah seterusnya. Segala data-data gambar yang telah ditangkap kini sedang beralih daripada Mell ke komputer usang milik aku. TING! Bunyi yang menandakan telah tamat segala urusan antara Mell dan komputer usang aku. Aku gerakkan tetikus dan melihat hasil-hasil gambar semasa aku ke KLCC semalam.

Satu persatu gambar aku lihat, memikirkan di dalam minda gambar-gambar yang mana perlu diedit dan yang mana harus disimpan sahaja. Ada gambar si kecil yang sedang diawasi abangnya agar tidak menghampiri kolam di KLCC itu, ketawa aku dengan ekspressi wajah si kecil dengan mata bulatnya ditambah pula dengan pipi yang tembam. Ketawa. Aku tekan lagi papan kekunci untuk melihat gambar-gambar seterusnya dan aku terhenti pada suatu gambar seorang gadis berbaju putih dengan cardigan hitam, skirt putih.

"Nurul."

Dengan pantas aku mencapai telefon putih di atas meja, melihat lama pada nombor telefon Nurul yang aku ambil semalam. Hati mula bergolak untuk menghubungi dia, "Nak call ke message?" , "Kalau call nak cakap apa?" , "Nak message macam mana?". Damn. Aku lihat lagi telefon, dan berkata pada hati menggunakan segala Law of Attraction yang ada dalam diri, semua kuasa positif yang masih berbaik pada jam 9.34 malam ini. "Aku harap dia hubungi aku. Aku harap dia call aku. Kalau tak message pun okay. Aku nak Nurul contact aku." Pandang lagi skrin telefon. Esoklah, dah malam ni. Telefon putih itu aku letakkan kembali di atas meja, kembali menyambung kerja memilih gambar-gambar untuk diedit. Jam menunjukkan nombor 9.54 minit malam sebelum handphone putih itu berbunyi.


You call me a stranger,
You say I'm a danger,
But all these thoughts are leaving you tonight,
I'm broke and abandoned,
You are an angel,
Making all my dreams come true tonight.


Lampu merah pada telefon putih itu berkelip seiring dengan lagu yang berbunyi. Pantas aku capai telefon, "1 new message". Aku klik pada "Open" dan mula membaca.

"Hi Jimmy, its me Nurul. Just wanna ask you, will you come to our class reunion this Saturday?"

Eh, Nurul message aku? Never thought that my Law of Attraction will works this fast, hahaha. But wait, err, class reunion? This Saturday?

Thursday, 22 September 2011

Cinta itu bukan matematik.

Cinta itu bukan matematik,
Tapi cinta itu ibarat kimia.
-credit to Terfaktab sebab aku jumpa dalam blog tu tapi lupa dari siapa.-

Cinta. Takkan boleh diukur dengan nombor, takkan pernah. Mungkin ada dalam hidup masing-masing kau akan jumpa balik kawan-kawan lama, sembang-sembang dan tanya tentang hidup masing-masing, dan soalan yang aku rasa wajib ada, "Kau dengan bf/gf kau yang dulu lagi ke?" And if yes akan disusuli dengan "Dah lama kan kau orang couple, bila nak kahwin?" Even kau ada bf/gf baru pasti akan ada soalan juga, iyalah sebab manusia ni kan penuh dengan persoalan.

"Kau dengan gf/bf kau tu dah berapa lama?"

Secara jujur aku pun kadang-kadang akan bertanya soalan yang sama, namun dalam fikiran aku tetap sama konsepnya. Tak kisahlah kau dah kahwin atau couple atau apa pun, nombor bukan pengukur sesuatu perhubungan. Nombor berapa tahun bersama bukan tiket mudah untuk memikirkan yang kau akan terus bersama. Itu nonsense. Ada orang yang dah couple 5 tahun but end up kahwin dengan orang lain, dengan bermacam-macam alasan. Ada yang sanggup tunggu pujaan hati bertahun-tahun, berusaha segala apa yang termampu tapi at the end it doesn't works. Dan ada juga yang dah berkahwin sampai beranak 4 tapi still end up with divorce. Okay that was the negative side.

Here's some positive stories. Ada yang berkahwin tanpa bercinta, jumpa pun hanya pada malam pertama tapi perhubungan itu kekal sampai anak 8 dan cucu 23 orang, cuma maut yang memisahkan. Pernah aku jumpa pasangan yang baru berjumpa atas pilihan keluarga, family baru nak kenalkan, duduk makan sekali dan bersembang selama 15 minit, 2 bulan kemudian terus kahwin. See, numbers doesn't matter in love, trust me. But if you can't even remembered your anniversary date, that was another story.

Habis tu bercinta sebelum kahwin takkan kekal lah?

Bukan. Ada saja pasangan yang bercinta sebelum kahwin dan kekal sampai sekarang. The best prove is my own parents. Mak dan ayah aku berjumpa masa masing-masing baru bekerja, bercinta dan keluar dating for a year, then get married. Kekal sampai sekarang, dah masuk 28 tahun mak dan ayah aku kahwin. Salah satu sebab utama aku nampak perkahwinan mak dan ayah aku menjadi ialah ayah aku seorang yang tak pandai nak tunjukkan kasih sayang dalam berkata-kata, tapi dia selalu ringan tulang dan tolong mak aku dalam buat kerja-kerja rumah and such. Perempuan suka lelaki yang baik dan ringan tulang, tapi bukan bermakna perempuan tu malas dan lelaki memang kena buat kerja rumah. Cuma kadang-kadang bila kita spend time bersama-sama, cinta tu akan lebih mekar. Hahaha, kelakar bila buat ayat macam ni, si Fahsha confirm nak muntah bila dia baca.

Macam mana pula cinta diiukur dengan Kimia? Kena buat projek sains bersama-sama ke?

Bila kau bercinta dan berkahwin, projek sains tu memang akan ada punya, don't worry. Apa yang dimaksudkan dengan cinta itu ibarat Kimia adalah dalam cinta ianya memerlukan chemistry. Ada orang yang suka bila pasangan ada banyak persamaan dengan diri sendiri. So that when they were doing something such as watching football, cooking or even playing music instrument their partner can join them together. Romantis bukan bila kau main gitar girlfriend kau menyanyi sama, bila kau memasak boyfriend tolong potong bawang, dan sama-sama jerit GOL! bila Manchester United belasah Arsenal 8-2. Banyak persamaan dan banyak pemahaman with each other.

Tapi ada juga yang selesa dengan kelainan pada pasangan. Just like me *smiling. Aku belajar tentang engineering, basic to robotic dan bekerja sebagai pegawai teknikal. And my girlfriend studying in Psychology and loves maxi skirt. See the differences? Tapi bila ada kelainan maknanya ada lebih banyak yang kita perlu faham tentang pasangan masing-masing, it is tougher but it was surely fun. Aku gila gadjet dan teknologi, handphone dan DSLR. Dia gilakan vanilla shake dan kasut. Aku suka pada fotografi, aku cintakan fotografi sepertimana aku cintakan Mell. Dan dia adalah subjek lensa aku. Dia suka membaca, dan itu membuatkan aku terikut membaca. And without her, I will never knew what is blog is. Kelainan itu bukan kekurangan, tapi kelebihan untuk kita explore lebih banyak benda yang mungkin selama ini kita tak tahu. Dan persamaan dan kelainan dalam perhubungan ini yang dinamakan chemistry. We fill each other. *Correct me if I'm wrong.

Jadi kalau kau bercinta bagai nak rak sekalipun sampai 9 tahun 9 bulan 9 hari 9 jam 9 minit tapi dalam masa tu kau tak boleh pun nak jumpa 1 chemistry dalam perhubungan, all those years that you've spend together was just fake. Ada sesetengah orang yang terlalu sayangkan nombor sedangkan bila dia korek dalam-dalam hati, cinta tu dah tak ada. Yang ada cuma "We loved each others for 9 month 9 day".

Mungkin pemahaman aku tentang cinta berlainan dari kau, tapi for sure there's love out there for every one of us, that for sure. Dan bagaimana cinta tu bermula dan berakhir terpulang kepada setiap individu. And here's one of my favorite quotes about love:


"Love is not about finding the right person, but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end." - Author: Unknown

Wednesday, 21 September 2011

Suatu pertemuan

Jam tangan di tangan kiri itu dilihat lagi, paparan digital menunjukkan nombor 4.37 minit petang. Kepala diangkat perlahan-lahan memandang ke atas langit yang mula kelihatan mendung. Aku duduk di tempat biasa, di hadapan kolam air pancut Kuala Lumpur Convention Center itu, di belakang ternampak Starbucks, Dome dan beberapa deretan coffehouse yang lain. Aku keluarkan kotak rokok dari poket kiri seluar jeans, diambil sebatang dan diletakkan di bibir sebelum dibakar dan perlahan-lahan asap putih itu ditarik memenuhi rongga mulut sebelum dihembus keluar.

Aku suka suasana begini, walaupun dunia ini bergerak pantas dengan isinya, manusia berjalan datang dan pergi menjalani kehidupan masing-masing namun aku tenang di sini. Duduk berseorangan ditemani Mell di sisi, melihat ragam manusia sambil tersenyum. Tatkala orang lain berkejar untuk mengejar jualan murah di dalam pusat-pusat membeli belah, walau pada hakikatnya tidaklah semurah yang disangka, aku selesa duduk di luar sini. Aku lihat Mell di sebelah, senyum.

Aku angkat Mell, silangkan tali pengikatnya pada tangan dan mula melihat menerusi viewfinder di badan kamera hitam itu. Aku sayangkan Mell, dia adalah kamera hitam aku yang pertama, dan sudah terlalu banyak cerita yang aku lihat menerusinya. Aku perhatikan dunia melalui lensa Mell, dialah mataku saat ini. Aku lihat ke kiri kanan mencari-cari sebuah cerita, moment. Beberapa kanak-kanak sedang bermain-main di hadapan kolam tatkala ibu dan ayah duduk bersantai di tepi tangga. Si abang yang ku anggarkan berusia 7 tahun sedang sibuk "mengawal" adiknya yang sedang bertatih mahu ke kolam. Ketawa si kecil bila si abang menghalangnya. Aku segera gerakkan focus lensa dari 18mm ke 55mm, focus yang paling jauh pada lensa asas ini, dan tanpa menunggu aku tekan butang shutter dan bunyi shutter ditekan kedengaran. I loves to hear the shutter sound, especially from Nikon D300s in shutter release Burst. Its like a gunfire.

Aku tangkap beberapa keping gambar si kecil lagi, kemudian bangun dan berjalan ke arah taman KLCC. Sambil berjalan aku sempat menangkap beberapa gambar pelancong yang sedang begambar di hadapan KLCC, merakamkan suasana KLCC yang tak pernah lengang dengan pelancong dari dalam atau luar negara. Sewaktu aku melintasi kolam di tepi taman aku terlihat seseorang, satu wajah yang amat aku kenali. It can't be, aku ulang ayat tu dalam kepala beberapa kali. Tak mungkin dia akan berada dekat sini. Aku berdiri lama, cuma mengamati wajah itu kerna mahukan kepastian. Aku berjalan perlahan-lahan ke arah dia sambil berpura-pura mengambil gambar.

Dan sewaktu aku cuba nak tangkap gambar dia dengan kebetulan dia terpandang aku. Damn, aku leka sangat tengok dia dari viewfinder sampai tak sedar dia tengah tengok aku. Perlahan-lahan aku pandang ke hadapan melalui mata bukan lagi lensa. Aku lihat dia sedang tercekak pinggang melihat aku, ada riak marah aku kesan di situ. Aku pandang lagi ke arahnya, senyum walaupun hati ni hanya Tuhan saja yang tahu. "Err, hi Nurul." Dia terkebil-kebil tengok aku, kecikkan mata dan pandang aku lama. Dari raut muka dia aku nampak dia hairan. "Jimmy? Is that you?" Dia pandang aku atas bawah tanpa berkelip. "Is that really you? Oh my gosh, you looks different." Aku senyum,. "Yes this is me, tak ada apa pun yang berubah I think" , sambil tengok diri sendiri. It was really her, luah aku dalam hati.

Nurul, satu nama yang tak boleh aku lupakan aku rasa. Secomel pemilik nama itu dan sesuai dengan nama itu sendiri yang bermakna cahaya. Blouse putih dengan cardigan hitam, skirt putih macam yang pernah aku nampak dekat Zara dulu, beg tangan hitam disangkut di bahu, tudung putih gaya ala-ala Hana Tajima. Serius aku nampak perubahan yang besar pada dia, she's grown up I think. Senyum. "Why are you smiling?" Dia pandang aku. "Nothing, just that you're the one who's changed a lot, not me." Dia senyum.

Its been years I think since last I met her. And that evening we spent time at the coffeehouse talking about our childhood. And that really bring back some the memories. We talked about our life after school, changed some stories about each others. And around 7pm I walked her to the railway station, we changed our phone numbers and facebook then said goodbye to each other.

Aku lihat dia berjalan memasuki keretapi tanpa menoleh. Sama seperti dulu, bila dia berjalan pergi sewaktu pertemuan kami yang terakhir. Adakah aku akan berjumpa lagi dengannya?
 

Tuesday, 20 September 2011

Wordless Wednesday # Life.


Well that is life, I guess.

Sebuah cerita tentang Gadis Comel di Nasmir.

Ada satu cerita lama yang aku simpan dalam, yang tahu hanya aku. Sebuah cerita tentang cinta.

Hujan turun sejak dari pagi lagi, saat mata aku terbuka bumi ini sedang basah kerna langit menangis pilu, sama seperti hati aku saat ini. Bangun pagi dan capai kotak rokok di tepi katil, "Shit rokok dah habis". Kotak kosong itu aku lihat lama, sekosong jiwa aku masa ini. Baru aku sedar rumah sewa tiga bilik itu terasa sunyi, aku lihat sekeliling, semua teman rumah tiada. "Aku sorang-sorang lagi weekend ini, damn bosan." monolog sendiri sambil bangun ke bilik air untuk mandi.

Selepas mandi aku capai kunci motor kesayangan dan terus bergegas ke restoran mamak yang hanya mengambil masa 3 minit dari rumah. Hujan pun hujanlah, perut dah lapar dan rokok pun dah habis. Redah sajalah. Parking di hadapan kedai runcit sebelah restoran Nasmir, kedai mamak yang cekik darah dengan harga makanan yang paling tak reasonable, dia ingat dia buka kedai dekat KL sebelah KLCC ke apa.Aku berkira-kira mahu membeli rokok dulu atau makan, tapi mengenangkan perut yng dah menyanyi lagu kebangsaan Ireland aku terus ke kedai makan, makan dulu.

Untuk sarapan pagi sekeping roti canai telur dan teh tarik. Serius nostalgia, tiba-tiba teringat masa dekat UK dulu, nak dapat breakfast roti canai dengan teh tarik memang susah. Selalu just pancake with honey syrup and black coffee saja. 10 minit kemudian makanan yang aku pesan dah sampai, the best thing about mamak is they really care for their customers, best services and how cool they are when they can mesmerized your order without writing it. Baru beberapa suap roti canai aku telan tiba-tiba suapan aku terhenti bila Sony Ericson K530i aku berbunyi dengan lagu "Hey John What's Your Name Again?", dan dengan tiba-tiba aku menjadi tumpuan sebab lagu tu memang serius bising dan bising. Aku cepat-cepat seluk tangan dalam poket seluar namun disebabkan aku sedang duduk sedikit kesukaran untuk aku keluarkan handphone.

Dan nak dijadikan cerita, iyalah sebab takdir itu kadang-kadang indah, aku berjaya keluarkan handphone tapi disebabkan kelam-kalum handphone aku tu tercampak ke sebelah kiri aku (note: aku selesa letak handphone dan rokok dalam poket kiri seluar sebab mudah aku nak keluarkan masa bawa motor). Dengan handphone yang masih berbunyi tatkala jatuh menarik semua mata untuk memandang aku. "Damn, aku artis pagi ini ke apa?" getus hati aku. Baru aku nak menunduk untuk kutip handphone yang jatuh tiba-tiba ada satu tangan yang mencapai handphone merah aku dan hulurkan pada aku.

Deringan handphone sudah berhenti, sambil menyambut handphone aku pandang ke atas untuk melihat wajah tangan sudi membantu aku tadi. Dan saat aku terpandang wajah si pemberi aku terasa masa seolah berhenti, kelu dan kaku, disertai sunyi dan sepi yang amat panjang. Walaupun sebenarnya hanya beberapa saat namun aku rasakan saat itu amat panjang. Seorang gadis comel, bermata coklat sedang tersenyum sambil menghulurkan handphone merah yang dah memalukan aku tadi. Tapi sekarang aku berterima kasih sangat-sangat pada handphone merah yang aku rasa nak baling ke dinding tadi. Lelaki kena cool, aku teringat kata-kata seorang kawan. Aku sambut handphone, senyum dan ucapkan terima kasih pada si gadis comel. Dia senyum semula pada aku sambil mengucapkan sama-sama. Aku sempat lihat sekeliling, she's alone, yes!

Tapi kerana aku lelaki yang cool jadi aku buat-buat tak tahu kemudian, aku sambung makan, habiskan suapan terakhir dan minum saki-baki teh tarik. Aku lihat awek comel tu dah bangun menuju ke kaunter. Mungkin dah nak balik. Dia pandang aku dan aku balas dengan senyuman tanda terima kasih atas pertolongannya tadi. Seketika kemudian aku lihat gadis comel itu seperti gelisah sambil kelam kabut menyelongkar beg galasnya. Raut wajahnya menjadi pucat. Dia melihat pandang kepada aku dengan mata yang berkaca. Aku bergegas berjalan ke kaunter dan bertanya, "Kenapa?". Dengan muka comel dan mata yang masih berkaca dia menjawab, "Err, I lost my purse. Tadi rasanya ada dalam beg ni." Dia tunduk serba salah.

Seorang gadis comel yang dah tolong aku sedang berada dalam kesusahan, jadi aku perlu jadi seorang lelaki yang baik hati dan mengenang budi bukan? Aku pandang cashier yang macam dah nak telan gadis comel depan aku ni. Senyum dan cakap, "Give me the bill for both of us." Pandang gadis comel di sebelah yang masih dalam keadaan yang serba salah rasanya, "Don't worry, this is for you helping me just now." sambil senyum. Dia pandang aku dan senyum walaupun masih nampak masih dibelenggu rasa bersalahnya.

Selepas membayar RM 9.40 (well aku tak tahu apa yang dia makan but my bill was just RM 2.50) aku berjalan keluar beriringan dengan si gadis comel. Di luar kedai dia berkata, "Thank you for helping me, I can't tell you how much I appreciated your help. I'm Ann by the way, and you?" "I'm Man, it wasn't a big deal actually. Thank you too for helping me earlier." Senyum. "I got to go, its nice to meet you." Dia melihat aku dengan senyuman yang masih terukir di bibir, "Erm, thank you." Dan saat aku mula hendak melangkah pergi dia tiba-tiba bersuara, "Man!" Langkah aku terhenti, aku pusing dan pandang terus ke dalam matanya. Aku lihat dia seolah-olah berat untuk lepaskan aku pergi. Takkan baru kenal dah rindu, monolog aku. Dia diam, seperti teragak-agak untuk berkata. Aku cuba pecahkan kesunyian dengan bertanya, "Ann, what is it?" Dia berjalan merapati aku, okay by this moment my heart was beating fast. Dan dengan wajah comel bermata coklat dia berbisik perlahan, "Will we meet again?" Aku senyum, masih lagi cool dan berkata "Maybe, if God's will."

Aku terus bergerak ke motor, hidupkan enjin dan berlalu pergi. Dari cermin sisi aku lihat dia masih lagi berdiri di situ, melihat aku pergi di dalam hujan yang renyai. Aku berhenti singgah di stesen minyak berhampiran, duit aku yang sepatutnya tinggal untuk beli rokok dan digunakan untuk belanja gadis comel tadi, nak tunjuk hero punya pasal. Aku pergi ke mesin ATM, masukkan kad dan tekan nombor pin, masukkan jumlah duit yang nak dikeluarkan dan tunggu. Teet! Aku lihat ke skrin, "Harap maaf, baki akaun anda adalah RM 1.54" Aku pandang jam Swatch hitam aku, 17hb jam 9:45 pagi. Keluarkan handphone mula menaip mesej.

"Ayah, duit dah habis."

Wednesday, 14 September 2011

Life # Kenapa Aku Benci Online Facebook Terlalu Lama

Ini adalah entri kesal.

Serius aku menyesal sebab tak balik jam 6 petang tadi dan teruskan online dan berlegar-legar lebih lama di facebook.

Damn!

Aku sedang gembira dengan senyuman terukir di bibir walaupun sakit di tekak dah macam separa membunuh, bunuh nafsu makan aku, beberapa hari tak disentuh rokok dan juga keinginan untuk bercakap dengan gaya comel dengan cik Ungu. Gembira dalam sakit but I'm still smiling.

Until..

Aku click HOME pada Facebook dan scroll ke bawah perlahan-lahan, tekan butang like, tarikan jemari mengisi ruangan komen hingga aku terjumpa ini.

"so lau korg ase aq nieyh dax cm uh plezz remove me oke :)sbb saia xna approve org yg juz na nyaket aty saia jewp n carik gdoh n saia . . .thx"

Damn. Even Google dictionary pun tak boleh nak translate ayat ni and it took me almost 55 seconds to realize and within 10 seconds later to said "WTF?!"
Menyesal, serius menyesal. I'm going home NOW!

Tuesday, 13 September 2011

Wordless Wednesday # My Most Candid Picture That I Like!

The most candid picture of me that I ever had.

 credit to Radhi. Canon 40D 28-90mm f/4-5.6

WHY?
1. I'm a photographer so I'll be the one who taking pictures. *Sigh.
2. I'm not good at candid. *Laugh.
3. No one ever tried to take my picture. *Sad.
4. Because I'm cute and they all jealous with me. *Evil Laugh!

Quotes # V

"Building is a symbol,as is the act of destroying it.Symbols are given power by people.A symbol,in and of itself is powerless,but with enough people behind it, blowing up a building can change the world."

-V for Vendetta. 

Tuesday, 6 September 2011

Wordless Wednesday # Hidup Ini Adalah Tentang Apa?

Taken with D3000, Manual Focus Nikkor 105mmf/1.8 at Jalan Bukit Bintang.

Kita seringkali berkira-kira hendakkan kerja bergaji besar namun malas berusaha, malas belajar dan bodoh. Hidup ini adalah tentang takdir, usaha, doa serta tawakkal dan sedikit keajaiban.
Sekian.

Tuesday, 23 August 2011

Wordless Wednesday # Life Love

Sometimes we just can't believe the truth until we actually fall right into it. 


 Kita sentiasa mencari sebab dan alasan untuk teruskan hidup, dan kadang-kala kita mahukan sebab dan alasan yang kita sendiri tak pasti tentangnya. Adakah hidup ini hanya tentang kenapa dan mengapa


Dan dalam hidup ini kita memerlukan teman, tak kira sebagai sahabat ataupun sebagai kekasih. Yang akan setia mendengar saat kita sedih, akan sentiasa tersenyum saat kita gembira. 



Tapi hidup ini tidak selalunya indah, pasti akan ada satu saat kita bersedih dan kecewa.


Tetapi pasti akan ada suatu sebab yang indah mengapa kita perlu teruskan hidup, sebab untuk tidak berputus asa dan teruskan melangkah ke hadapan. 


"You're the best thing that ever happened to me."



p/s: Love.You.